BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 11 December 2009

..jAngaN perNAH beRpuTus aSa dari RahmAt- NYA..



~ Bismillahi awwalul akhir ~


~ Salam Semua ~

" Dan Tuhanmu berpesan, "Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembahku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina."
( Surah al-Mukmin: ayat 60)



______________________********____________________

.: Secebis kisah untuk renungan hati :.




Usianya jauh lebih muda dari penulis namun bukan itu yang meninggalkan kesan mendalam dalam hati penulis tentang Aini ( bukan nama sebenar). Cemburu melihat betapa gemarnya muslimat ini beribadat. kedua-dua mata menjadi saksi pada ketekunan Aini. Tanpa sedikit rasa malas pun, Aini mengerjakan solat tahajjud.



Setiap masa, tidak kira selewat malam berbual panjang dan tidur, Aini tetap akan bangun pada dua per tiga malam. Dia terus melarutkan diri dalam surah-surah Quran yang panjang, kemudian mengangkat mukanya, menutup matanya dan menadah tangan. Rasanya, sesiapa pun akan berasa terharu melihat cara Aini berdoa. Dia menyampaikan suara hatinya pada Yang Maha Esa dengan begitu khusyuk, damai dan begitu asyik. Airmata membasahi pipinya seiring dengan doa-doa yang panjang, diucapkannya dengan lembut dan perlahan. Berbisik bersama Ilahi. Dan, adakalnya, badannya terhenjut-henjut menahan tangis.


Mengapa Aini beribadat begitu kuat? Mengapa selalu menangis dalam doa-doanya? Tidakkah matanya letih kerana terlalu banyak menangis?


" Saya ada banyak dosa," jelas Aini.


Suatu hari, Aini berkongsi ceritanya dengan penulis. Masa lalunya gelap dan dia hampir berputus asa kerana masa silam itu. Penderaan seksual yang dilakukan teman-teman semasa kecil. Perkosaan yang dilakukan oleh pakciknya sendiri.Terakhir, teman sekolahnya melakukan tibdakan sumbang ke atas dirinya. Padahal mereka sama-sama perempuan. Kejadian menyedihkan yang berlaku bertubi-tubi itu membuat Aini berasa sangat kotor.


" Saya jijik dengan diri saya.Saya berasa begitu kotor dan tidak layak berdiri di hadapan Tuhan."

Cinta yang diberikan oleh teman satu universiti mengheretnya ke dalam lembah dosa yang berlarutan.


" Kami berzina, bukan hanya sekali tetapi banyak kali. Saya tidak tahu di mana Tuhan ketika itu."
Aini menyapu airmatanya yang keluar tanpa henti.
"Saya berasa kotor. Saya jijik dengan diri saya sendiri. Lebih-lebih lagi selepas tahu hukuman pada orang yang melakukan zina."
Aini memberitahu yang suatu ketika dia mahu mengakhiri hidupnya.

"Saya mahu bunuh diri. Tetapi Tuhan menolong saya."

Hubungan Aini dengan kekasihnya putus dan selepas itu Aini langsung tidak mahu menjalin apa-apa hubungan istimewa. Aini merasakan itu adalah cara Tuahn menyelamatkannya daripada dosa yang lebih jauh.

" Padahal ketika itu saya sudah beras begitu jauh dengan Tuhan. Saya rasa tidak mungkin dapat kembali ke jalan yang benar. Apalagi mengingatkan masa lalu yang kotor.Saya tidak tahu bagaiman caranya membersihkan diri di hadapan Tuhan. Setiap kali saya mandi, saya menggosok tubuh saya kuat-kuat dengan sabun dan berharap semua itu dapat membersihkan diri saya."

Rahmat Tuhan amat luas. Kasih dan keampunanNya juga luas terbentang. Aini tentu tahu perkara ini.

Masa lalu yang gelap telah menjadikan Aini seperti sekarang. Dia berasa yang dia perlu terus membersihkan diri dan terus berdoa.

" Saya mahu bersih ketika menghadapnya nanti. Saya mahu Tuhan menyambut saya dengan kasih sayang. Saya mahu Dia mengizinkan saya, yang pernah kotor sebelum ini, menatap wajah-Nya."

Gadis yang hampir dengan Tuhan itu begitu khusyuk dengan doa-doanya. Sikapnya yang tenang menimbulkan kesedaran betapa nikmatnya TAUBAT. Siapa yang tidak mahu ketenangan sepertinya? Siapa yang tidak mahu bertemu dengan Pencipta dalam keadaan bersih dari dosa?


Tidak ada dosa yang tidak diampunkan dengan taubat yang sebenar-benar taubat..







* kisah dipetik dari buku motivasi : " DI DUNIA ADA SYURGA"
-Asma nadia.






~perkongsian bersama~




Aku sesuai dengan persangkaan hambaku pada diriku

Aku bersamanya ketika dia berzikir

Sekiranya dia berzikir dalam hatinya,

maka Aku akan mengingatnya dalam hatiku

Sekiranya dia mengingatku dalam sesuatu jemaah,

maka Aku akan mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik.

Sekiranya dia mendekatiku sejengkal,

maka Aku akan mendekatinya sehasta
Sekiranya dia mendekatinku sehasta,

maka Aku akan mendekatinya selengan.

Sekiaranya dia mendekatiku dengan berjalan,

maka Aku akan mendekatinya dengan berlari.




"Maha suci Allah yang Maha Pengasih"








p/s : Bukan ingin membetulkan orang lain, kerana diri sendiri pun banyak yang perlu dibetulkan..hanya ingin berkongsi rasa hati dan mengajak lebih mengingatiNya. Betapa Pemurahnya DIA walau hambanya sering melupakannya..

2 comments:

maiyah said...

perkongsian yg baik.. sesungguhnya kita manusia tak berhak utk mnghukum hnya Allah yg menentukan dan Allah akan membuka pintu hati org2 yg dikehendakiNya

LORD ZARA 札拉 said...

betul2~
jangan pernah ada rasa putus asa~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin