~ KEBAIKANMU INSPIRASIKU~
Terlalu banyak yang telah kau curahkan..
Penuh keikhlasan dan kesempurnaan..
Kadangkala daku terlupa,
Terlupa untuk menghargaimu,
Terlupa untuk bersyukur dengan kehadiranmu....
Selama hayat yang dilalui,
Baru kini daku merasa sangat bermakna,
Bukan bermaksud sebelum ini tidak bermakna,
Bezanya kali ini lebih bermakna,
Kerana adanya dirimu..
Takdir Allah itu Maha indah..
Biar manis mahupun pahit,
Daku wajib bersyukur dengannya..
Terima Kasih Allah..
Terima Kasih atas segala-galanya..
Daku percaya dan yakin,
Tidak selamanya mendung itu berarak..
Suatu masa nanti, pasti awan yang membawa kebahagiaan akan muncul..
Segala yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi,
Yang mana hanya DIA Yang Maha Mengetahui..