BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 27 October 2009

...dAri maNa kiTa DatanG, KenApa KiTA dATANg, ke ManA kIta akaN PErGi..


~Bismillahi awwalul akhir~
..salam semua..

Dah bebrapa hari cuba untuk menulis di sini tapi keadaan seakan tidak mengiznkan.. xpela.. dah tertulis, x semua yang kita inginkan dan kita rancang akan terjadi...

~hari sabtu (24 okt.2009)~
Syukran jazilan pada KAK AZAH (teman sekelas) sebab beliau telah menghadiahkan daku sebuah buku yang dah lame daku nak beli tapi tak terbeli-beli..

Buku tu tajuknya : LANGIT ALLAH.
di tulis oleh HILAL ASYRAF.


Buku yang sangat menyentuh perasaan..
sangat memberi peringatan tentang siapa kite kat dunia ni..
hurmm..
mekasih ye kak azah..
daku akan jaga buku ni baik2.. :-)
(kalau nak tau lebih lanjut tntg buku ni, sila klik http://www.langitilahi.com)
setiap mlm sebelum tdo mesti nak selak2 buku ni..
rasa hilang stress seharian bekerja..
antara bait yang daku rasa cukup damai bila dihayati :

" kita hakikatnya berada di bawah langit Ilahi. kita berada di bawah naungan-Nya, setiap masa, setiap saat, setiap detik. Kembali kepada Allah, barulah kita akan terlepas dari segala kecelaruan yang mengikat jiwa hari ini. kembali kepada Allah, barulah kebahagiaan yang sebenar itu akan kita kecapi "


Persoalan 'dari mana kita datang, kenapa kita datang, dan ke mana kita akan pergi' terjawab dalam susunan ayat yang sgt cantik.. kalau ikutkan, siapa2 pun boleh jawab tapi ayat yg tertulis dlm buku ni buat pembacanya tergerak hati utk betul2 memenuhi kehendak soalan tu, dan akhrnya insyaallah akan bertemu apa yg dicari.. so..jgn teragak-agak kalau dah tergerak hati nak beli k... hehe terpromote lak :p
Nway, jujur, daku tlah jatuh cinta ngn buku ni...
mekaseh again kak azah.. pasni bleh belikan lagi buku2 camni..hihi :p






~ ..Tersedar.. ~
"Walau diri seringkali alpa..
walau dibeban segunung dosa..
walau jauh dari rahmat-Nya..
Tuhan tidak lupakan kita.."

Monday 19 October 2009

...mOgA iLmU, imAn dAn aMaL meNiNGkat seiRinG uSia iNi..




~Bismillahi awwalul akhir..~


salam semua..

sehat ker..

harap baik2 jer ye..

eceehh, mcm tulis surat la pulak, pastu bajet mcm confirm ada org baca..

hehe.. xpela, daku gak yg akan baca balik..

so, doa 'harap baik2 jer' tu balik kat daku la..
:p


hurmm... dah 2 hari x update..

hish.. nak kata cbuk sgt, xpun..

saje 'menyibukkan' diri ade la...


Sebenarnya, setiap kali bulan oktober pasti daku mengharapkan sesuatu yg lain berlaku..

yang manis2 dan yang pasti jadi memori indah dlm hidup..



Dan tahun ini, perasaan tu tetap ada.. malah menggunung tinggi dari tahun2 sebelum ni..




-----------------------------------------------------------------




3.00 pagi (18 okt. 2009)


Daku terbangun dari tido.

xtau la, mcm ada yang kejutkan..



Tengok pada skrin fon. ada 3 mesej dari shbt yang mengingati :




ICA : " Happy Birthday!"


masa dihantar jam 12:20 a.m.



maaf kawan, daku dah tdo time tu.. xdpt rply cepat.. tapi daku mesti akan ckp, "syukran jazilan ya ukhti!"



Msj ke dua dari FARIZ : "Hepi Besday!"

masa dihantar : 12:26 a.m.



tak sangka hang ingat.. hihi. syukran gak...



Msj ke tiga dari shbt yg x penah mis utk wish every year..


JAJA : "Kek baru siap bakar, khas utk besday ko, hepi besday"


Thanx jaja...shbt yg xpenah sakiti daku.. :)


..TAPI..


Tak lame lepas tu daku tumpahkan airmata!


kenapa????



............................keliru................................


Tersedu2 daku melayan perasaan.. sungguh, xdpt nak kawal.. daku menangis sepuasnya.. rasanya biarlah daku dgn Yang Esa je yang tau penyebabnya..
daku xmampu utk berkongsi tentang itu..


stgah jam lepas tu, daku lega.... legaaaa sgt!


mcm baru keluar dari sebuah gua yang gelap dan penuh lumpur..


Ya Allah...... Maha Suci Allah yang Maha Memberi dan Maha Menghendaki...


Pagi tu daku kena keluar awal utk ke kolej..ada urusan perlu diselesaikan.. Dan Hadiah harijadi daku tahun ni adalah result exam. Alhamdulillah.. daku boleh tersenyum walaupun x capai ape yang daku targetkan..




Bersalam dgn kwn2 yang dah sebulan x jumpe, ( cuti sem kali ni lame sebab cuti raye skali, best!) daku dihadiahkan ucpn hari lahir dan beberapa doa yg tulus keluar dari bibir mereka.. terima kasih kalian..



Gembira bila baca msj2 dari yang sudi ingat daku..




Dari KAK AZAH : "Selamat menyambut ulangtahun yang ke-23.. semoga diberkati Allah & ceria2 selalu.."




Dari SARAH : "Salam, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..moga berjaya dunia akhirat..moga tercapai sgala impian dan harapan..."




Dari saudara merangkap shbt yang berada jauh di Johor sane , ITA : " Happy befday yg ke 23 to my friend..moge panjang umur n dimurahkan rezeki slalu.. amiinnn.."




Dari KAK FIZA : " Sempena hari lahirmu yg istimewa ini, harapan dan doaku semoga kebahagiaan & kesejahteraan akan tetap menjadi milikmu.. Terimalah ucapan selamat sejahtera, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. salam tulus ikhlas.. "




And dari shbt yang bnyak luangkan msa sad n hepy bersama daku, SABRINA :


" hapy bufday ea cyg..hope wat u wish wil come true n pnjg umo serta dimurahkan rezekimu.. jgn sedih2 tau..if ada ape2 prob juz cari je aku k.. aku owez (always) di sisimu.."






Dari SYAZNY, NORA, KANITA, AYU dan semua2 lah yang mendoakan, syukran jazilan.. doa2 kalian akan sampai semula pada kalian.. insya-Allah.. Dan yang terakhir bagi ucpn pada tarikh 18 okt tu adalah seseorg yang daku hormat dan xpenah lupa walau sehari selama ni..
" Slamat hari lahir yang ke 23.. Smoga awak berjaya dlm hdup awak.."
Ringkas tapi bermakna padaku..kalau tahun2 lepas dia akan jadi org pertama tp atas sbb2 yg mungkin x dpt dielakkan, daku tetap bersyukur and gembira bila dia masih sudi ucap selamat walaupun daku yang mintak.. hikhik.. thanx semua..




Nape daku nak kena cerita semua ni... nak riak? nk ckp 'bngganya ada org ingat besday kite!'???




Terpulang..... ape pun tanggapan yang timbul, daku x ambil pusing...



Yang daku tau, niat daku hanya satu..
DAKU HARGAI SEGALA UCAPAN DAN DOA KALIAN SEMPENA HARI INI..





Kalaupun terdelete dlm fon, at least daku boleh baca balik kt page ni.. and dah tentu waktu tu perasaan daku akan bertmbah utk menghargai shbt2 daku.. daku masih simpan satu dua msj besday tahun2 lepas.. nak simpan semua x ckup ruang dlm fon murah daku tu.. so, ni la alternatif daku.. maaf kalau kalian rasa "tak sesuwaaaiii laa" cara daku ni..
daku insan biasa yang ada hati utk berkongsi rasa.. peaceeee.... (^_^)

.........And.....

MAK, izan sgt bhagia bila emak cium lame2.. and adik yang ada di penang, thanx for lovely card.. love u all!!

Apapun, pada-Nya jua ku panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberi kesempatan bernafas sehingga ke hari ini..


Dari hati ke hati :

"Izan, tetapkan iman, teguhkan jiwa, kuatkan semangat, cekalkan hati...
Moga kehidupan diberkati, impian terlaksana, bertemu kekasih yang hakiki dalam keadaan yang diredhai.. amiinn.."



p/s : Andai ada bait2 entry kali ini tidak menyenangkn mane2 pihak, sungguh itu bukan niatku.. Daku hanya mencari sedikit ruang berkongsi kisah hidup yang pastinya akan menjadi kenangan..


~ SaLam UkhWah ~

Friday 16 October 2009

SiaPa KiTa..?

~Bismillahi awwalul akhir..~


Salam semua..

Hari ni dah last raye, mesti ada yg dok wat open house lagi kan.. sila..sila.. smoga majlis kalian diberkati :)


Actually hari ni nk ajak tinjau dlm diri.. saaaaape kita..

sound serius?? hikhik xde ar.. juz suka2..



Mula2 kena pilih, dalam 3 bentuk di bawah, mane yang kalian paling suka..
pilih dulu taw, baru tgok jawapan.. :p



1) bentuk bulat

2) bentuk empat segi

3) bentuk tiga segi

bayangkan sendiri ye.. cam xnak letak pic je kali ni.. hihi sowi..

okeyyyyyy... dah pilih dah?

jom tgok jwpn..

1) kalau anda lebih cenderung memilih bentuk BULAT, di bawah adalah kriteria2 diri anda :

- kaki sembang @ merapu

- mementingkan keharmonian

-serba boleh

- boleh bertolak ansur

-suka bergaul dengan orang lain

-hubungan peribadi yang baik dan mesra

- mudah memahami orang lain

-bersikap positif

- romantis

- bekerjasama

- seorang yang seni

- setia

- cara berkomunikasi yang baik


2) Pada mereka yang telah memilih bentuk empat segi... anda adalah..

-seorang yang logikal

- bersifat objektif

- mengutamakan fakta dan fokus kepada maklumat terperinci (seuai sbg seorg student)

- tidak mudah percaya pada khabar angin

- mementingkan keadilan dan saksama

- mengutamakan peraturan dan panduan

- boleh dipercayai dan sesuwaii jadi bendahari

- sistematik

- bertanggungjawab keibubapaan

- terikat kepada tradisi dan adat resam.


3) And kalau pilih bentuk tiga segi pulak, kajian menunjukkan sesorang tu seperti berikut ;

- mempunyai arah tuju yang jelas

- berwawasan

-bercita-cita tinggi

- rajin dan bersungguh dalam kerja

- sifat ingin tahu yang tinggi

- rajin berfikir

- suka berfikir berdasarkan teori dan falsafah

- suka bersendiri

- boleh berdikari

-sanggup tinggal kawan demi matlamat

- sabar dan kompleks


Ni ler antara ilmu yang dikutip dlm kursus tempoh hari..

so, kalian rasa kena tak pada diri kalian?

diingatkan, semua ni bukanlah 100% melambangkan diri kita.. maybe dalam 60-70% jer..

jgn taksub sgt k..

Daku yang mane? hihi rahsia bleh?

K la.. k la, daku telah memilih bentuk segi 4. Ada banyak jugak la yang sangkut.. keh keh..

Yang pasti, semua manusia tu tak sempurna. Masing2 ada kelebihan dan kelemahan tersendiri..

K teman2.. jaga diri hiasi peribadi..

~ Salam ~

p/s : Jadikan hari ini lebih baik dari semalam kerana sesungguhnya Allah suka pada hamba-hambaNya yang berubah kepada LEBIH BAIK..

Thursday 15 October 2009

~In tHe nAme Of ALLAH, the Most gRAciOus And The mOsT mERcIFuL~


..Peringatan utk penulis dan pembaca yang dirahmati Allah..~insya Allah~
Bila ada yang mengganggu, mintalah perlindungan dari yang Maha Melindungi..


.: ReNuNgAn BeRsAmA :.


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : " Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah Ta'ala melainkan doa."


Daripada Zaid Bin Argam r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Ya Allah, daku mohon berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak kenyang, dn doa yang tidak mustajab ."


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : " Tidak ada doa daripada seorang hamba yang lebih afdal daripada doa ini ; Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau kesejahteraan di dunia dan di akhirat."


Daripada Abdullah Bin Abbas, sesungguhnya Nabi s.a.w. berkata ketika menghadapi kesusahan, : "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyabar, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Tuhan yang menguasai Arasy yang Agung, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi serta arasy yang mulia."


Daripada Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. : "Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau menjadikannya mudah. Engkau mnjadikan sesuatu kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendai ia mudah."


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda ,: " Bukankah dunia itu dilaknati. Apa yang ad padanya dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya ; dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu ."


~ MAHA SUCI ALLAH ..~


Minggu ni minggu terakhir daku 'bersenang lenang'. mnggu terakhir cuti..
daku manfaatkan dgn meninjau ke blog rakan2.. hurrmm.. rata2 sedang menghadapi ujian Allah apabila ada segelintirnya bercerita tentang airmata . baik perempuan mahupun lelaki.. jadi, daku selitkan hadis2 di atas dengan harapan kalian bangkit semula dan kuatkan semangat hadapi dugaan hidup kalian.. percayalah, di sebalik ujian, pasti ada hikmah besar yang tersembunyi..
dengan ujian, baru daku kenal siapa diri daku, apa sebenarnya yang daku mahukan dalam hidup ini, dan apa yang sepatutnya daku laksanakan sebagai seorang hambaNya..


Dunia hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi. jangan guna istilah, 'sebab dunia sementaralah, kita enjoy puas2, kita buat apa yang kita nak buat.' kalau mcm tu, apa bekalan kita utk bertemu dengan yang Maha Memberi?? tepuk dada, tanyalah iman..


Daku bukan insan sempurna, bukan insan yang tidak pernah berbuat dosa. namun daku terpanggil utk menulis catatan ini bila pernah merasa dengan ujian hiduplah, daku makin terasa Dia lah yang Maha Berkuasa atas segalanya..


~ sALam sAyaNg ~


p/s : buat teman2 yang sedang diuji, bersabarlah.. satu hari, Kalian pasti akan bersyukur dengan ujian itu. Moga hati kita semua tetap denganNYA.

Tuesday 13 October 2009

puLanG bErsAmA kEyaKinAn bArU :-)

Bismillahi awwalul akhir..


salam semua..
daku dah pulang :)
hihi, mcm la ada org tunggu..
eh ada..ada..
mak n ayah!
~hihi~


Kursus yg berjalan selama 3 hari dua mlm tmpoh hari sngt2la memberi bnyak motivasi pada diri daku.. syukran ya rabbii...
Ntahla.. makin hari daku makin nmpak hikmah di sebalik duka yg daku lalui sbelum ni..
dari sehari ke sehari, daku makin terasa yg DIA Maha Pengasih..


hari ni dah hari selasa.. ahad ni dah kena dftar utk sem baru... xsabar plak rasanye nk 'mensibukkan diri' .. hihi..
pasni maybe jarang2 update blog.. hope masih sempat..


actually, penat berkursus masih bersisa coz kursus hari tu agak berat.. ada masa daku kongsi ape yg daku dpt dlm kursus (motivasi) hari tu k..
hari ni juz singgah2 blog kwn2.. bnyak citer baru n still ada yg sudi kongsi ilmu Allah.. teruskan ye kalian... :)


sekian utk post kali ni..
daku x mengharapkan pujian mahupun kutukan..
hanya satu, daku harapkan teguran dan nasihat dari yg sudi..
daku syg semua selagi kita masih bergelar manusia yg bertopengkan manusia..
salam sayang penuh ukhwah dari ~izanhamid~


p/s : peringatan utk diri sndiri dan sahabat2 yg disayangi,


" Jika hari ini adalah hari terakhir utk kita, pernahkah kita menghitung amal kebaikan dan keburukan kita? Andai ajal menziarahi kita esok, sudahkah kita bersedia menghadapinya? Ya tuhan kami, ampunilah kami, berilah kami kesempatan melangsaikan segala hutang kami sesama manusia dan padaMu.. kuatkan iman kami, berikan kenikmatan beribadah kepada kami, ampunkanlah kami Ya Allah dan masukkan lah kami ke dalam SyurgaMu.. Amiin ya rabbal a'lamin.. "

Thursday 8 October 2009

.: bercuti :.

salam thawan2...

esok daku kena g kursus selama 3 hari 2 mlm..
blog ni akan berada dlm silent mood sepnjg ketiadaan daku..

eceh..gaya bhsa mcm ade ke yg berkenan nk singgah blog ni hari2..
hihi xkesah la.. pd yg sudi, syukran jazilan @ thanx so much..

sesungguhnya blog ini adalah teman monolog daku and daku bebas berkongsi apa shja ilmu dari Allah dgn kalian yg sudi singgah..

k.. jumpe lepas 3 hari ye ..
doakan daku selamat berkursus dgn jayanya :p hehe

..salam..

Tuesday 6 October 2009

* SyaWaL 1430 HijRiAh *



Alhamdulillah..
Merasa gak berhari raya tahun ni. tapi bnyak perbezaannya..
agak sunyi tahun ni atas sebab2 tertentu..
antaranya, kuantiti yang join reunion 2009 sgtla jatuh merundum sbb masing2 ada yang dah
kawin,ada yg dah start keje awal.. sempat beraye ngn family je, ngn kwn2 dorg x sempat..
xpelah..



Ni je yg setia tiap2 tahun turun padang meround rumah2 kengkawan..
tahun depan xtaula daku setia ke tak.. hihi
moga2 adela lagi..






~kenangan tercipta~


~ GURLZZZ ~



~ tunjuk gigi semuaaa.. hihi ~

~ sweet memori ~



~ kami yang setia :p ~



~ senyummm ~



~ heppyyyyy ~



~ nak balik dah time ni... ~

Syukran jazilan pada yang sudi yang luangkan masa beraya bersama tahun ni.. thanx to fariz coz setia jadi "pengetua" kitorang .. hehe..

hope taun dpan ada lagiii...
~ ukhwah fillah abadan abada...~

..tELataH anAk diDik..







Ahad lepas daku beraya umah sedar kat puchong permai,.
tdo sane sehari, pagi ahad baru balik..
kat sane sempatlah cari hadiah kat IOI mall utk Ana yg akan bersanding hujung mnggu ni.

actually bukan itu yg daku nak kongsi pd u all yg sudi singgah..

Ni haa...

Semalam (isnin) giliran daku bertugas untuk pastikan budak2 solat jemaah. daku pun round tiap2 class coz kdg ada yg nyorok xmo solat cm nyorok xmo kena sunat..sampai dpan pintu class darjah 6 yg first, daku agak keciiwa sebab ramai yang dok wat xtau je even sbelum tu loceng dah bunyi. bukan dorg x fhm loceng tu bunyi utk g solat tapi nak kena guru2nye gak yg turun dok kerah.. sedey k.. daku pun membebel dngn ayat yg berbunyi begini :



" Ya Allah, kenapa kamu duduk dlm kelas lagi ni..? dengar x bunyi loceng tadi?
kamu jgn ingat kamu dah habis exam kamu boleh buat ape yg kamu suka. selagi kamu dalam skola ni, nak xnak kamu kena ikut peraturan skola.. lagi satu, kamu kena ingat, keputusan kamu bukan 100% bergantung pada usaha kamu, sikap kamu pun sedikit sebnyak mempengaruhi keputusan yg bakal kamu dapat.. dah..dah.. stop talking.. g musolla skrg.."


keh..keh.. terer x daku membebel.. hish, caye lah, tu bukan hobi daku.. tapi daku rasa daku kena bebel camtu. daku bebel sebab daku sayang dorang.. daku xmola dorg juz berjaya dlm hal2 duniawi jer.. semua org pun xnak mcm tu kan.. bygkanlah, murid lain semua dah buat saf, dorang selaku senior kat skola tu bleh buat derrkk jee.. x ke rasa cm ape je.. hurmm.. sabar..sabar..

pas dorang abis solat, daku bebel lagi :


" salam semua, saya bukan nak marah2 kamu semua, cuma saya rasa ada tanggungjawab utk berckp tntng pntingnya solat ni sebab saya tngok ramai lagi antara kamu yg pndg remeh tntng ni. sebab kamu masih skola rendah la saya rasa senang nak berckp hal ni. saya harap kita semua solat bukan krn takutkan sesuatu selain Dia, cntohnya takut kena denda or smthing else. biarla kita solat tu sbb itu adalah tnggungjwb kita sbg muslim dan slh satu tnda kita bersyukur. bla..bla..bla.."

punyelah pnjg lebar daku bebel..


tapi kan,


..... bebel yang ni sbnrnya daku bebel dalam hati jer..


sebab ape??


sebab daku rasa daku blom ckup layak nak bebel cmtu kat dorg.. daku cuma harap dorg buat semua tu ikhlas kerana Yang Esa.. serius, time tgok dorg sujud ramai2, daku terfikir, kat rumah dorang buat tak cmni? sebab penah satu hari dolu-dolu, ada salah sorg budak dgn selamber ckp, 'saya nak smbhyang tapi saya x penah tgok mak sy smbhyang' ( biasalah..budak bercakap, mane reti tapis2 k..) dari situ daku dah target, maybe dorg teringin nak ckupkan wktu tp xde yg mndorong..



...kesian kan..





Daku pun bnyak gak ketidaksempurnaannya..bnyak gak silap yg daku buat.. tapi daku still nak ckp ; wahai anak2, daku akan beri yg terbaik dan doaku sentiasa mengiringi kalian agar berjaya dunia akhirat..




p/s : Sebesar mane pun dosa hambaNya, lagi besar rahmat dan pintu taubat dariNya untuk mereka yang benar-benar mengharapkannya..

Saturday 3 October 2009

..raye ke 14..

Haish.. penatnyer..
hari ni beraya dgn kawan2 sekerja.. dari satu rumah ke 1 rumah, 2 rumah, 3 rumah, sampailah ke sepuluh rumah.. pastu semua hidangkan mknn berat2 antaranya, mee bandung, mihun sup, nasi lemak , nasi ayam pastu ape ntah lagi.. perut dah sebuuuu jer.. bukan makan cam makan sakan pun, juz rasa2 je.. dah orang hidang xkan tgok jer. ape plak tuan rumah kata kan... tapi kalau rasa pun, dah mcm2 menu, x senak perut dibuatnye.. x kira dgn satay, roti jala lagi... fuuhhh... bessssst.. ngeee...

tapi memang best pun k.. bukan selalu dapat bertandang ramai2 ke rumah kwn2.. lagipun kitorng beraye cmni confirm setahun skali.. so, mintak maaf ye perut kerana telah menyeksa kamuu.. :p hehe
( daku terpaksa )

Hope tahun depan berkesempatan lagi..

sekian, tu jer nak ckp.. ape..? boring??
sorry lar.. daku sebenarnye xde mood nak tulis dlm blog hari ni, tapi dah terlanjur sign in, ni je yg mampu daku post.. :p

penat lar...

bling..bling..daa...

Thursday 1 October 2009

Renungan Sejenak..

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

" Dihiaskan (dijadikn indah) kepada manusia : kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Semua itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah, pada sisi ALLAH tempat kembali sebaik-baiknya (syurga) "
Surah Al-Imran : 14

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin