BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 22 November 2010

~i'm baaacccckk!~ ('',)

Bismillahi awwalul akhir
salam semua

Ya Allah..banyaknye habuk kat blog ni, bersawang2 dah.. hihi
mane taknye, dekat setengah tahun xdijenguk. ;p

hye semua..kalian baik2 saje kan.. windunyerrr..!

first tyme setelah sekian lame tak berceritera, cik iz xtaw nk mula dari mane..
and cik iz putuskan kali ni utk tak cite pape, juz nk ckp..i'm back here!~

bersedialah utk diterjah..hihihi

sekian~

notakaki: alhamdulillah,cik iz dah semakin sembuh. =)

Saturday 26 June 2010

lame tak berjumpe di sini..alam maya yang punya seribu satu rasa =)



~ Bismillahi Awwalul Akhir ~


~ Salam Semua~



Subhanallah..Alhamdulillah..Lailaha Illallah..Allahuakbar..


Ting!


Senang je nak dpt pahala. kalian sebut je kalimah2 suci kat atas ni, automatik dpt pahala..insyaAllah.. best kan? =)



Hurm...Riiiiindu sgt nak menulis kat cni. Sungguh. And hari ni genaplah 2 bulan Cik Iz tinggalkan kotak hati kecik cik Iz ni . Saje.. :p



Kalau ikutkan, banyak sgt bnda nak kongsi, tapi rasa mcm patut simpan sendiri je..
lagipun cik Iz x bercadang nak menulis panjang kat cni.. Cik Iz cuma nak ckp, Cik Iz Rindu. Rindu sgt...



_Selamat malam_










*jatuh cinta dengan lagu ni*



( Ketulusan Hati)

Wednesday 26 May 2010

~happy birthday cayang ;) ~

adegan potong kek :)



Balqis tumpang sekaki :)

Qistina Ar-Dini _ 4 Tahun




~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam Semua ~



~ Selamat hari lahir buat Qistina Ar-Dini binti Mohd Azri ~



Dini xreti pun nak baca semua ni lagi.


Dini tak tau pun yang mak andak buat coretan ni untuk Dini.


Tapi.. mak andak nak bgtau semua orang yang mak andak syg Dini lebih dari diri mak andak sendiri.. Dan mak andak nak sangat Dini jadi anak yang solehah, yang taat dengan agama. Dan manelah tau, bila Dini dah besar, Dini dah reti bukak blog mak andak ni, mak andak nak Dini tau yang Dini adalah pengubat kala mak andak duka. selalu macam tu.. thanx syg..



Pagi semalam (25 Mei 2010),celik je mata, ayah Dini hadiahkan lagu 'hepy besday' untuk Dini.


" dah la ayah, janganlah nyanyi lagi, Dini malu la..." mak Dini kat sebelah sengeh jer.. apela Dini, tu pun nak malu :)


Seronok tengok Dini potong kek, bagi kwn2 mkn semalm.. seronok tengok Dini gembira..
Jadi anak yang baik ye sayang.. :)

dan kesempatan ni juga, cik iz nak ucap selamat hari lahir buat sahabat yang cik iz sayang :
SITI ZAWANAH MAHADI & SAHARA NABILLAH JABBAR AHMAD.
26 Mei- kalian berkongsi tarikh lahir yang sama.. kalian sentiasa 'ada' dengan cik iz..
Moga kita bersahabat hingga akhir hayat..

sekian utk kali ni...



p/s : mood tika mencoret : selesema + kurang sihat :) bila tak sihat, mungkin banyak kerje yang akan tertangguh.. doakan kesembuhan cik iz.. syukran (^_^)


















Friday 21 May 2010

~ indahnya kenangan itu...

~tika rindu ~ :)





~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua ~

xtahu kenapa, malam ni terlalu ingin menyingkap kenangan itu..
kenangan yang tersimpan xlama dulu..
xlama..
hanya baru 9 bulan ia berlalu..
dan seakan baru semalam berlaku..

bagai baru semalam dihadiahkan sejambak bunga
bagai baru semalam di hadiahkan seutas jam
bagai baru semalam dikhabarkan tentang rindu
bagai baru semalam kau bercerita tentang hati
bagai baru semalam kita bercerita tentang masa akan datang
bagai baru semalam kau senyum padaku
bagai baru semalam kau ungkap sayang untukku
...dan...
bagai baru semalam juga kau khabarkan jodoh bukan milik kita
bagai baru semalam juga kau khabarkan kau doakan aku bertemu yang selain darimu
bagai baru semalam juga kau minta aku lupakan segala..
bagai baru semalam juga kau pergi..

walhal..
ianya sudah berakhir 9 bulan yang lalu..
kisah yang bukan kita pinta..
kisah yang telah ditakdirkan terjadi antara kita..
tidak ada yang bersalah antara kita..
takdir yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita
aku yakin..
punya hikmah di sebalik semua ini..



insyaallah
bahagia untukku ada di depan sana



izin aku simpan semua kenangan indah itu dalam hati ya!



p/s : ahh..maaf.. kenangan itu tiba2 kuat bertamu.



>>>>>>>>>>> (^_^) <<<<<<<<<<<

" Apa jua jenis rahmat yang diberikan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya. Dan apa jua yang ditahan oleh Allah, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Maka ingatlah, DIA lah yang Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana "
( Surah Fatir : 2)



Saturday 1 May 2010

~ Terima kasih sahabat... kalian adalah yang terbaik ~










~ Bismillahi Awwalul Akhir ~


~ Salam Semua ~



..penat tapi berbaloi :)..




Alhamdulillah, Tuhan beri cik Iz rasa bahagia sepanjang hujung minggu ni.. Bahagia sebab baru lepas final exam dan dpt habiskan waktu dgn family dan sahabat2 tercinta.



Semalam cik Iz 'dibawak' ke i-city, tmpat lampu2 beraksi.. hihi Cik Iz sgt seronok. bukan sebab tmpat yang cik Iz pegi tu, tapi lebih kpd sebab cik Iz dapat luangkan masa dgn shbat2.. tQ ida, shah and jaja.. :)

.. sbnrnya bnyak lagi cik Iz nak kongsi.. tapi agak penat hari ni and tak tau nak susun ayat.. yang pasti Cik Iz nak bgtau yg cik Iz syg kan shbt cik Iz..






Untuk cik iz dan semua ;



~Hargailah sebuah persahabatan, kerana separuh drpd perjalan khidupan yang baik boleh dibentuk dengan ikatan persahabatan yang lahir dari hati ~












Thursday 29 April 2010

yang terindah (^_^)




~ Bismillahi Awwalul Akhir ~

~ Salam Semua ~



^^^^^^^^^^^

::YANG TERINDAH::


Semenjak kau hadir dalam hidupku

tiada lagi keresahan

kau mengetuk pintu hatiku

tanpa sedari daku izinkan


kau yang bernama cinta

kau yang memberi rasa

kau yang ilhamkan bahagia

hingga aku terasa indah


maaf jika ku tidak sempurna

tika bahagia mula menjelma

bila keyakinan datang merasa

kasih disambut dengan kejujuran


mencintai dirimu

merindui dirimu

memiliki dirimu

hingga akhir hayat bersama kamu


kau yang bernama cinta

kau yang memberi rasa

kau yang ilhamkan bahagia

hingga aku rasa indah


kau yang bernama cinta

hingga aku rasa indah~




* (^_^) *
~ Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui segala yang tersirat, apatah lagi yang tersurat..~

Tuesday 27 April 2010

~weekend >< alamanda >< bus awam >< pengalaman~

~ Bismillahi Awwalul akhir~
~ Salam Semua ~



Hyep..hyep..huureyy..!
Tamatnya final exam menyempurnakan hari minggu sebagai hari cuti..
bersemangat sungguh cik iz menaip kali ni :)


Ahad_25 April 2010


Habis exam around 11.30 pagi. cik iz dah plan nak jalan2 ngan ida, setakat pusing2 putrajaya, and singgah alamanda utk muvie. memandangkan kurang berkenan dgn cite omputih, kami and sorg lagi besfren beli la tiket yang satu2nya cite melayu yg ada hari tu 'semerah cinta stilletto'.. wahh.. terasa diri menyokong betul industri tanah melayu! hikhik
okey, lepas lebih kurang sejam lebih menjadi penonton dalam bilik gelap tu, dptlah disimpulkan bhwa cerita tu 'okey' je.. kisah benar yang berlaku dlam kehidupan hari ini.. :)
round dan round dlm alamanda, tergerak hati pulak nak duduk santai kat taman tepi bgunan cantik tu.. ~tenangnya...hihi~


lebih kurang sejam kat ctu, bila dah perasan kerusi, pokok2 mcm dah suruh balik, kami pun berangkat pulang.. eceh, cam budak skola buat karangan tajuk 'cuti skola saya' hehehe..
...oke, sambung...
dah alang2 ada kat pj ni, singgah la jap kat masjid pj yang tersergam indah... hmmm...cam nak buat rumah sebelah masjid tu rasanye,,bley tak?? :p
Dah agak petang merangkak senja, lepas makan kuew tiaw kungfu yang agak sedap kat warung tepi jln area sg besi tu (itupun nak citer, boringlah cik iz ni ;p), balikla kami..bajet la kot2 boleh sampai umah sebelum matahari tenggelam.
tapi, tak kesampaian..


Dan bermulalah pengalaman yang agak 'menyeramkan' bagi seorang cik iz.. hihi.
Ida hantar cik iz kat ktm salak tinggi. tyme tu dah pkul 7 lebih. dah masuk waktu. dlm ktm agak ramai. tapi okela, cik iz dpt tmpat duduk. lamenyerr rasa nak sampai sg buloh. dekat pukul 9 baru sampai sg buloh. belum smpai umah lagi tu. matahari dah terlebih tenggelam.. pasni nak kena ambik bas pulak.. bus stand sg buloh tu pulak terkenal dgn salah satu bus stand yang rata2 penunggunya adalah warga asing..
halaaa... cik iz dah gelabah.. reasons :1) xpenah2 balik mlm naik transport awam kat sg buloh ni. 2) cik iz sorang2!


okeeey..cik iz buat muka kacak kat tepi bus stand tu walaupun mamat2 warga asing (kena lapik bahasa ;p) agak ramai di situ. tgok kiri kanan depan belakang, cik iz sorang ke pompuan kat cni?? owhh tidakk... ngeee.. alhamdulillah., ada sorg dua kaum sehawa cik iz di situ. walaupun cik iz xkenal lansung, cik iz kena berdiri dekat2 dgn dorang sbagai langkah keselamatan. tiba2, boleh la pulak sorang mamat tu tegur cik iz! "dikkk,mau pegi mane" -dgn loghat bhasa keindonesiaannya-
alaaaa....cik iz dah kencang je rasa pernafasan ni.. rilex iz..rilex.. pujuk cik iz dlm hati. cik iz buat2 xdengar sambil memalingkan muka perlahan2 supaya dia x sedar yang cik sdng berlakon berani. dalam hati ; 'mane bas ni, ya allah selamatkan daku!'... mamat tu agak xpuas hati bila soalan dia, cik iz buat tak tau.. dah la lepas tu dia dok ulang alik kat blakang cik iz.. dlm kepala dah terbayang mcm2 berita yang keluar kat news zmn skrg ni.. jgn dia hembus2 cik iz dah la.. xmau pegi lombokkk..!


Tak lame lepas tu, dtg lg satu babak yang buat cik iz bernafas agak laju. sorang mamat lain dtg mintak tukar duit. " dik, ada duit tukar rm10 tak? duit rm5 + rm5 pun xpe..'' ya allah..npe pulak dlm ramai2 penunggu bas kat situ, cik iz sorg yg dilantik sbgai kaunter pertanyaan... cik iz xde bakat la dlm keje tu.. oke..cik iz masih steady dlm lakonan lagak berani.. "hurmm..maaf ea, xde la.." (dalam hati ; 'kalau ada pun, belum tentu cik iz bagi dlm keadaan mcm ni' maaf eaa.. ) nasib baik dia x ajak borak pulak, cuma dia pegi dengan senyuman yang agak seram untuk cik iz balas. ya allah, mane la bas ni, stgh jam kat bus stand ni, rasa mcm stgah abad. mogok ke wahai bas.....


Bas xdtg2 jugak. sungguhlah Allah tu maha Pengasih, time2 mcm tu, DIA gerakkan hati sabrina utk call cik iz. cik iz boleh anggap sebagai penyelamat keadaan utk tutup kerisauan cik iz. tQ sab!hihi. cik iz masih dlm mud lakonan, berborak sakan dgn sab walaupun dlm fon jer.. ;p
xlame lepas tu,alhamdulillah.. bas dtg jugak akhirnya..
lega..nafas pun kembali normal hehe


Ingatkan dah habis babak 'seram' tadi.. rupanya sambung lagi dlm bas. cik iz xdpt tempat duduk. kiri kanan warga asing.. jgn la kalian buat hal dlm bas ni yerp..-doa cik iz dlm hati-. ida n shah dok sms dr tadi tnya keadaan cik iz. cik iz bgtau la, 'lepas ni xmo naik transport awam mlm2 taw. hantar cik iz smpai rumah ;p'. hehehe sorry ...

lebih kurang 10 minit berdiri, alhmdulillah, dpt jugak duduk.. babak diteruskan dgn cik iz rupanya duduk sebelah perempuan yang agak menakutkan. perempuan tu duduk dengan badan ditegakkan. mcm xselesa. then, cik iz dengar dia ckap sorang2. bunyinya macam marah2. alahaaiii..ape pulak lagi ni.jgn tiba2 dia marah2 or cekik cik iz dah la kann.. xsemena2, perut cik iz pulak memulas2..alamak..nape pulak ni. salah makan ker.. lambat lagi ni nak sampai rumah.. haish..sabar ye perut..


Lega. perempuan sebelah cik iz turun lebih awal dari cik iz.tapi perut still memulas.. sabar iz..sabar.. tu je yg cik iz mampu buat :( konduktor bas ganti tempat duduk perempuan tadi. hari dah semakin gelap. cik iz park kereta kat rumah Matun. dah mlm2 mcm ni, cik iz agak rabun nak cari kat mane simpang rumah matun utk cik iz turun. cik iz bajet betul, mintak tolong abang konduktor picitkan loceng coz dia lebih dekat dkt punat loceng tu..


bas berenti. cik iz turun dan pandang kiri kanan.. alaaa.. ni bukan simpang rumah matun.. camaner ni??. xde tempat nak tunggu matun kalaupun mintak matun dtg jemput. hish, xboleh jadi. perut masih dlm keadaan 'tak sihat'. simpang rumah matun nuuunn kat depan sana lagi.. nak xnak cik iz kena menapak sementara tunggu matun dtg jemput. menapakla cik iz dlm kegelapan malam tu huhu sedeyyyy...


at last... kali ni betul2 lega. matun sampai and dia sempat ckp "aku mcm nampak lembaga jalan dlm gelap tepi jln tadi, ko ke tu??" :(


okey.. cik iz tenangkan hati and drive pelan2 balik rumah...
Sampai rumah dekat pukul 10 mlm..


Ingat nak terus berblogging mlm tu, tapi kepenatan mengatasi sgalanya. cik iz tak sempat pun berborak dengan mak.. tido awal bersama pngalaman2 yang bukan senang nak dapat hihi..






kesimpulan utk cik iz :
' jgn naik transport awam mlm2' hehehe
untuk cik iz jer, bukan untuk kalian coz cik iz x seberani kalian :p
~sekian~



notakaki: tiada gambar yang dapat dimuatkan..

Wednesday 21 April 2010

~ pendek je.


~Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua ~



sy nak exam dah..

final exam..



kpd semua yg singgah dcni, yg kenal sy, mohon maaf kalau2 sy ada tersinggung mana2 hati..

doakan sy berjaya yerp.. i'allah doa yg sama akan kmbali pd kalian..



sekian entry kali ni~pendek je.







sy akn rindu semua........




















Wednesday 14 April 2010

..dOn't jUdge a bOok by a cOver..


~ Bismillahi awwalul akhir ~

~ Salam semua ~


Topik dlm WHI (wanita hari ini)

' yang cantik xsemesti baik, yang buruk x semesti jahat'


semalam masih mencari penawar. salah seorang sahabat ada yang berpesan ; 'cari dalam diri, ada tu, mungkin belum nak keluar si penawar tu..' ~senyum~


oke, lari tajuk jap..

balik pada tajuk whi smlm.. semua orang pun akan setuju.. baiknya seseorang bukan diukur pada kecantikannya. sama sekali tidak. orang yang baik akan terpancar dari dalam kecantikan pada wajahnya..percayalah.... cantik itu tak kekal. mudah untuk jadi cantik. asalkan rajin ke salon, sanggup berhabis wang ringgit, sekelip mata boleh cantik. tapi itu cantik di luar... cantik di dalam?? letaknya di hati.. hati juga perlu ke 'salon', tapi tak perlu berhabis wang ringgit. lagi mudah bukan? (^_^) di mana letaknya 'salon' untuk si hati? xsusah..bawa saje fikiran dan hati itu mengingati yang Maha Memberi..sentiasa dan selalu.. manusia bukan sempurna. pasti berbuat khilaf.. bersyukur andai disedarkan dan yakin pada-Nya. pasti Dia akan beri yang 'tercantik'!


Tapi..

xsemua yang cantik itu busuk dan tak semua yang buruk itu juga wangi..

Rugilah jika menjadi yang buruk dan busuk.. dan berbahagialah si cantik yang wangi :)


Pilihan di tangan sendiri.. mahu jadi yang mane yer...?





~ ...terus mencuba...~

Tuesday 13 April 2010

kalau xsabar.....

~Bismillahi awwalul akhir~

~ Salam semua ~







Rosak 9 kereta guru
Oleh Amir Abd Hamid dan Muhammad Apendy Issahakam@hmetro.com.my2010/04/14



PETALING JAYA: Marah kerana dihukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya Selatan boleh diibaratkan ‘setan kecil’ apabila sanggup merosakkan sembilan kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, petang kelmarin.Mereka juga bertindak ganas apabila memecahkan cermin belakang sebuah kereta Perodua Myvi milik guru...


~~~
Camne ni..
kesian la kat guru-guru.. kalau ikut news ni, cikgu tu denda sbb masalah disiplin. so, taw tak tu bukti cikgu tu syg kat student dia..dia denda sbb dia xmo student dia terus hanyut ngn masalah sosial. kalau x, cikgu tu xkan wat ape2.. wahai student, jgn ikut sgt darah muda, memang hdup hanya sekali, tapi jgn pakai prinsip 'sebab hdup sekali, kenala enjoy!'. tapi gunala prinsip yang lebih kurang cmni ;' hidup hanya sekali, so berhati2' :p..



~untuk saya dan semua : jaga diri, hiasi peribadi~




p/s : tak sempat nak berceloteh pnjg2, nak pegi keje dah ;p

Ia berlaku akhirnya...

~Bismillahi Awwalul Akhir~
~ Salam semua ~



Untukmu manusia
sedar atau tidak
hidup penuh kejutan
adakala terlalu bahagia
adakala sebaliknya
molek jika sederhana
namun
DIA yang memberi semua
terima sahaja..
nuuunnn..kan ada sinar di sana..
tenang di jiwa..
Bahagia~

Sunday 11 April 2010

..::perlu terus dan tulus::..



~Bismillahi Awwalul Akhir~

~Salam semua ~


semalam telah pasti

hari ini masih di titi

dan esok dalam mimpi


biar berbisik lagi

asalkan dari hati

minta petunjuk Ilahi

moga dikabuli


makin dewasa

makin terasa

hidup penuh makna

dengan nikmat dan segalanya

Terima Kasih Yang Esa

~~~


Thursday 1 April 2010

~ dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita akan kembali...~

~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua ~

Kejutan apa ye?
hurm.. cik iz jalan2 kat blog di sebelah ptg jumaat ni, ramai dah yang postkan pasal allahyarham Din Beramboi.. Takziah buat keluarga beliau.. siapa sangka, baru je dia jadi juri utk program raja lawak, dan hari ni dia takkan kembali ke program tu lagi, bukan untuk sebulan dua, tapi untuk selama-lamanya..


~ Al-Fatihah ~


Yang buat cik iz kagum ialah, arwah pergi pada hari Jumaat.. Hari yang sangat mulia...
beruntungnya...

dan kita??

.
Terampunkah segala dosa..
Terbayarkah segala hutang..
cukupkah segala bekalan..
Bersediakah kita..
Bila Izrail datang menjemput...
Ya Tuhan kami...
Dari-Mu kami datang dan kepada-Mu lah tempat kami kembali..




~Renungan bersama~

"Orang yang beriman adalah orang yang mampu mengolah hidupnya yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidupnya bukan untuk hidup tetapi hidupnya untuk Yang Maha Hidup. Kita jangan takut mati, jangan pula mencari mati, lantas melupakan mati, tetapi merindukan mati kerana mati adalah pintu untuk kita bertemu dengan Yang Maha Mencipta. Mati bukan penghujung kehidupan, tetapi mati itu adalah permulaan kehidupan. Sambutlah ia dengan penuh ketakwaan.."


.: Doa mati dalam kebaikan :

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ,ولاتختم علينا يا الله بسؤالخاتمة
(Ya Allah, matikan kami dalam kebaikan, dan janganlah Engkau matikan kami dalam keburukan)



Hati bergetar...






Saturday 27 March 2010

secebis rasa..

hari ini...

seperti selalu..

bayang-bayang semalam masih mengekori..

tak mengapa..

buat yang termampu..

agar yang semalam turut jemu..

untuk terus memburu..

untuk esok..

tak siapa yang tahu...

tunggulah..

dan berdoalah..

Jangan jemu....

Sunday 21 March 2010

Hati Kamu Terlalu Suci..

~sekadar gambar hiasan ~


~ Bismillahi awwalul akhir ~

~ salam semua ~




Cik iz bukan sengaja tinggalkan rumah ni lame-lame..sungguh.. cik iz punya sebab yang cik iz sendiri tak jangka sebab tu akan wujud.. tapi skrg sebab tu takkan berulang lagi. takkan. dan skrg cik iz akan cuba tak tinggalkan rumah ni lame2.. rumah ni sgt bermakna.. kalaupun cik iz tinggalkan, mungkin tak lama dan yang pasti bukan 'sebab' itu..




Mukaddimah di atas tidak ada kena mengena dengan title..

Hari ni cik iz terlalu terharu dengan sorang student cik iz yang pada cik iz dia punya hati yang sangat bersih. terlalu bersih. umur dia dah masuk 15 tahun. tapi dia tidak secerdas rakan-rakan yang sebaya dgn dia. kalau kwn2 yang lain boleh menghafaz dalam masa 15 minit, dia 5 hari pun belum lancar. kalau orang lain dah boleh baca quran, dia masih bertatih guna iqra'.kalau kawan2 lain berkawan dengan sesama mereka, dia bermain dan bersahabat dengan adik2 yang umurnya lingkungan 6-12 tahun. dia adalah anugerah Tuhan yang istimewa... dah dekat 5 tahun cik iz mengajar dia, sekalipun dia xpenah buat cik iz sakit hati. dia terlalu istimewa. walaupun akalnya tidak sesempurna orang lain, tapi hatinya sgt sempurna tanpa tercalit sisa dosa.




Pernah cik iz ternampak dia menangis. tanpa bertanya sebab, cik iz pun rasa nak menangis dan rasa sgt terkilan bila tengok dia nangis. kenapa ada yang sanggup menyakiti anak ini.. dia tidak tahu berbuat salah pun.. selam lah hatinya.. dia tidak layak disakiti. apatah lagi dia tidak punya ibu tempat bergantung. arwah ibunya kembali ke-rahmatullah 2 tahun sudah. Hanya bapa sebagai ibu dan ayah padanya. Kalaulah cik iz mampu menghalang sesiapa sahaja yang menyakitinya, pasti cik iz dah buat.. tapi cik iz bukan selalu dengannya.. moga dia sentiasa dilindungiNya..




Hm...cik iz agak emo hari ni. sorry :p

Lega rasanya luahkan rasa hati di sini. cik iz xboleh la tengok dia.. kalau cik iz terserempak dgn dia kat mana-mana, mesti cik iz rasa terharu sgt. terasa sgt Kebesaran Yang Maha Mencipta.. Moga insan-insan seperti dia senantiasa dilindungi oleh-Nya dari penindasan mereka yang lebih berakal..




~ Renungan bersama ~
" Dan orang-orang yang mengganggu dan menyakiti orang-orang lelaki dan perempuan yang beriman dengan perkataan ataupun perbuatan yang tidak tepat dengan kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata. "

(Surah al-Ahzab : Ayat 58 )






Friday 19 March 2010

saya suka..


~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam Semua ~



Dari seorang sahabat..
" kadangkala kita tidak perlu memahami apa yang berlaku dan ditakdirkan untuk kita, tapi kita perlu menerima dan meneruskan kehidupan sebaiknya.."

saya suka....




~Renungan bersama ~
Adi bin Hatim meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda :

" Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik "


~saya suka......~

Sunday 28 February 2010

besday + wedding + shopping + holiday = huureeyyy ;)

- snap buat kenangan di tempat org :) -



~Bismillahi awwalul akhir~
~ Salam semua ~


Eheemm..eheemm...

sakit tekak, sakit sendi, sakit urat, semua ada.. hihi.

lama x jenguk cni.. demam beberapa kali dalam masa sebulan and kena enjet 2 kali, 'best' okeeyyy.. :p

sepanjang 'percutian' dari laman blog ni, cik iz punya baaaaanyaaaakkk aktiviti yang buat cik iz rasa bersyukur dengan apa yang ada.. kdg2 bnyak perkara yang kita rancang x menjadi tapi DIA ganti dngan sesuatu yang membahagiakan.. ~senyum simpul ~




~Layaaann..~




- bercuti di rumah bersama si comel Balqis :) -






- sambut besday ayah _03 Feb 2010 _ -






~selamat ulangtahun ayah..

"walaupun ayah sangat tegas, tapi cik iz bangga punya ayah sebagai ayah..
moga hidup ayah senantiasa dirahmati dan dipanjangkan usia.. amiin.."
sayang ayah sangat2..!!!



- jamuan suka-suka kelas TASL B :) -






- bergambar kenangan dgn Puan Zakiah :p - thanx puan!






- menjelajah ke rumah oya .. besttt..-







- bersama anak-anak oya yang comel.. :p-





- berkumpul dgn kwn2 skola :) -



~ gambar kenang-kenangan bersama pengantin ; Puan Mazidah ;p ~









~ cuci mata kat OU ;p ~



~ makan timee..bersama teman2..~






Cuti yang sangat membahagiakan.. terima kasih Tuhan..
Moga kalian juga berbahagia dgn setiap apa yang kalian jalani..


~salam ukhwah ~

Thursday 28 January 2010

"saya nak 'sensengg' "





~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua ~


hurrmmm..
mulut dah banyak kali menguap..
mata dah berkedip2 mintak direhatkan..
tapi hati dok berkeras suruh bertahan sekejap lagi..


niat hati mlm ni nak langsaikan semua asgment. punyelah semangat, siap pegi beli ink mlm2 sebab ink printer dah abis.. tengah semangat nak print tetibe baru teringat yang kertas A4 pun dah xde.. terus hancuss harapan nak tengok asgment siap keluar dari comp mlm ni..


~tu yang terbelok ke cni :p

teringat kerenah anak2 kat skola.. dlm masa sebulan ni mcm2 cerita yang mereka olah..

(Lokasi : kelas darjah satu)





Lebih kurang 20 minit pot pet dlm kelas tu, saje la cik iz mintak diaorang tulis smething.. tengah2 cik iz melayan and memantau, datang sorang budak kecik yang comel ni ,



Aiman : tajah, kite nak 'senseng'..

cik iz : ape dia aiman...?

Aiman : saya nak pegi 'senseng'..
( sambil kepit2 seluar)
cik iz : aiman cakap ape ni syg..

( sambil cuba tanya rakan2 aiman)
aiman : nak pegi tandas, tajah...
cik iz : owh...pegi la syg.
(tersengeh..)



Hihi..Aiman ni pelat ckit.. senseng tu sebenarnya "kencing"..hihi comel je bunyinye..


Tengah2 ada kerja yang tersangkut ni, bila teringat telatah anak2 kat skola, ringan sikit kepala..
hihi



Kesimpulannya, anak2 kecik ni mampu buat jiwa tenang..lagi2 yang comel2 tuuu.. :)





~Bukan gambar Aiman, ehsan dari sepu :p ~


okeeyyy.. dah masuk waktu pagi ni (01:26 a.m.).. mata pun dah berat semacam.. tdo k sebab esok ada baanyaakk keje nak buat.. fuh! siap la hendaknya (^_^)


~ salam and selamat malam ~ zzzzzz...



notakaki : entah bila akan berkunjung ke sini lagi.. masa mencemburuiii.. :p

Wednesday 20 January 2010

~ dari kekasih untuk kekasih ~


~ Bismillahi Awwalul Akhir ~
~ Salam Semua ~


.: CINTA SEORANG PEMUDA :.

* SaYa sUkA Sangat TengOK jaRi-JeMaRi Teman WAniTa SayA, cANtiK beTul. SuNgGUH!

sAmpai sAyA tAKut nAK pegaNg. BukAN TakUt jAri-jEmaRInya Patah, TaPi TaKUt NanTi
jArI-jEmArI KaMi TiDaK BoLeH SaLiNg bAnTu-mEmBaNtU dI SaTu hArI yaNg aMaT
DaHsYaT Di hAdApAn yAnG MaHa ESA !


* SaYA SuKa tEnGoK RaMbUtNYa. cAnTiK BeTuL.....SuNgGuH! sEbaB ItU SaYa bElIkAn DiA
TuDuNg. BuKaN SeBaB CeMbUrU oRaNg LAiN TeNgOk, BuKaN! tApI SeBaB SaYa maHu
rAmBuTnYa sEnTiAsA DiTuTuP MaCaM DaLaM IklAn dOT..DoT..DoT.. Tu SAmPaI BilA-
BilA..tAkUt nAnTi dIbAkAr dEk aPi nERaKa, DI SuAtU HarI YanG AmAt dAhSyAt dI hAdaPaN
YaNg MaHa PENCIPTA !


* sAYA suKa tEnGoK BoDy tEmAn wAnItA SayA... SoLId bEtuL. SuNgGuH! sEbAb iTu sAyA
BeLikAn dIa tElEkUnG sUpAyA MaSa 'DaTiNG' dEngaN KeKaSiH DiA yANG UTama, DiA
JaAaAaUuHhh LeBiH cAnTiK DaN bErSEri MeNghAdaP-NYA. sAyA PuN TuMpaNg dApAt
pAhAlA ...syokNya!


* SaYa sEdIh bIlA TeNgOk tEmAn wAniTa sayA tAk tidur, TiDaK tIDur sEbaB rIndUkAn
SaYA. SaYa pUn MaCaM Tu juGa. sI Dia tAnYA, " aPa uBaTnYA , bAng?" SaYA PuN bAgI DiA
Al-quRAn sEbAgAi pEnEnAnG jIwA... sEmOGa dIa cINtAkAn-NYA LeBiH DaRiPaDa SaYa..


* SaYa SeDiH TeNgOk dIa seLaLu pEsAN MaCaM-mAcAm ; "MaKaN, miNUm,JaGa DiRI,
BaWAk KeREtA eLok-eLok..nAnTi aWAk sAkiT SayA JUgA yAnG sUsAh HaTi..bLa..bLa..blA.."
tApI bIlA TeNgOk wAyAnG sAmA-sAma, tErLEpAs waKTu mAghrIB dAn aSAr BeGiTu saJa,
dIa tIdAk KaTa aPa-aPa Pun.. ADuuuuuhh.. bErdOsAnYA SAyA !





~ sAyA MeMaNg SaYaNg SaNGaT pAda dIa! SaYa mAhu juMPa dIA, BerSAmA dIA, ciNtA SecInTa-cIntAnYA. CiNTa YaNg ABadI dI DuNIA DaN bErKaSiH SayAnG dI AkHIrAt, bER'DaTInG' dI SyUrGA KerAnA Di SiTuLAh TEMPAT YANG KEKAL SELAMA-LAMANYA.~







notakaki:
"ketika berjalan di muka bumi ini, kita perlukan seorang teman yang mampu menjadi mursyid (guru) kepada diri agar mendorong kita ke jalan Ilahi.."



- jika diberi kesempatan bertemu dengan 'pemuda' ini, doakan kami saling mengingati dan insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami..semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya sehingga di syurga nanti.. Amiinn..- (^_^)


~ semua orang mahukan yang terbaik, bukan...? cik iz ingatkan diri sendiri dan semua yang cik iz saaaayaaang! takkan kita hanya mahukan yang terbaik tanpa mahu memberi yang terbaik? bersikap adil ; buat sehabis daya.. :) ~moga tidak jatuh lagi dan lagi dan lagi..


~ salam ukhwah ~

Tuesday 19 January 2010

_sLowLy..biar ia berLaLU..~Senyumlah~

~ Bismillahi Awwalul akhir~
~salam~


" seLamAt MaLaM"


Biarkan berlalu..
Semua kepedihanmu..
Lelapkan matamu..
Biarkan mimpi membawamu..
Ke mana kau mahu..


Selamat malam..
Tidurlah sayangku..
Siang kan tiba bercahaya..
Bermula baru semua untukmu..
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam..
Yang indah itu ada padamu..
Dengan setiap impian dan harapan..


Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu..
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku..
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi..
Terhapus semua air mata dengan senyuman..

( lirik lagu nyanyian faizal tahir..semua tahu.. ;)








notakaki ~ hamburkan segala-galanya. katalah apa sahaja. hanya yang mengerti akan memahami. mendung milikku tika ini. redha + pasrah = senyumlah..kan cantik tika senyum.. :) :) :)

Monday 18 January 2010

~ buka mata..bertatih kembali.. bangunlah..

Sampai bila..

Bangunlah..

Masih ramai yang memerlukan..

Percayalah,

Takkan selamanya mendung di atas kepala kita kan...??

Thursday 14 January 2010

- Nothing.. just 'kalah' lagi..-

Gagal lagi mengawal hati...

Ya Allah.. berilah aku kekuatan..

Tidak terungkap rasanya keperitan ini.

Bantulah HambaMu ini Ya Rahman..

Maaf.....

Apa yang pernah terucap di sini terlalu sukar untuk di kekalkan dalam hati..

Beri sedikit masa lagi..

Tuesday 12 January 2010

"sELamAt uLanGtAhun KeLahiRan unTuk yaNg TerSaYanG." sAya sAYanG Dia sANgat-sAngaT!

~Bismillahi awwalul akhir ~

~ Salam semua ~

Hari ketiga beransur pulih dari demam.. syukur pada Yang Maha Memberi..


Hari ni 13 Januari 2010
Ulangtahun kelahiran seseorang yang sangat cik iz sayang.
sepenuh hati. jiwa dan raga.
sayangkan dia lebih dari sayangkan diri sendiri.
cik iz masih dalam usaha membahagiakan dia.
hingga hujung nyawa, dia yang teratas dalam hati.
Tanpa sedar kadangkala ada mengguris hatinya
cepat2 mohon ampun
agar tidak tertanggung pedihnya di sana nanti


Tanpa dia
ntah siapalah diri ini
mungkin tidak ada hala tujuan
malah mungkin tidak wujud di dunia ini
Dia terlalu istimewa
terlalu banyak pengorbanan dilakukannya
tak terbayar
hanya melihat dia bahagia
adalah sesuatu yang membahagiakan
dia tidak dambakan harta benda
sungguh..
tidak pernah meminta walau sesen
yang dia minta hanya senyuman dari insan2 yang dia sayang


Segala pahit maung ditelan redha
pernah dia kehilangan insan yang dia sayang
depan mata ini dia meratapi kehilangan itu
betapa kasihnya dia pada insan itu
dipujuk hatinya
dikhabarkan bhwa insan itu akan menunggunya di syurga sana
dia kembali bangun
dia adalah penguat jiwa ini
semangat diri ini


insyaallah
sedaya upaya cuba membahagiakannya
kerana sungguh
sangat sayangkannya
tidak akan ada pengganti tempatnya
tidak akan ada yang setanding dengannya di hati ini
untuk dia yang tercinta
moga segala pengorbanannya mendapat tempat teratas di sisi Yang Esa
moga hari ini ada sesuatu yang lebih membahagiakan
moga usiamu diberkati



dia adalah
PUAN MAZNAH BINTI SHAFIE
ibu yang telah melahirkan 3 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan
pernah kehilangan anak sulung yang dipinjamkan Allah
seorang yang sangat tabah dan berhati mulia
tidak pernah mengeluh


Ya allah
Panjangkan usianya
Berkati kehidupannya
Ampunkan dosa-dosanya
Lindungi perjalanan hidupnya
Rahmati dirinya
Kasihi dia sepertimana dia mengasihani kami semua
Amiinn..


------------------------------------------------------------

Bangun pagi tadi, mak adalah orang pertama yang cik iz nampak. cik iz hadiahkan sedikit ucapan dan peluk cium untuk mak..
mak.. saya sayang mak sangat2..


Ibu adalah anugerah terindah. Labuhkan cinta sepenuh hati pada ibu adalah kewajipan kita semua. ~senyum ~

Monday 11 January 2010

Minggu ke-2 skola, ke'bizi"an perlahan2 menjengah..

~Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua ~


- mood hari ni : hari ke-2 demam -


Cam x caye jer baru 2 minggu kembali ke sekolah, cik iz diserang demam.. balik dari bangi hari ahad kelmarin, cik iz singgah puchong ziarah sedara yang dok sane.. dalam perjalanan balik umah tu hujan jerr.. mlm tu cik iz dah rasa lain mcm, pale dah pusing2.. tdo mlm tu dah kena pakai baju tebal2.. esoknye terus x boleh bangun.... seksa, telan air liur pon sakit.. dah x larat sgt rasanya, mak bwak g klinik.. doc ckp tekak luka, sebab tu telan air liur sakit..panas dalam tinggi sgt.. pastu... cik iz kena enjeettt... sakit ok..! nak nangis tapi cik iz cover kunun2 kuat.. hikhik


pas kena enjet cik iz rasa ok ckit la.. doc bg mc 2 hari tapi cik rasa boleh bangun lagi, cik iz pegi jugak ke skola. sebabnye mcm x best la pulak, baru bulan pertama dah ada cuti.. tapi kat skola, pantang ada masa free, cik iz dok rilex kat ofis.. hihi.. so hari ni, alhamdulillah, dah semakin ok..


al-biasa, awal2 persekolahan, memang akan bertimbun keje.. pening jugak kepala ni.. tapi, wat rilex jer.. jap lagi tertekan lagi payah kan.. so, cik iz kena la senaraikan semua keje2 tu then buat mane yg penting dulu.. seb baik tahun ni xbyak pegang subjek.. so, rilex ckit la
(mintak2 camtu ler :p )


Minggu ni ada sesuatu yang cik iz belajar dalam hidup. cik iz ambik dari beberapa luahan yang cik iz dengar baru2 ni.. pada cik iz, prkara ni agak sensitif and perlu di ambik berat. hurmm.. cik iz xmo citer detail, cukup rasanya cik iz kongsikan secara kesimpulan bhwa semua yang ada kat dunia ni pinjaman semata-mata. jgn sekali-kali anggap ia milik kita abadi. andai DIA nak ambik semula, bila2 masa jer. cik iz kagum dgn seorang shbt yang cik iz ikut kisah dia dari kecik. dia x pernah hidup senang, tapi dia sentiasa happy. dia ajar cik iz untuk jadi lebih sabar dgn setiap apa yang Allah turunkan. dia memang hebat. cik iz harap satu hari nanti, org2 yang buat dia 'merana' sedar, yang dia adalah seorang shbt, anak, ibu dan isteri yang perlu dihargai. bahagia pasti akan muncul utk dia. cik iz yakin dgn perkara tu.



~~~.......~~~
skrg dah 11.30 a.m. cik iz perlu bersiap ke sekolah. syukur cik iz x gunakan mc 2 hari tu. kalau x,mungkin lagi bnyak keje yang tersangkut. hope, hari ni cik iz boleh jlnkan tanggungjawab sebaiknya. untuk semua, jadikan hidup ni lebih baik dari semalam okeeyy.. :) cyg semua..!



~Untuk renungan bersama~


" Harta yang paling untung : SABAR, teman yang paling akrab : AMAL, pengawal yang paling waspada : DIAM, dan bahasa yang paling indah : SENYUM"


~ (^_^) ~

Wednesday 6 January 2010

..hari itu pasti akan muncul.. DIA akan tentukan yang terbaik untukmu..senyumm okeyy :)

~Bismillahi awwalul akhir ~


Dugaan itu kan rencah hidup..
Berpusing, seiring dengan nikmat..
Andai hari ini terjatuh,
Bangunlah dengan rasa syukur.
Pasti senyum.


Khilaf jangan selalu dikenang,
Tanpa berusaha tidak mengulang..
Biar ia berlalu,
Dan mohonlah ampun dari-Nya.
DIA Maha Luas Ampunannya.
Senyumlah..


Diizinkan singgah sementara di sini..
Bukan tanpa sebarang tujuan..
Malah beserta 'pangkat'..
..Khalifah Allah..
Iringlah hidupmu dengan takwa..
Ikhlaskan setiap langkah..
Bawa hati pada Tuhan..
Pasti mampu tersenyum..
Yang pasti, kita sama sahaja.




~Ini untukmu,sahabat..moga sampai ke hati.~



~~~~~~~~~~~~~~~~(^_^)~~~~~~~~~~~~~~~~



~ Salam semua ~



..Selamat pagi..!

Awal ok cik iz on blog pagi nih.. 6.50 a.m.!
hihi, dah 2 hari wat tak taw je ngn diari ni (diary ker?). so, sajelah jenguk pagi2 ni..

Hari ni dah masuk hari ke-4 cik iz kerja lepas dekat 2 bulan cuti. Tahun ni kan, (mula daahh.. ;p) cik iz rasa semangat lain mcm. pasal ape ek? nak kata berdepan dgn student baru, x jugak, nak kata naik pangkat, pon xde.. pasal gaji naik (??), xde pon dengar sgt.. hurmm..xkesah lah, janji cik iz boleh buat yang lebih baik dari tahun lepas.. x gitu? y not juz say ' alhamdulillah.. :)' muah!


..oowwhh..
Alangkah sunyinye tinggal di rumah. daripada 9 ahli, skrg tinggal bertiga je..-cik iz, mak and ayah.- yang lain dah terbang bawak haluan masing2.. :( tapi, ok jugak! sbaaab, ape cik iz nak skrg ni, lebih senang nak dpt kot.. hihihi rasa cm anak bongsu poon ada.. ( ela, adik, jgn jeles ok! sape soh korg gi blaja jauh-jauh! :p) hihi, mungkin, skrg ni time cik iz yang dok dekat dgn mak n ayah, sok lusa sape tau kan.. roda sentiasa berpusing.. apepun, hope yang terbaik untuk keluarga ni..
kena ikhtiar, selebihnya serah pada Yang Maha Memberi.. x gitu? :-)



Kalau baca takat ni, tajuk entri ni mcm xde kena mengena dgn story yg cik merapu kat atas kan?
hihi sowi....

Actually camni, cik iz tertanya-tanya dgn problem shbt cik iz yang sorg ni.. dia terlepas ckp yg dia rasa sgt teruk dgn kehidupan dia skrg.. cik iz dah kenal dia lama. susah nak tgok dia murung. ceria jer. tapi bila dia bg msj mcm tu, cik iz rasa cik iz kena wat something. memandangkan same jantina, so rasanya lagi mudah cik iz nak wat dia ok ckit.. ecehh..hebat ke cik iz ni nak setle problem org? xla..cik iz cuma rasa terpanggil utk kongsi sesuatu ngn shbt ni.. xkn nak tgok shbt kita dok berteleku sorg2 kan.. mungkin ni time dia, time kita sape tau.. roda kan sentiasa berpusing :)


Sejak ambik subjek 'psikologi dan kaunseling' ni, cik iz rasa lebih berperasaan. cik iz ngaku, dulu sbelum smbung study, cik rasa xmatang dlm buat sesuatu kputusan.. kalau ingat2 balik, malu sendiri.. hihihi! tapi skrg xla rasa dah bagus sgt, juz rasa ada la perubahan ckit :p hope pasni ada bnyak lagi perubahan positif..


ok..ok.. berbalik pada shbt cik iz tadi.. haaa.. rasanya cik iz kena duduk semeja ngan dia, kalau sekerusi tu boleh muat dua org pon, lagi ok. dia pon dah deal nak jumpe cik iz mnggu ni. so, tgokla nnti.. hope, nnti dia ceria balik! cik iz syg dia ok..! cik iz rasa xperlu la bgtau sape and kalau ada kwn2 yg teka pun mungkin xkena sbb ramai yang cik iz anggap sahabat :) hehehe..


~okeeyy~


Hope masih ada yang sudi mendoakan walau saling tidak mengenali. Sebab saling mendoakan itu kan satu sedekah yang paling mudah antara kita.. :)

..cik iz sayang semua! salam ukhwah..


~ Renungan bersama ~


" Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan ( perasaan penerima). Alah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."


-Surah Al-Baqarah : 263

Monday 4 January 2010

setelah berhari-hari cuti.. :)

~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ salam semua ~

04012010
..kembali bekerja..

semalam rasa macam liat sgt, tapi pagi tadi tiba-tiba bersemangat nak pegi skola.. hihi
tahniah hati. kau okeeeyy! :)

Dengan semangat gen 2 ( boring la waja :p), cik iz dtg skola awal! hehe,mimpi ape ntah.. hope bukan hari pertama utk tahun ni jew dah la..

Pengalaman kawan sekerja yang kena gelak ngn cik iz n yg lain2 untuk hari pertama ni, bila dia kena cucikan 'uh,uh' sorg murid lelaki. hehehe..tabah sungguh kawan cik iz tu.. cik iz dah merasa 3,4 tahun lepas.. manis untuk dikenang :)

Tahun ni kalau boleh xnak cipta bnyak sgt kenangan yang susah nak lupa. biarlah ckit, janji buat hati bunga2.. hihi demand nampaakk..

thawan2, tolong doakan cik iz capai impian and 'habis' dgn cemerlang yepp.. mekasiiiih... (^_^) jasa kalian, DIA akan balas!

-sekian, luhan dari hati lagi-

~ SALAM UKHWAH~



~renung sedalam yang boleh~

"Hitunglah diri sebelum diri dihitung, timbanglah amalan sebelum ia ditimbangkan, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia"

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin