BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 21 March 2010

Hati Kamu Terlalu Suci..

~sekadar gambar hiasan ~


~ Bismillahi awwalul akhir ~

~ salam semua ~




Cik iz bukan sengaja tinggalkan rumah ni lame-lame..sungguh.. cik iz punya sebab yang cik iz sendiri tak jangka sebab tu akan wujud.. tapi skrg sebab tu takkan berulang lagi. takkan. dan skrg cik iz akan cuba tak tinggalkan rumah ni lame2.. rumah ni sgt bermakna.. kalaupun cik iz tinggalkan, mungkin tak lama dan yang pasti bukan 'sebab' itu..




Mukaddimah di atas tidak ada kena mengena dengan title..

Hari ni cik iz terlalu terharu dengan sorang student cik iz yang pada cik iz dia punya hati yang sangat bersih. terlalu bersih. umur dia dah masuk 15 tahun. tapi dia tidak secerdas rakan-rakan yang sebaya dgn dia. kalau kwn2 yang lain boleh menghafaz dalam masa 15 minit, dia 5 hari pun belum lancar. kalau orang lain dah boleh baca quran, dia masih bertatih guna iqra'.kalau kawan2 lain berkawan dengan sesama mereka, dia bermain dan bersahabat dengan adik2 yang umurnya lingkungan 6-12 tahun. dia adalah anugerah Tuhan yang istimewa... dah dekat 5 tahun cik iz mengajar dia, sekalipun dia xpenah buat cik iz sakit hati. dia terlalu istimewa. walaupun akalnya tidak sesempurna orang lain, tapi hatinya sgt sempurna tanpa tercalit sisa dosa.




Pernah cik iz ternampak dia menangis. tanpa bertanya sebab, cik iz pun rasa nak menangis dan rasa sgt terkilan bila tengok dia nangis. kenapa ada yang sanggup menyakiti anak ini.. dia tidak tahu berbuat salah pun.. selam lah hatinya.. dia tidak layak disakiti. apatah lagi dia tidak punya ibu tempat bergantung. arwah ibunya kembali ke-rahmatullah 2 tahun sudah. Hanya bapa sebagai ibu dan ayah padanya. Kalaulah cik iz mampu menghalang sesiapa sahaja yang menyakitinya, pasti cik iz dah buat.. tapi cik iz bukan selalu dengannya.. moga dia sentiasa dilindungiNya..




Hm...cik iz agak emo hari ni. sorry :p

Lega rasanya luahkan rasa hati di sini. cik iz xboleh la tengok dia.. kalau cik iz terserempak dgn dia kat mana-mana, mesti cik iz rasa terharu sgt. terasa sgt Kebesaran Yang Maha Mencipta.. Moga insan-insan seperti dia senantiasa dilindungi oleh-Nya dari penindasan mereka yang lebih berakal..




~ Renungan bersama ~
" Dan orang-orang yang mengganggu dan menyakiti orang-orang lelaki dan perempuan yang beriman dengan perkataan ataupun perbuatan yang tidak tepat dengan kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata. "

(Surah al-Ahzab : Ayat 58 )






2 comments:

Seroja Jingga said...

luah kan segala ape yang ade dihati..disini..ade yang akan mendengar..sama mcm akak..keluarkan ape yg tersimpan..amazingkan blog nih?

mamawana said...

Salam caiyang...

Student Cik Iz tu memang golongan anak2 yg suci. Dia bagai ruang dan peluang pembuka pintu2 syurga org2 yg berfikir.

Cik Iz teruskan blogging. Mama intai2 dari kejauhan ini yer.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin