Dulu..
Selalu aku bergelak ketawa dengannya
Selalu aku bercerita dengannya
Bercerita dan berkongsi masalah
Berkongsi masalah dan saling bertukar pendapat
Tentang banyak perkara
Adakalanya
Dia bercerita tentang teman-temannya
Bercerita tentang perselisihan faham dengan orang-orang sekelilingnya
Dan aku sebagai pendengar setia
Akan memberi sedikit sebanyak pendapat
Yang boleh melegakankannya
Kerana aku ingin selalu melihat dia gembira
Walau adakalanya pendapatku tidaklah sehebat pakar motivasi
Namun aku gembira kerana
Dia memilih aku sebagai tempat dia meluahkan suka dan duka
Sehinggalah dia kehilangan cintanya
Dia masih bercerita denganku
Dan aku masih memberi buah fikiran
Agar dia bersemangat kembali
Bangun dari terjatuh
TAPI KINI
Tidak ada lagi cerita darinya
Tidak ada lagi gurauan darinya
Tidak ada lagi adu darinya
Yang ada hanya gambar
Gambar kami sebagai kenangan
Dan aku terus memikirkannya
Aku selalu mencari peluang untuk bertanya khabarnya
Aku selalu menginginkan tawanya
Aku selalu berfikir tentang keadaannya
Walau aku tahu mungkin dia tidak sepertiku
Dia tidak memikirkan sedikitpun tentangku
Andai dia tahu
Bahawa aku tidak pernah melupakannya
Aku tidak pernah menyimpan secebis pun kemarahan untuknya
Apatah lagi dendam dalam hati
Tapi sayangnya tidak
Hanya Tuhan yang tahu..
Andai dia tahu
Aku selalu mengharapkan yang terbaik untuknya
Aku selalu berharap tidak ada yang menyakitinya
Aku akan terus meminta agar dia dijauhi kesulitan
Kerana andai dia tersenyum
Aku akan turut tersenyum
Andai dia ketawa
Aku akan senang di hati
Andai dia bahagia
Aku akan meminta untuk bahagia itu selalu dengannya
Tapi sayangnya tidak
Hanya Tuhan yang tahu..
Dari mana wujudnya tingkah begitu?
Aku sendiri baru tersedar
Aku telah tempatkannya di satu sudut dalam hati ini
Aku telah terlalu lama memikirkan tentangnya
Aku telah selalu benar terasa dekat dengannya
Dekat dari hati
Dekat dari fikiran
Dan ya..
Aku melakukan segala-gala untuknya
Adakalanya sesetengah perkara itu tidak terjangka
Akan aku lakukan dalam hidup
Namun kerananya
Aku melakukannya
Namun,
Sedikit pun aku tidak merasa susah
Sedikit pun aku tidak merasa beban
Kerana aku ingin dia senang denganku
Aku ingin dia tahu
Selagi mampu
Aku akan lakukan yang terbaik untuknya
Namun,
Belum sempat daku meluahkan sejelasnya
DIA melabuhkan perpisahan untuk kami
Ah..
Tidak perlu aku mengeluh
Kerana DIA lebih sempurna perancangan-Nya
Kerana DIA lebih mengetahui apa-apa yang tidak diketahui oleh hamba-Nya
Dan akhirnya
Aku redha
Aku menerima
Aku akur dengan ketentuan-Nya
Namun,
Perlukah dia mengetahui yang sebenarnya?
Mungkin tidak
Kerana
Mungkin dia sedang bahagia
Bahagia yang tidak perlu lagi bercerita denganku
Tidak perlu lagi meminta pendapatku
Tidak mengapa..
Biarlah..
Biarlah hanya Tuhan yang tahu
Apa yang aku lakukan
Apa yang ada dalam hati ini
Yang pasti
Kebahagiaan jua yang kuharapkan untuknya
Dan aku bangga kerana pernah selalu dengannya
Walau untuk sementara
Kini
Aku akan terus mengejar impian
Aku akan melipat kemas setiap kenangan
Dan cita-cita, akanku jadikan kenyataan
~ haTi tiDaK boLeH diPaKsA ~
1 comments:
Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa ... Have a nice day!
Post a Comment