BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 30 July 2009

apa ada dengan "HATI"..??






SALAM SEMUA..


'Cuaca' malam ni agak 'mendung'.. biasala kan... nama pun MANUSIA, bukan setiap
hari yang dilalui tu cerah..sebab tu la pic 'HATI' kat atas tu retak semacam.. Ermm.. rasa2nye la kan kawan2, dalam banyak2 perasaan yang wujud dalam HATI, apa agaknya yang paling teeerrrkesan yek? hm... maybe terpulangla pada tiap2 individu tu kan..



Minggu ni boleh dikatakn minggu yang agak merunsingkan. bukan niat untuk merungut.. cumanya nak kongsi and luah apa yang terbuku. rasa macam dah berkarat2 dalam hati. bukan xde tempat mengadu, juz take another way utk legakan hati.. bleh kan??



Banyak sangat rasanya kelemahan yang ada dlm diri ni. kdg2 rasa mcm paling xmampu berbuat apa2 sebenarnya dalam hidup. tapi tu la, bila terfikir, kalau kita ni xmampu, xkanla kita ni diberi peluang bernafas di muka bumi ni kan.. jadinya, kuat kan semangat and mintak la pertolongan pada yang layak..



Kalau ada yang berminat untuk jawab, silalah..



soalannya berbunyi :



-salah ke kalau terdetik di hati untuk meragui sesuatu yang xpasti, yang tidak jelas dan tidak ada di depan mata?



Puas berfikiran positif, namun apakan daya, iman tidak setebal mana yang mampu menangkis segala bisikan musuh.. jalan terakhir yang mampu dipilih hanyalah berserah dan mengharap jawapan yang terbaik akan muncul..



Yang pasti.."YA RABBI..BANTULAH HAMBA-MU INI.."




(Salah satu cara menenangkan hati, pergi la ke tempat2 yang mendamaikan.. i will!! )

Akhir kalam.. thanx pada sape2 yang sudi beri komen yang membina and pada sape2 yang rasa cerita kali ni wat dia menyampah,so sowiiiiii... saya hanya manusia biasa..

Daaaaaaaaaa.....


Wednesday 29 July 2009

..MunCuL kEmBaLi...

~Assalamualaikum~




haaaaaaaaaiiiiiiiiiiiii....






lame diri sendiri tak menyinggah kat cni...




seriusss..sangat sibuk bila buat part time study ni..




fuhhh..alhamdulillah, Allah masih kuatkan semangat ni...




semester subjeknya agak berat la...




belajar psikologi ni kalau x kena gaya, ngn kita2 skali kena psiko.. memang kena kuat. kalau




cepat patah semangat xtau la apa jadi... moga DIA selalu di sampingku.. huhu..




nape tetibe cite pasal study nih?? hehe.. tension punya pasal la ni..







Nape tetiba letak pic ni ek...

hik hik.. actually xde kena mengena pun ngan story yang nak dikongsi kali ni..

kali ni juz nak kongsi TIPS-TIPS MENJAGA SAHABAT..

sape yang xde sahabat?

at least sorang la kan.. rugi kalau xde sahabat ni.. actually dulu zaman2 skola penah ada sorang

sahabat yang sangat2 baik, loving and sempurna pada mata ni.. tapi apa kan daya, hubungan

persahabatan kami "terkurang mesra" dek sebab2 tertentu lebih2 lagi bila abis zaman sekolah

menengah.. (diingatkan, 'terkurang mesra je ek.. tak putus poonn.. hehehe...)

anyway , meh kita sam-sama hayati and praktis camane agaknya nak menjaga and menghargai

seorang SAHABAT..

(1) Jangan hancurkan ikatan persahabatan hanya kerana sedikit masalah kecil.

Setiap hubungan pasti ada kekurangan.. so, dalam bersahabat pun kadan-kadang 'tergigit lidah'.

jadi, jika ini berlaku, carilah masa yang sesuai untuk berkomunikasi dan berusaha baiki

kelemahan masing-masing..

(2) Perlu ada sifat hormat-menghormati.

Kata pepatah,' kalau kita nakkan orang lain hormat kita, kita perlu hormat orang lain terlebih

dahulu.

(3) Jangan cemburu membuta tuli.

Haaaa... kalau dia adalah sahabat pada kita, so kita harus berbangga sekiranya dia punya

kelebihan yang lain dari kita. Bukannya cemburu and buat sesuatu yang boleh lukakan hatinya..

(4) Jangan jadi talam dua muka.

Benda ni paling penting! tu je nak cakap :p

(5) Menjaga amanah dan maruahnya.

Ni pun sama penting denagn yang no. 4 tadi.. kalau bukan kita sebagai sahabatnya, siapa lagi yang nak jaga semua tu untuknya selain familinya, betul x?

Sebenarnya banyak lagi, tapi yang kat atas ni adalah antara yang terpenting..

Akhir kata, hargailah seorang sahabat selagi adanya ia..

(hiskk..hiskk..tetiba rasa sedey..huhu..)

....SELAMAT MENYINGGAH DAN SELAMAT BERAMAL...


Monday 13 July 2009

~ JadiLah wANitA yAng iNgiN diKasiHi ~


..Istimewa untuk wanita yang ingin dikasihi..
Wahai wanita yang jujur dan ta'at,
Contohilah pohon kurma yang jarang membusuk dan ketika dibaling dengan batu ia menggugurkan buahnya.Tdak mengira musim, ia sentiasa berbuah dan mempunyai pelbagai khasiat.
Wahai wanita yang ingin dikasihi,
Hiduplah di tempat-tempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna, yang mampu menjaga kehidupan dari hal yang dapat mengaburi rasa malu.
Wahai wanita yang ingin dikasihi,
Ucapanmu adalah zikir,
Cara pandanganmu adalah mengambil iktibar,
dan diammu adalah berfikir.
Wahai wanita yang ingin dikasihi ,
Pujian yang baik dan doa yang jujur dari semua makhluk sentiasa mengalir untukmu. Allah sentiasa menghilangkan mendung kelabu yang menghimpitmu. Malah, melenyapkan rasa takut dan menghilangkan keedihan.
Wahai wanita yang ingin dikasihi,
Kalian mengetahui sesungguhnya kebahagiaan bukanlah terletak pada harta dan paras rupa semata , namun ianya adalah ketika dirimu menta'ati Zat Yang Maha Terpuji.
~" ..Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau.."~
.: Ya Rabbi..masukkan kami ke dalam golongan wanita yang dikasihi :.

Tuesday 7 July 2009

ANAK-ANAK sedara KU ~(^_^)~























ada sape2 suke kids kat cni?






hehe... kalau suke, same la kite..






.....saje nak kongsi cerita....



yang kat atas ni namenye Qistina Ar-Dini. anak sedara yang first..(anak abg). memula dia lahir, xcited rasanya.. ye la, dari pihak mak dia pun dia cucu sulung.. so, kiranya dia ni anak emas tulen la.. hehe...







nie antara aksi dia bile soh bergambar..














ni pulak time besday dia yang ke-3.










saje la nak cerita, hari tu dia demam teruk. semua orang sekeliling dah x tenteram. ye la, takut ape2 yang tak diingini jadi kat dia.. tapi alhamdulillah, lepas seminggu dia ok balik..
so, harap dini cepat dapat adik coz kitorang (makcik2 hang) nak rasa ada anak sedara ramai2 mcm hang hehe..
















Tetibe keluar gambar baby plak ek..


hehe.. yang ni plak anak abg ana yg baru kawin tahun lepas.


time dia lahir kitorang ingat kena masuk dalam kaca coz dia lahir dengan berat 1.8kg je.. bayangkan besar dia cume sebesar botol kicap jalen yang kecik tu.. time tu nak pegang pun x brani..tapak tangan ni lagi besat dari kepala dia rasanye....








Tembam x?

sekarang umur dia baru 3 bulan and berat dah 4 kilo lebih.. hehe.. bagus2, cepat ckit besar ek..

yang ni name dia NUR BALQIS BATRISYIA. kitorang panggil Balqis je..

cepat2 ckit membesar ek cyg!


Balqis baru lepas mandi...
oleh sebab mak ayah dia dok perak, so, sekali sekali je la dapat jumpe dia..
moge korg membesar sbg anak yang solehah.. love both of u!
so...ni je cite kali ni..doa2kan sekali anak2 kecil zaman skarang ni boleh membesar dngan baik, cukup dari segi rohani dan jasmani.. amiiinnnn..
..~happy viewing~..

salam semua..
hari ni ana nak kongsi info yang ana baca.
tajuk info tu menarik ( pada ana la) dan buat jiwa bergetar...
hehehe.. wat suspen jew.. tapi sungguh, ia untuk ingatan kita bersama..
joomm..
" TANDA-TANDA AJAL HAMPIR TIBA"
TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
- biasanya berlaku selepas waktu asar
- seluruh tubuh mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.
bagi yang sedar dgn kehadiran tanda ini memberi peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada dengan mempersiapkan diri sebaiknya..
TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
- juga berlaku selepas waktu asar.
- bahagian pusat akan berdenyut-denyut. pd ketika itu daun yg tertulis nama kita akan gugur dr pokok yg terletaknya di atas arasy Allah S.W.T.
- kemungkinan terjadi malaikat maut memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi mereka yg terpilih seolah-olah akan kebingungan seketika.
TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
- tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yg diuji dgn musibah kesakitan di mana org sakit yg tidak mkn scara tiba-tiba berselera utk makan.
TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
- terasa denyutan di bahagian tengah dahi
- ketika ini juga mata hitam tidak akan bermaya @ bersinar lagi.
- telinga akan layu di mana bahagian hujungnya beransur2 masuk ke dalam.
- telapak kaki yg terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA SEHARI SEBELUM MATI
- Akan berlaku selepas asar dan kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang, di kawasan ubun-ubun di mana menanndakan kita tidak sempat menemui waktu asar keesokkan harinya.
TANDA AKHIR
- Kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. ketika ini kita hendaklah mengucapkan 2 kalimah syahadah dan menantikan malaikat maut menjemput kita kembali kepada Allah.
والله أعلم بالصواب
( hanya Allah yang Maha Mengetahui segalagalanya..)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hye sume.. thanx sudi singgah. actually baru nak blaja wat blog, so.. kalau rasa x menarik, korang bleh la tinggalkan ape2 pesanan dan khidmat yang bernas.. di terima.. :)


sebenarnye, cite pertama nak share ngn korang yg sudi menyinggah ialah ( tetibe skema :p)

"NAPE TETIBE NAK WAT BLOG"

1) sebab baru je abes final exam semalam (03 mei 2009)

*rasa lega and lapang selapang-lapangnye! mane taknye.. dah la short sem. blaja 8 jam sehari, 2 kali seminggu. ana wat part time study. so isnin sampai jumaat ana keje. Di pendekkan cite, kebetulan minggu nak pekse, tempat keje ana wat motivasi. so ana kena la join sampai hari jumaat. habis dalam pukul 1 petang tu. dari hari jumaat tu la baru berpeluang study betul2 coz hari2 lain sibuk ngan hal keje. nak muntah rasanya baca buku.. habis satu paper, lega la ckit. bila nak mengadap paper satu lagi, otak rasa senak kembali.. and bila abes semua paper, baru la rasa berpijak di bumi yang nyata. kalau x rasa cam melayang2 je.. ngeee..

2) sebab daku tengok kengkawan daku rata-rata ada blog.

*bile tengok blog kengkawan cam best jer.. ana terfikir, kengkadang kalau share hidup @ luahkan masalah kat orang kan boleh ringankan beban kat kepala. x kesahlah dengan ape cara sekalipun kan.. ( anggap korang sume setuju je ape daku cakap ni. hehehe..)
x semestinya cite hidup duka jer.. boleh gak cite yang suke.. at least kita akan rasa kita x keseorangan kat dunia ni :)

3) sebab ana memang suka buat benda baru dalam hidup

* bayangkanlah, dulu mane ada sume ni kan.. kalau ada pun x la glemer.. ana x rasa abang aku yang dah masuk 35 tahun, time dia study dulu dia ada wat blog. hehe.. zaman sekarang je sape2 pun dah boleh wat blog.. kalau dulu, bila abang daku ajar guna komputer kat umah (ana umor 11 tahun kot time tu), ana rasa komputer ni xde yang special pun. menatang ape ntah.. tapi sekarang, ngan kompter la ana bleh blaja bnyak benda termasuk la wat blog ni haa... hehe..

4) sebab ana rasa nak buat la! hehe..

* :p memang nak buat dari bulan2 lepas lagi. tapi memandangkan masa x mengizinkan, tergendala la plan ana ni..so skrang, ana dah buat blog! hehe.. thanx again coz sudi singgah.. kalau nak komen ape2 , silalah.... :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin