BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 11 January 2010

Minggu ke-2 skola, ke'bizi"an perlahan2 menjengah..

~Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua ~


- mood hari ni : hari ke-2 demam -


Cam x caye jer baru 2 minggu kembali ke sekolah, cik iz diserang demam.. balik dari bangi hari ahad kelmarin, cik iz singgah puchong ziarah sedara yang dok sane.. dalam perjalanan balik umah tu hujan jerr.. mlm tu cik iz dah rasa lain mcm, pale dah pusing2.. tdo mlm tu dah kena pakai baju tebal2.. esoknye terus x boleh bangun.... seksa, telan air liur pon sakit.. dah x larat sgt rasanya, mak bwak g klinik.. doc ckp tekak luka, sebab tu telan air liur sakit..panas dalam tinggi sgt.. pastu... cik iz kena enjeettt... sakit ok..! nak nangis tapi cik iz cover kunun2 kuat.. hikhik


pas kena enjet cik iz rasa ok ckit la.. doc bg mc 2 hari tapi cik rasa boleh bangun lagi, cik iz pegi jugak ke skola. sebabnye mcm x best la pulak, baru bulan pertama dah ada cuti.. tapi kat skola, pantang ada masa free, cik iz dok rilex kat ofis.. hihi.. so hari ni, alhamdulillah, dah semakin ok..


al-biasa, awal2 persekolahan, memang akan bertimbun keje.. pening jugak kepala ni.. tapi, wat rilex jer.. jap lagi tertekan lagi payah kan.. so, cik iz kena la senaraikan semua keje2 tu then buat mane yg penting dulu.. seb baik tahun ni xbyak pegang subjek.. so, rilex ckit la
(mintak2 camtu ler :p )


Minggu ni ada sesuatu yang cik iz belajar dalam hidup. cik iz ambik dari beberapa luahan yang cik iz dengar baru2 ni.. pada cik iz, prkara ni agak sensitif and perlu di ambik berat. hurmm.. cik iz xmo citer detail, cukup rasanya cik iz kongsikan secara kesimpulan bhwa semua yang ada kat dunia ni pinjaman semata-mata. jgn sekali-kali anggap ia milik kita abadi. andai DIA nak ambik semula, bila2 masa jer. cik iz kagum dgn seorang shbt yang cik iz ikut kisah dia dari kecik. dia x pernah hidup senang, tapi dia sentiasa happy. dia ajar cik iz untuk jadi lebih sabar dgn setiap apa yang Allah turunkan. dia memang hebat. cik iz harap satu hari nanti, org2 yang buat dia 'merana' sedar, yang dia adalah seorang shbt, anak, ibu dan isteri yang perlu dihargai. bahagia pasti akan muncul utk dia. cik iz yakin dgn perkara tu.



~~~.......~~~
skrg dah 11.30 a.m. cik iz perlu bersiap ke sekolah. syukur cik iz x gunakan mc 2 hari tu. kalau x,mungkin lagi bnyak keje yang tersangkut. hope, hari ni cik iz boleh jlnkan tanggungjawab sebaiknya. untuk semua, jadikan hidup ni lebih baik dari semalam okeeyy.. :) cyg semua..!



~Untuk renungan bersama~


" Harta yang paling untung : SABAR, teman yang paling akrab : AMAL, pengawal yang paling waspada : DIAM, dan bahasa yang paling indah : SENYUM"


~ (^_^) ~

2 comments:

sI tEDI said...

semoga baik demam cik iz!

CIK IZ'S said...

tedi : amiinn.. thanx ye tedi.. :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin