BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 29 April 2010

yang terindah (^_^)




~ Bismillahi Awwalul Akhir ~

~ Salam Semua ~



^^^^^^^^^^^

::YANG TERINDAH::


Semenjak kau hadir dalam hidupku

tiada lagi keresahan

kau mengetuk pintu hatiku

tanpa sedari daku izinkan


kau yang bernama cinta

kau yang memberi rasa

kau yang ilhamkan bahagia

hingga aku terasa indah


maaf jika ku tidak sempurna

tika bahagia mula menjelma

bila keyakinan datang merasa

kasih disambut dengan kejujuran


mencintai dirimu

merindui dirimu

memiliki dirimu

hingga akhir hayat bersama kamu


kau yang bernama cinta

kau yang memberi rasa

kau yang ilhamkan bahagia

hingga aku rasa indah


kau yang bernama cinta

hingga aku rasa indah~




* (^_^) *
~ Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui segala yang tersirat, apatah lagi yang tersurat..~

Tuesday 27 April 2010

~weekend >< alamanda >< bus awam >< pengalaman~

~ Bismillahi Awwalul akhir~
~ Salam Semua ~



Hyep..hyep..huureyy..!
Tamatnya final exam menyempurnakan hari minggu sebagai hari cuti..
bersemangat sungguh cik iz menaip kali ni :)


Ahad_25 April 2010


Habis exam around 11.30 pagi. cik iz dah plan nak jalan2 ngan ida, setakat pusing2 putrajaya, and singgah alamanda utk muvie. memandangkan kurang berkenan dgn cite omputih, kami and sorg lagi besfren beli la tiket yang satu2nya cite melayu yg ada hari tu 'semerah cinta stilletto'.. wahh.. terasa diri menyokong betul industri tanah melayu! hikhik
okey, lepas lebih kurang sejam lebih menjadi penonton dalam bilik gelap tu, dptlah disimpulkan bhwa cerita tu 'okey' je.. kisah benar yang berlaku dlam kehidupan hari ini.. :)
round dan round dlm alamanda, tergerak hati pulak nak duduk santai kat taman tepi bgunan cantik tu.. ~tenangnya...hihi~


lebih kurang sejam kat ctu, bila dah perasan kerusi, pokok2 mcm dah suruh balik, kami pun berangkat pulang.. eceh, cam budak skola buat karangan tajuk 'cuti skola saya' hehehe..
...oke, sambung...
dah alang2 ada kat pj ni, singgah la jap kat masjid pj yang tersergam indah... hmmm...cam nak buat rumah sebelah masjid tu rasanye,,bley tak?? :p
Dah agak petang merangkak senja, lepas makan kuew tiaw kungfu yang agak sedap kat warung tepi jln area sg besi tu (itupun nak citer, boringlah cik iz ni ;p), balikla kami..bajet la kot2 boleh sampai umah sebelum matahari tenggelam.
tapi, tak kesampaian..


Dan bermulalah pengalaman yang agak 'menyeramkan' bagi seorang cik iz.. hihi.
Ida hantar cik iz kat ktm salak tinggi. tyme tu dah pkul 7 lebih. dah masuk waktu. dlm ktm agak ramai. tapi okela, cik iz dpt tmpat duduk. lamenyerr rasa nak sampai sg buloh. dekat pukul 9 baru sampai sg buloh. belum smpai umah lagi tu. matahari dah terlebih tenggelam.. pasni nak kena ambik bas pulak.. bus stand sg buloh tu pulak terkenal dgn salah satu bus stand yang rata2 penunggunya adalah warga asing..
halaaa... cik iz dah gelabah.. reasons :1) xpenah2 balik mlm naik transport awam kat sg buloh ni. 2) cik iz sorang2!


okeeey..cik iz buat muka kacak kat tepi bus stand tu walaupun mamat2 warga asing (kena lapik bahasa ;p) agak ramai di situ. tgok kiri kanan depan belakang, cik iz sorang ke pompuan kat cni?? owhh tidakk... ngeee.. alhamdulillah., ada sorg dua kaum sehawa cik iz di situ. walaupun cik iz xkenal lansung, cik iz kena berdiri dekat2 dgn dorang sbagai langkah keselamatan. tiba2, boleh la pulak sorang mamat tu tegur cik iz! "dikkk,mau pegi mane" -dgn loghat bhasa keindonesiaannya-
alaaaa....cik iz dah kencang je rasa pernafasan ni.. rilex iz..rilex.. pujuk cik iz dlm hati. cik iz buat2 xdengar sambil memalingkan muka perlahan2 supaya dia x sedar yang cik sdng berlakon berani. dalam hati ; 'mane bas ni, ya allah selamatkan daku!'... mamat tu agak xpuas hati bila soalan dia, cik iz buat tak tau.. dah la lepas tu dia dok ulang alik kat blakang cik iz.. dlm kepala dah terbayang mcm2 berita yang keluar kat news zmn skrg ni.. jgn dia hembus2 cik iz dah la.. xmau pegi lombokkk..!


Tak lame lepas tu, dtg lg satu babak yang buat cik iz bernafas agak laju. sorang mamat lain dtg mintak tukar duit. " dik, ada duit tukar rm10 tak? duit rm5 + rm5 pun xpe..'' ya allah..npe pulak dlm ramai2 penunggu bas kat situ, cik iz sorg yg dilantik sbgai kaunter pertanyaan... cik iz xde bakat la dlm keje tu.. oke..cik iz masih steady dlm lakonan lagak berani.. "hurmm..maaf ea, xde la.." (dalam hati ; 'kalau ada pun, belum tentu cik iz bagi dlm keadaan mcm ni' maaf eaa.. ) nasib baik dia x ajak borak pulak, cuma dia pegi dengan senyuman yang agak seram untuk cik iz balas. ya allah, mane la bas ni, stgh jam kat bus stand ni, rasa mcm stgah abad. mogok ke wahai bas.....


Bas xdtg2 jugak. sungguhlah Allah tu maha Pengasih, time2 mcm tu, DIA gerakkan hati sabrina utk call cik iz. cik iz boleh anggap sebagai penyelamat keadaan utk tutup kerisauan cik iz. tQ sab!hihi. cik iz masih dlm mud lakonan, berborak sakan dgn sab walaupun dlm fon jer.. ;p
xlame lepas tu,alhamdulillah.. bas dtg jugak akhirnya..
lega..nafas pun kembali normal hehe


Ingatkan dah habis babak 'seram' tadi.. rupanya sambung lagi dlm bas. cik iz xdpt tempat duduk. kiri kanan warga asing.. jgn la kalian buat hal dlm bas ni yerp..-doa cik iz dlm hati-. ida n shah dok sms dr tadi tnya keadaan cik iz. cik iz bgtau la, 'lepas ni xmo naik transport awam mlm2 taw. hantar cik iz smpai rumah ;p'. hehehe sorry ...

lebih kurang 10 minit berdiri, alhmdulillah, dpt jugak duduk.. babak diteruskan dgn cik iz rupanya duduk sebelah perempuan yang agak menakutkan. perempuan tu duduk dengan badan ditegakkan. mcm xselesa. then, cik iz dengar dia ckap sorang2. bunyinya macam marah2. alahaaiii..ape pulak lagi ni.jgn tiba2 dia marah2 or cekik cik iz dah la kann.. xsemena2, perut cik iz pulak memulas2..alamak..nape pulak ni. salah makan ker.. lambat lagi ni nak sampai rumah.. haish..sabar ye perut..


Lega. perempuan sebelah cik iz turun lebih awal dari cik iz.tapi perut still memulas.. sabar iz..sabar.. tu je yg cik iz mampu buat :( konduktor bas ganti tempat duduk perempuan tadi. hari dah semakin gelap. cik iz park kereta kat rumah Matun. dah mlm2 mcm ni, cik iz agak rabun nak cari kat mane simpang rumah matun utk cik iz turun. cik iz bajet betul, mintak tolong abang konduktor picitkan loceng coz dia lebih dekat dkt punat loceng tu..


bas berenti. cik iz turun dan pandang kiri kanan.. alaaa.. ni bukan simpang rumah matun.. camaner ni??. xde tempat nak tunggu matun kalaupun mintak matun dtg jemput. hish, xboleh jadi. perut masih dlm keadaan 'tak sihat'. simpang rumah matun nuuunn kat depan sana lagi.. nak xnak cik iz kena menapak sementara tunggu matun dtg jemput. menapakla cik iz dlm kegelapan malam tu huhu sedeyyyy...


at last... kali ni betul2 lega. matun sampai and dia sempat ckp "aku mcm nampak lembaga jalan dlm gelap tepi jln tadi, ko ke tu??" :(


okey.. cik iz tenangkan hati and drive pelan2 balik rumah...
Sampai rumah dekat pukul 10 mlm..


Ingat nak terus berblogging mlm tu, tapi kepenatan mengatasi sgalanya. cik iz tak sempat pun berborak dengan mak.. tido awal bersama pngalaman2 yang bukan senang nak dapat hihi..






kesimpulan utk cik iz :
' jgn naik transport awam mlm2' hehehe
untuk cik iz jer, bukan untuk kalian coz cik iz x seberani kalian :p
~sekian~



notakaki: tiada gambar yang dapat dimuatkan..

Wednesday 21 April 2010

~ pendek je.


~Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua ~



sy nak exam dah..

final exam..



kpd semua yg singgah dcni, yg kenal sy, mohon maaf kalau2 sy ada tersinggung mana2 hati..

doakan sy berjaya yerp.. i'allah doa yg sama akan kmbali pd kalian..



sekian entry kali ni~pendek je.







sy akn rindu semua........




















Wednesday 14 April 2010

..dOn't jUdge a bOok by a cOver..


~ Bismillahi awwalul akhir ~

~ Salam semua ~


Topik dlm WHI (wanita hari ini)

' yang cantik xsemesti baik, yang buruk x semesti jahat'


semalam masih mencari penawar. salah seorang sahabat ada yang berpesan ; 'cari dalam diri, ada tu, mungkin belum nak keluar si penawar tu..' ~senyum~


oke, lari tajuk jap..

balik pada tajuk whi smlm.. semua orang pun akan setuju.. baiknya seseorang bukan diukur pada kecantikannya. sama sekali tidak. orang yang baik akan terpancar dari dalam kecantikan pada wajahnya..percayalah.... cantik itu tak kekal. mudah untuk jadi cantik. asalkan rajin ke salon, sanggup berhabis wang ringgit, sekelip mata boleh cantik. tapi itu cantik di luar... cantik di dalam?? letaknya di hati.. hati juga perlu ke 'salon', tapi tak perlu berhabis wang ringgit. lagi mudah bukan? (^_^) di mana letaknya 'salon' untuk si hati? xsusah..bawa saje fikiran dan hati itu mengingati yang Maha Memberi..sentiasa dan selalu.. manusia bukan sempurna. pasti berbuat khilaf.. bersyukur andai disedarkan dan yakin pada-Nya. pasti Dia akan beri yang 'tercantik'!


Tapi..

xsemua yang cantik itu busuk dan tak semua yang buruk itu juga wangi..

Rugilah jika menjadi yang buruk dan busuk.. dan berbahagialah si cantik yang wangi :)


Pilihan di tangan sendiri.. mahu jadi yang mane yer...?





~ ...terus mencuba...~

Tuesday 13 April 2010

kalau xsabar.....

~Bismillahi awwalul akhir~

~ Salam semua ~







Rosak 9 kereta guru
Oleh Amir Abd Hamid dan Muhammad Apendy Issahakam@hmetro.com.my2010/04/14



PETALING JAYA: Marah kerana dihukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya Selatan boleh diibaratkan ‘setan kecil’ apabila sanggup merosakkan sembilan kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, petang kelmarin.Mereka juga bertindak ganas apabila memecahkan cermin belakang sebuah kereta Perodua Myvi milik guru...


~~~
Camne ni..
kesian la kat guru-guru.. kalau ikut news ni, cikgu tu denda sbb masalah disiplin. so, taw tak tu bukti cikgu tu syg kat student dia..dia denda sbb dia xmo student dia terus hanyut ngn masalah sosial. kalau x, cikgu tu xkan wat ape2.. wahai student, jgn ikut sgt darah muda, memang hdup hanya sekali, tapi jgn pakai prinsip 'sebab hdup sekali, kenala enjoy!'. tapi gunala prinsip yang lebih kurang cmni ;' hidup hanya sekali, so berhati2' :p..



~untuk saya dan semua : jaga diri, hiasi peribadi~




p/s : tak sempat nak berceloteh pnjg2, nak pegi keje dah ;p

Ia berlaku akhirnya...

~Bismillahi Awwalul Akhir~
~ Salam semua ~



Untukmu manusia
sedar atau tidak
hidup penuh kejutan
adakala terlalu bahagia
adakala sebaliknya
molek jika sederhana
namun
DIA yang memberi semua
terima sahaja..
nuuunnn..kan ada sinar di sana..
tenang di jiwa..
Bahagia~

Sunday 11 April 2010

..::perlu terus dan tulus::..



~Bismillahi Awwalul Akhir~

~Salam semua ~


semalam telah pasti

hari ini masih di titi

dan esok dalam mimpi


biar berbisik lagi

asalkan dari hati

minta petunjuk Ilahi

moga dikabuli


makin dewasa

makin terasa

hidup penuh makna

dengan nikmat dan segalanya

Terima Kasih Yang Esa

~~~


Thursday 1 April 2010

~ dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita akan kembali...~

~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua ~

Kejutan apa ye?
hurm.. cik iz jalan2 kat blog di sebelah ptg jumaat ni, ramai dah yang postkan pasal allahyarham Din Beramboi.. Takziah buat keluarga beliau.. siapa sangka, baru je dia jadi juri utk program raja lawak, dan hari ni dia takkan kembali ke program tu lagi, bukan untuk sebulan dua, tapi untuk selama-lamanya..


~ Al-Fatihah ~


Yang buat cik iz kagum ialah, arwah pergi pada hari Jumaat.. Hari yang sangat mulia...
beruntungnya...

dan kita??

.
Terampunkah segala dosa..
Terbayarkah segala hutang..
cukupkah segala bekalan..
Bersediakah kita..
Bila Izrail datang menjemput...
Ya Tuhan kami...
Dari-Mu kami datang dan kepada-Mu lah tempat kami kembali..




~Renungan bersama~

"Orang yang beriman adalah orang yang mampu mengolah hidupnya yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidupnya bukan untuk hidup tetapi hidupnya untuk Yang Maha Hidup. Kita jangan takut mati, jangan pula mencari mati, lantas melupakan mati, tetapi merindukan mati kerana mati adalah pintu untuk kita bertemu dengan Yang Maha Mencipta. Mati bukan penghujung kehidupan, tetapi mati itu adalah permulaan kehidupan. Sambutlah ia dengan penuh ketakwaan.."


.: Doa mati dalam kebaikan :

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ,ولاتختم علينا يا الله بسؤالخاتمة
(Ya Allah, matikan kami dalam kebaikan, dan janganlah Engkau matikan kami dalam keburukan)



Hati bergetar...






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin