BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 12 January 2010

"sELamAt uLanGtAhun KeLahiRan unTuk yaNg TerSaYanG." sAya sAYanG Dia sANgat-sAngaT!

~Bismillahi awwalul akhir ~

~ Salam semua ~

Hari ketiga beransur pulih dari demam.. syukur pada Yang Maha Memberi..


Hari ni 13 Januari 2010
Ulangtahun kelahiran seseorang yang sangat cik iz sayang.
sepenuh hati. jiwa dan raga.
sayangkan dia lebih dari sayangkan diri sendiri.
cik iz masih dalam usaha membahagiakan dia.
hingga hujung nyawa, dia yang teratas dalam hati.
Tanpa sedar kadangkala ada mengguris hatinya
cepat2 mohon ampun
agar tidak tertanggung pedihnya di sana nanti


Tanpa dia
ntah siapalah diri ini
mungkin tidak ada hala tujuan
malah mungkin tidak wujud di dunia ini
Dia terlalu istimewa
terlalu banyak pengorbanan dilakukannya
tak terbayar
hanya melihat dia bahagia
adalah sesuatu yang membahagiakan
dia tidak dambakan harta benda
sungguh..
tidak pernah meminta walau sesen
yang dia minta hanya senyuman dari insan2 yang dia sayang


Segala pahit maung ditelan redha
pernah dia kehilangan insan yang dia sayang
depan mata ini dia meratapi kehilangan itu
betapa kasihnya dia pada insan itu
dipujuk hatinya
dikhabarkan bhwa insan itu akan menunggunya di syurga sana
dia kembali bangun
dia adalah penguat jiwa ini
semangat diri ini


insyaallah
sedaya upaya cuba membahagiakannya
kerana sungguh
sangat sayangkannya
tidak akan ada pengganti tempatnya
tidak akan ada yang setanding dengannya di hati ini
untuk dia yang tercinta
moga segala pengorbanannya mendapat tempat teratas di sisi Yang Esa
moga hari ini ada sesuatu yang lebih membahagiakan
moga usiamu diberkati



dia adalah
PUAN MAZNAH BINTI SHAFIE
ibu yang telah melahirkan 3 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan
pernah kehilangan anak sulung yang dipinjamkan Allah
seorang yang sangat tabah dan berhati mulia
tidak pernah mengeluh


Ya allah
Panjangkan usianya
Berkati kehidupannya
Ampunkan dosa-dosanya
Lindungi perjalanan hidupnya
Rahmati dirinya
Kasihi dia sepertimana dia mengasihani kami semua
Amiinn..


------------------------------------------------------------

Bangun pagi tadi, mak adalah orang pertama yang cik iz nampak. cik iz hadiahkan sedikit ucapan dan peluk cium untuk mak..
mak.. saya sayang mak sangat2..


Ibu adalah anugerah terindah. Labuhkan cinta sepenuh hati pada ibu adalah kewajipan kita semua. ~senyum ~

2 comments:

sI tEDI said...

Selamat hari lahir puan maznah!

CIK IZ'S said...

tedi : puan maznah kata terima kaseh :p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin