BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 17 December 2009

salam ma'al hijrah 1431

~Bismillahi awwalul akhir~
~Salam semua ~

Hamba Ilahi..
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia
Sedekahkanla satu senyuman walau hatimu tak mampu lagi bertahan
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran
Hiduplah dalam iman walau hidup penuh godaan
Berpeganglah kepada Allah walau DIA tidak kelihatan
..DAN..
Bukti kasih-Nya,
Kita masih wujud di dunia pinjaman..
Moga hari esok jauh lebih indah dari semalam...

..SALAM MA'AL HIJRAH..

Tuesday, 15 December 2009

sape kata orang tak boleh berubah..?? kalau DIA kata 'kunfayakun' , xde yg dapat halang kan..

~ bismillahi awwalul akhir ~
~ salam semua ~


waahh..agak panjang tajuk entry kali nih.. nape cik iz? kehidupan agak emo semenjak dua menjak ni..


keh..keh.. xde la.. cuti ni mcm lambat sgt nak habis.. xtau dah nak isi ngn ape.. garam,gula, bebola ikan, kiub pati ayam sumeee dah tarok.. still x abis2 gak cuti ni..~ngeee~
ape yg cik iz merepek ni. haish!
yang sebenarnya cik iz dok fikir tentang persepsi seseorang yang cik iz jumpe ni..
cik iz cam x setuju ngn persepsi dia tapi cik iz leh ckp, 'terpulang la, pendapat masing2'.


Memangla zaman sekarang ni jauh beza ngan zaman Rasulullah s.a.w dulu.. kalau dulu, wanita bertudung sgtla disegani dan 90% confirm akhlaknya mulia. Zaman sekarang bukan mcm tu dah.. kadang-kadang perempuan yang tak bertudung tu lagi mulia hatinya dari yang bertudung. Tapi jgnlah tuduh semua perempuan bertudung tu punya hati busuk maaa... cian kat dorang.. at least dorang still menunjukkan ciri2 seorang muslimah. ada beza dengan agama lain kan.. jgnlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. haaa..kan dah keluar pantun.. :p tapi siyes, kalau persepsi cmni ada pada semua orang, xde orang hormatkan perempuan bertudung and akhirnya tudung hnya sekadar hiasan yang cm nak xnak je letak kat kpale.. camne???


Orang yang berilmu tu dipandang tinggi. Betul tu. tapi perlu ke kita tindas or pandang rendah pada dorang yang skola takat skola rendah or SPM je tu? perlu ke kita bg layanan buruk kalo dorang mintak pendapat..? hurmm...kalau nak kata orang orang berilmu tu perfect, nape ada keluar berita 'seorang pensyarah jadikan student dia pompuan simpanan' atau, 'seorang guru wat tak senonoh kat anak murid yg umur baru 8 tahun'. pensyarah, guru - bukan orang-orang berilmu ke tu?? kadang-kadang orang yang blaja takat skola rendah tu yang lagi 'perfect' jadi orang!



Dalam soal pilih pasangan memang kita ada hak untuk memilih. tapi xla sampai kita buat cam nak makan buah mangga yang kita ambik time dia mengkal (blom cukup masak). peram lame2 , then bila dah terlebih masak, buang.. ataupun, busuk ckit lansung xnak mkn. padahal sikt je busuknya.. hurm..kalau lah darjat yang diukur, memang la payah nak hidup. kalau la rupa yang dicari, lupakanlah.. dah tua berkedut jugak.. kalau dah pilih seseorang tu, tanya betul2 hati tu. ikhlas ke? kalau tak ikhlas, jgn tunggu smpai bertahun baru nak ckp xde jodoh.. haish.. sian wei kat sebelah pihak tu.. kalau dia xcantik @ xensem, xsemestinya dia x boleh cipta bhagia.. kalau dia takde pangkat, x semestinya dia xmenyenangkan..



Manusia ni sebenarnya same je.. yang membezakan antara satu sama lain apa dia?? jawabla sendiri.. jap lagi kalau cik iz ckp, kata cik iz ni bajet bagus plak nak nasihat orang.. padahal cik iz sedar je cik iz ni bukan sape2 pon.. hihi bnyak lagi dosa cik iz nak kena hakis.. Anyway, manusia boleh berubah. jgn kata xboleh k.. bila kawan yg suka pakai bju sendat2 tetbe nak pakai blaus longgar, support..jgn kutuk2.. kalau ada kwn lelaki yang tetbe nak jadi kaki masjid, tetibe ni! jgn gelakkan, patut doakna dia istiqamah.. yang penting, jgn mulut kata ikhlas tapi hati dok mintak itu dan ini..



satu pepatah tntang ikhlas yg cik iz penah dengar :

" ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam"
kesimpulannya, ikhlas tu DIA je boleh nilai...



p/s : cik iz emo ke??? sowiiii...

sape nak nasihat cik iz terima k..

cayang korang yang singgah walaupun x tinggal tapak kaki :p !



~salam ukhwah ~

Friday, 11 December 2009

..jAngaN perNAH beRpuTus aSa dari RahmAt- NYA..



~ Bismillahi awwalul akhir ~


~ Salam Semua ~

" Dan Tuhanmu berpesan, "Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembahku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina."
( Surah al-Mukmin: ayat 60)



______________________********____________________

.: Secebis kisah untuk renungan hati :.




Usianya jauh lebih muda dari penulis namun bukan itu yang meninggalkan kesan mendalam dalam hati penulis tentang Aini ( bukan nama sebenar). Cemburu melihat betapa gemarnya muslimat ini beribadat. kedua-dua mata menjadi saksi pada ketekunan Aini. Tanpa sedikit rasa malas pun, Aini mengerjakan solat tahajjud.



Setiap masa, tidak kira selewat malam berbual panjang dan tidur, Aini tetap akan bangun pada dua per tiga malam. Dia terus melarutkan diri dalam surah-surah Quran yang panjang, kemudian mengangkat mukanya, menutup matanya dan menadah tangan. Rasanya, sesiapa pun akan berasa terharu melihat cara Aini berdoa. Dia menyampaikan suara hatinya pada Yang Maha Esa dengan begitu khusyuk, damai dan begitu asyik. Airmata membasahi pipinya seiring dengan doa-doa yang panjang, diucapkannya dengan lembut dan perlahan. Berbisik bersama Ilahi. Dan, adakalnya, badannya terhenjut-henjut menahan tangis.


Mengapa Aini beribadat begitu kuat? Mengapa selalu menangis dalam doa-doanya? Tidakkah matanya letih kerana terlalu banyak menangis?


" Saya ada banyak dosa," jelas Aini.


Suatu hari, Aini berkongsi ceritanya dengan penulis. Masa lalunya gelap dan dia hampir berputus asa kerana masa silam itu. Penderaan seksual yang dilakukan teman-teman semasa kecil. Perkosaan yang dilakukan oleh pakciknya sendiri.Terakhir, teman sekolahnya melakukan tibdakan sumbang ke atas dirinya. Padahal mereka sama-sama perempuan. Kejadian menyedihkan yang berlaku bertubi-tubi itu membuat Aini berasa sangat kotor.


" Saya jijik dengan diri saya.Saya berasa begitu kotor dan tidak layak berdiri di hadapan Tuhan."

Cinta yang diberikan oleh teman satu universiti mengheretnya ke dalam lembah dosa yang berlarutan.


" Kami berzina, bukan hanya sekali tetapi banyak kali. Saya tidak tahu di mana Tuhan ketika itu."
Aini menyapu airmatanya yang keluar tanpa henti.
"Saya berasa kotor. Saya jijik dengan diri saya sendiri. Lebih-lebih lagi selepas tahu hukuman pada orang yang melakukan zina."
Aini memberitahu yang suatu ketika dia mahu mengakhiri hidupnya.

"Saya mahu bunuh diri. Tetapi Tuhan menolong saya."

Hubungan Aini dengan kekasihnya putus dan selepas itu Aini langsung tidak mahu menjalin apa-apa hubungan istimewa. Aini merasakan itu adalah cara Tuahn menyelamatkannya daripada dosa yang lebih jauh.

" Padahal ketika itu saya sudah beras begitu jauh dengan Tuhan. Saya rasa tidak mungkin dapat kembali ke jalan yang benar. Apalagi mengingatkan masa lalu yang kotor.Saya tidak tahu bagaiman caranya membersihkan diri di hadapan Tuhan. Setiap kali saya mandi, saya menggosok tubuh saya kuat-kuat dengan sabun dan berharap semua itu dapat membersihkan diri saya."

Rahmat Tuhan amat luas. Kasih dan keampunanNya juga luas terbentang. Aini tentu tahu perkara ini.

Masa lalu yang gelap telah menjadikan Aini seperti sekarang. Dia berasa yang dia perlu terus membersihkan diri dan terus berdoa.

" Saya mahu bersih ketika menghadapnya nanti. Saya mahu Tuhan menyambut saya dengan kasih sayang. Saya mahu Dia mengizinkan saya, yang pernah kotor sebelum ini, menatap wajah-Nya."

Gadis yang hampir dengan Tuhan itu begitu khusyuk dengan doa-doanya. Sikapnya yang tenang menimbulkan kesedaran betapa nikmatnya TAUBAT. Siapa yang tidak mahu ketenangan sepertinya? Siapa yang tidak mahu bertemu dengan Pencipta dalam keadaan bersih dari dosa?


Tidak ada dosa yang tidak diampunkan dengan taubat yang sebenar-benar taubat..







* kisah dipetik dari buku motivasi : " DI DUNIA ADA SYURGA"
-Asma nadia.






~perkongsian bersama~




Aku sesuai dengan persangkaan hambaku pada diriku

Aku bersamanya ketika dia berzikir

Sekiranya dia berzikir dalam hatinya,

maka Aku akan mengingatnya dalam hatiku

Sekiranya dia mengingatku dalam sesuatu jemaah,

maka Aku akan mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik.

Sekiranya dia mendekatiku sejengkal,

maka Aku akan mendekatinya sehasta
Sekiranya dia mendekatinku sehasta,

maka Aku akan mendekatinya selengan.

Sekiaranya dia mendekatiku dengan berjalan,

maka Aku akan mendekatinya dengan berlari.




"Maha suci Allah yang Maha Pengasih"








p/s : Bukan ingin membetulkan orang lain, kerana diri sendiri pun banyak yang perlu dibetulkan..hanya ingin berkongsi rasa hati dan mengajak lebih mengingatiNya. Betapa Pemurahnya DIA walau hambanya sering melupakannya..

Monday, 7 December 2009

.: tAKdE BenDa PuN yaNg mUsTahiL kaLau kiTa yaKin aNd DIA iZinkAn :. (^_^)

~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ salam semua ~

Sejak kebelakangan ni seakan mati akal untuk menulis di sini. Mungkin perkara lain lebih tertumpu dalam fikiran sehingga tempat bermonolog ni jarang-jarang di singgah.
Selama tidak bermonolog di sini, cik iz hanya bermonolog sendirian. Sama je rasanya cuma bezanya kat sini dapat pendapat dari orang lain :)

Kali ni cik iz tergerak hati untuk menulis sesuatu yang pada cik iz, ada sikap positif yang sepatutnya wujud kalau kita nak kan sesuatu yang kita rancang tu berjaya dilaksana.. Slot dalam kursus tempoh hari, bagi cik iz benda ni kali pertama la cik iz buat. Ingatkan fasilitator tu wat lawak or main tipu. tapi bila try sendiri, wawawa.. besh gak!

Camni.. kami dalam slot kursus tu dibekalkan dengan sebiji kentang dan straw. Then, kami diarahkan untuk buat straw tu menembusi kentang dengan sekali hayun je! diulangi, sekali hayun je..! kentang tu agak tebal tapi straw tu xlah keras mana pun kan.. kalau cucuk ngan lidi or kayu, kacang je nak buat dia tercucuk kat kentang tu.. tapi kena guna straw.. haru jugak tengok peserta-peserta lain dok cucuk2 straw kat kentang tu.. berlubang-lubang kentang, straw pun berganti-ganti.. x jugak menjadi..Termasuklah percubaan dari cik iz yang berkali-kali.. hik hik..
Cuba punya cuba, try punya try, test punya test, sorang demi sorang berjaya menembusi kentang dengan straw tu!.. haish, cik iz x lepas-lepas lagi. straw dah berlambak-lambak bertabur kat lantai.. dak kemek-kemek straw.. Tapi akhirnya, berkat ke'fokusan' dan kekentalan tangan cik iz menghayun straw, akhirnya tercucukla straw tersebut di badan kentang..hihi.. fuhh...legaaaa time tu.. (^_^) ada la lagi separuh yang tak dapat, tapi akhirnya semua berjaya..



~Finally, tembus jugak walaupun sikit..~



~Dengan sekali hayun je taw, x boleh cucuk banyak2 kali :p ~

~ cucuk straw tu macam cucuk straw kat botol air vitagen ~

Jadi...kesimpulannya, kalau kita fokus and sabar dalam sesuatu keje yang kita buat, insyaallah apa pun boleh berjaya.. kan..kan..? hihi..

Balik dari kursus tu rasa berbaloi pegi untuk 3 hari 2 malam... Thanx pada penganjur :)

p/s : Kalian yang berminat untuk menguji tahap kesabaran dan kefokusan kalian, silalah cuba sendiri di rumah yek.. kalau rajin, snap gambar time kalian cubajaya melakukannya and letak la kat blog kalian..nanti cik iz singgah.. sure kalian rasa puas hati kalau dapat buat.. :) cik iz cabar nih! hik hik..


~Salam ukhwah~



Tuesday, 1 December 2009

mAsA bErLaLu TaK tUNGGu SEsApE + TaK seMuA yaNg kiTa INginKaN AkaN kiTa miLiki




~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua.. ~


..mukaddimah : start entry ni, nak guna cik iz je, xde daku dah.
maaf la, ada alasan tersendiri..

sekejApnye maSa bErLaLu.. time mesyuarat tadi cik iz still tulis tarikh november. lupa yang rupanya dah masuk bulan disember! macam baru semalam duduk di buLan jaNuari, tau-tau hari ni dah 1 disEmber. cepatnye.. teRlaLu cepat rasanyA.. ahh..maSa tak tunggu sesiapa. masa hanya berputar dan terus berputar tanpa menghiraukan apa pun..

tErLaLu banyak perkara yang mengejutkan berlaku tahun 2009 ni. nak gelar apa ye tahun 2009 ni?? 'tahun kejutan'! haha.. seb baik cik iz takde sakit jantung.. kalau tak, dok spital agaknya..xmola.. rilexx sudahh..

yeahhh..xsemua yang kita inginkan akan jadi kenyataan.. fakta bukan auta! semua pun lalui perkara yang sama kan.. Dan tahun ni tahun dugaan yang melimpah ruah la buat cik iz. sakit nak tadah tapi skrang cik iz sengeh jer..(^_^) xguna nak merungut. bukan boleh undur balik pun. benda dah jadi, DIA je tau apa hikmah di sebalik semua tu. AmBik YaNg jErNih, bUanG yaNg KeRuh. Fullstop!

Hari ni masuk minGgu ke-2 cuti. ada lagi lebih kurang 4 minGgu! mak aihh... seronok memang seronok, tapi takut xtaw nak wat ape kat umah.. adik-beradik semua dah merantau. Rata-rata angkat kaki tahun ni, tu yang terasa lain ckit la.. betul2 tinggal cik iz, kakak dgn mak and ayah.. kakak pun keje, tgahari n malam je ada kat umah.. so, wajah ni je la yang akan menjadi tatapan mak ayah tanpa ganti untuk tempoh sebulan ni.. hehehe..


~sekadar gambar hiasan bersama teman-teman sepejabat :p ~

hope nikmat masa yang ada ni cik iz manfaatkan dengan perkara-perkara faedah..


jangan makan tdo je dah ler.. xpasal-pasal jadi belon lepas cuti.. hehe.. tepuk dada tanya iman, jangan tanya selera je cik iz.. sebab selera xkan pernah puas dengan apa yang ada..



~ Dari hAti ~

" semakin meningkat usia,
semakin dekat dengan 'hari itu',
Peringatan tentang 'hari itu' sering ditayangkan,
moga iktibar bukan untuk sementara,
Biar terusik hati,
Biar tersentak perasaan,
Asalkan langkah diperbetul,
Dan bekalan sempat diperkemas..
Moga 'hari itu' menjemput,
Tatkala ingatan tertumpu pada-Nya.."














Sunday, 29 November 2009

~IBADAH bukan satu beban.. Jangan tutup pintu hati untuk terima KEBENARAN dan baiki KEKHILAFAN@KESILAPAN..~

~ Bismillahi awwalul akhir ~


~ Salam semua ~
....PERKONGSIAN BERSAMA....




Cinta dunia menyebabkan banyak manusia lalai dalam cara hidup yang megah dan bersuka ria.


Cinta dunia hanya mempermainkan manusia. Mencampakkan manusia dari satu kemahuan kepada kemahuan yang lain tanpa memiliki tujuan selain memuaskan nafsu. Seringkali juga cinta dunia membutakan mata hati manusia. Apa yang penting, kemahuan tercapai, tidak peduli caranya halal atau haram. Na'uzubillahi min zalik...




Cinta dunia adalah permulaan daripada segala kesalahan. Ia dapat merosakkan agama daripada beberapa sudut ;




PERTAMA : Cinta dunia mendorong mengagungkannya, sedangkan dunia begitu hina di sisi Allah. Antara dosa besar adalah mengagungkan apa yang dihina Allah.




KEDUA : Sesungguhnya Allah melaknat, membenci dan marah pada dunia kecuali yang diperuntukkan baginya. Sesiapa yang mencintai apa yang dimurkai Allah, bererti dia membuka pintu kebencian dan kemurkaan Allah.




KETIGA : Apabila seseorang mencintai dunia, maka dunia menjadi tujuan hidupnya. Dia pasti mendapatkannya dengan pelbagai cara. Dia menjadikan jalan dunia sebagai tujuan dan menjadikan amal-amal akhirat sebagai jalan bagi meraih dunia.




KEEMPAT : Cinta dunia menjadi penghalang kepada manusia dengan perbuatan yang manfaatnya di akhirat untuk kembali kepadaNya.




KELIMA : Cinta dunia menjadikan dunia sebagai cita-cita terbesar bagi seseorang. Sebaliknya , akhirat tidak ada yang menarik untuk dikejar.




KEENAM : Pencinta dunia adalah orang yang terseksa. Dia diseksa pada tiga alam. Di dunia diseksa keran susah payahnya mendapatkan dunia dan bertengkar dengan pemiliknya. Di Kubur diseksa kerana hilangnya segala yang dikejar dan merasa sesal dengannya. Dan di akhirat diseksa dengan cara yang luar biasa sakitnya dan tiada tara pedihnya.



Godaan dunia terlalu hebat! Sedangkan serban di kepala pun boleh tetanggal inikan pula tudung tiga segi yang membaluti kepala.. namun, semua ini dapat di atasi dengan solat.. bangun sahaja dari tidur, kita diingatkan tentang akhirat dengan solat Subuh. di tengah-tengah kesibukan menguruskan urusan dunia, solat Zohor kembali menginatkan kita kepada Allah dan tempat kembali. Menjelang waktu pulang dari kerja, solat Asar pula mengajak kita sujud kepada Yang Maha Memberi rezeki. Dan berlabuhnya tirai malam, solat Maghrib mengajak kita bersimpuh dan bermunajat padaNya. Ketika seluruh tubuh berasa letih kerana pelbagai aktiviti dari pagi hingga petang, solat Isyak kembali mengingatkan kita kepada Yang Maha Menjadikan segala-galanya..



Hidup di dunia hanya sementara..

Dosa dan noda berlegar disekeliling

Dan selalunya singgah dalam perjalanan hidup..

Andai tergelincir, bangunlah semula..

Andai tersalah langkah, luruskan ia kembali...

Sebesar mana pun dosa yang dilakukan,

Besar lagi keampunan Allah pada mereka

yang benar-benar menginginkannya..

Bukakan pintu hati itu untuk menjengah kebenaran..

Campak sejauh mungkin tembok keegoan..

Jangan jadikan ibadah untuk meraih dunia semata..

Ajar diri terus berusaha sehingga tidak ada ruang untuk putus asa..

Beribadahlah secara sederhana asalkan istiqamah..

Ibadah sebenar menjadikan manusia tahu mengimbangi duniawi dan ukhrawi..

Hidup bukan untuk duduk di sejadah setiap masa..

Islam itu mudah dan Allah menghendaki hambaNya berjaya dunia dan akhirat..

Saling mengingati..

Saling memberi..

Saling mendoakan..

Bukan sekadar hanya menerima..

Andai solat tidak berupaya mencegah kemungkaran,

Carilah kelemahan di situ dan baikilah sebaiknya..

Allah tidak akan mensia-siakan usaha hamba-hambaNya..

Lembutkanlah hati..

Rendahkanlah diri..

Ketika bersimpuh di hadapan Yang Maha Besar..

Moga tertanggal segala kotoran..

Yang terpalit di dalam hati..

Dan diganti dengan sebuah ketenangan..

Yang memberi kekuatan diri..



" Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar"

(surah al-Baqarah: 153)


"..dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesunguhnya mengingati Allah (solat) itu adalah lebih besar (keutamannya daripada ibadat-ibadat yang lain). Allah mengetahui segala apa yang kamu lakukan."

(surah al-Ankabut:45)



p/s : ..Solat menjauhkan rasa sepi dan sedih..

-Entry tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun.

Hanya perkongsian sebagai hamba Yang Esa-

( Sila lah copy paste untuk renungan bersama. moga Allah melindungi sahabat semuanya)


~salam ukhwah~



Thursday, 26 November 2009

SaLaM AidiLaDha.. peNgorBanAn sATu KeMULiaAn..




~Bismillahi awwalul akhir..~
..salam semua..

Alhamdulillah.. masih lagi diberi kesempatan bernafas di pagi 10 zulhijjah 1430 hijriah ini..
Pagi Jumaat + Aidil adha
gabungan yang cantik..


pagi raya ni tiba2 nak tukar langsir.. haha.. dan sesungguhnya raya aidil adha ni nampaknya lebih meriah dari raya syawal yang lalu..


menghabiskan mnggu raya ni bersama keluarga terasa sangat berbaloi.. bila semua berkumpul rasa macam baru semalam main nyorok2 ramai2.. mcm sekejap sngat semua dah besar panjang, dah beranak pinak.. kan daku ckp, raya aidil adha ni lebih meriah! suka..suka.. hihi


~ juadah di pagi aidil adha ~





~lemang+ lontong+rendang ayam + ketupat + kuih sari ayu = nyummy! :p ~




Syukran Ya Rabbi :)
dapat mesej dari sahabat:
" jadikan pengorbananmu seperti ikhlasnya pengorbanan Nabi Ibrahim"
insya allah...
sebut tentang pengorbanan, terlalu banyak daku menerima pengorbanan daripada insan2 di sekeliling daku.. terutama keluarga yang sentiasa ada waktu aku suka mahupun duka..sentiasa ada! daku je yang kadang2 terlepas pandang dengan pengorbanan dorang.. Dan untuk sekian kalinya DIA mengingatkan daku lagi.. ('',) Pemurahnya Engkau..
kalian pastinya dah banyak berkorban untuk org2 yg kalian syg kan? tahniah..tahniah.. ikhlaskan segalanya, pasti kalian bhgia dunia akhirat k..


ahh..agak boring entry kali ni..

p/s : "Pengorbanan tidak semestinya dengan wang ringgit, masa dan kudrat juga satu pengorbanan yang sangat bernilai sekiranya dilakukan ikhlas semata-mata mengejar keredhaan Allah..malah jauh lebih bernilai dari wang ringgit yang menggunung tinggi"

~ salam Aidil Adha ~


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin