BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 28 January 2010

"saya nak 'sensengg' "





~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua ~


hurrmmm..
mulut dah banyak kali menguap..
mata dah berkedip2 mintak direhatkan..
tapi hati dok berkeras suruh bertahan sekejap lagi..


niat hati mlm ni nak langsaikan semua asgment. punyelah semangat, siap pegi beli ink mlm2 sebab ink printer dah abis.. tengah semangat nak print tetibe baru teringat yang kertas A4 pun dah xde.. terus hancuss harapan nak tengok asgment siap keluar dari comp mlm ni..


~tu yang terbelok ke cni :p

teringat kerenah anak2 kat skola.. dlm masa sebulan ni mcm2 cerita yang mereka olah..

(Lokasi : kelas darjah satu)





Lebih kurang 20 minit pot pet dlm kelas tu, saje la cik iz mintak diaorang tulis smething.. tengah2 cik iz melayan and memantau, datang sorang budak kecik yang comel ni ,



Aiman : tajah, kite nak 'senseng'..

cik iz : ape dia aiman...?

Aiman : saya nak pegi 'senseng'..
( sambil kepit2 seluar)
cik iz : aiman cakap ape ni syg..

( sambil cuba tanya rakan2 aiman)
aiman : nak pegi tandas, tajah...
cik iz : owh...pegi la syg.
(tersengeh..)



Hihi..Aiman ni pelat ckit.. senseng tu sebenarnya "kencing"..hihi comel je bunyinye..


Tengah2 ada kerja yang tersangkut ni, bila teringat telatah anak2 kat skola, ringan sikit kepala..
hihi



Kesimpulannya, anak2 kecik ni mampu buat jiwa tenang..lagi2 yang comel2 tuuu.. :)





~Bukan gambar Aiman, ehsan dari sepu :p ~


okeeyyy.. dah masuk waktu pagi ni (01:26 a.m.).. mata pun dah berat semacam.. tdo k sebab esok ada baanyaakk keje nak buat.. fuh! siap la hendaknya (^_^)


~ salam and selamat malam ~ zzzzzz...



notakaki : entah bila akan berkunjung ke sini lagi.. masa mencemburuiii.. :p

Wednesday 20 January 2010

~ dari kekasih untuk kekasih ~


~ Bismillahi Awwalul Akhir ~
~ Salam Semua ~


.: CINTA SEORANG PEMUDA :.

* SaYa sUkA Sangat TengOK jaRi-JeMaRi Teman WAniTa SayA, cANtiK beTul. SuNgGUH!

sAmpai sAyA tAKut nAK pegaNg. BukAN TakUt jAri-jEmaRInya Patah, TaPi TaKUt NanTi
jArI-jEmArI KaMi TiDaK BoLeH SaLiNg bAnTu-mEmBaNtU dI SaTu hArI yaNg aMaT
DaHsYaT Di hAdApAn yAnG MaHa ESA !


* SaYA SuKa tEnGoK RaMbUtNYa. cAnTiK BeTuL.....SuNgGuH! sEbaB ItU SaYa bElIkAn DiA
TuDuNg. BuKaN SeBaB CeMbUrU oRaNg LAiN TeNgOk, BuKaN! tApI SeBaB SaYa maHu
rAmBuTnYa sEnTiAsA DiTuTuP MaCaM DaLaM IklAn dOT..DoT..DoT.. Tu SAmPaI BilA-
BilA..tAkUt nAnTi dIbAkAr dEk aPi nERaKa, DI SuAtU HarI YanG AmAt dAhSyAt dI hAdaPaN
YaNg MaHa PENCIPTA !


* sAYA suKa tEnGoK BoDy tEmAn wAnItA SayA... SoLId bEtuL. SuNgGuH! sEbAb iTu sAyA
BeLikAn dIa tElEkUnG sUpAyA MaSa 'DaTiNG' dEngaN KeKaSiH DiA yANG UTama, DiA
JaAaAaUuHhh LeBiH cAnTiK DaN bErSEri MeNghAdaP-NYA. sAyA PuN TuMpaNg dApAt
pAhAlA ...syokNya!


* SaYa sEdIh bIlA TeNgOk tEmAn wAniTa sayA tAk tidur, TiDaK tIDur sEbaB rIndUkAn
SaYA. SaYa pUn MaCaM Tu juGa. sI Dia tAnYA, " aPa uBaTnYA , bAng?" SaYA PuN bAgI DiA
Al-quRAn sEbAgAi pEnEnAnG jIwA... sEmOGa dIa cINtAkAn-NYA LeBiH DaRiPaDa SaYa..


* SaYa SeDiH TeNgOk dIa seLaLu pEsAN MaCaM-mAcAm ; "MaKaN, miNUm,JaGa DiRI,
BaWAk KeREtA eLok-eLok..nAnTi aWAk sAkiT SayA JUgA yAnG sUsAh HaTi..bLa..bLa..blA.."
tApI bIlA TeNgOk wAyAnG sAmA-sAma, tErLEpAs waKTu mAghrIB dAn aSAr BeGiTu saJa,
dIa tIdAk KaTa aPa-aPa Pun.. ADuuuuuhh.. bErdOsAnYA SAyA !





~ sAyA MeMaNg SaYaNg SaNGaT pAda dIa! SaYa mAhu juMPa dIA, BerSAmA dIA, ciNtA SecInTa-cIntAnYA. CiNTa YaNg ABadI dI DuNIA DaN bErKaSiH SayAnG dI AkHIrAt, bER'DaTInG' dI SyUrGA KerAnA Di SiTuLAh TEMPAT YANG KEKAL SELAMA-LAMANYA.~







notakaki:
"ketika berjalan di muka bumi ini, kita perlukan seorang teman yang mampu menjadi mursyid (guru) kepada diri agar mendorong kita ke jalan Ilahi.."



- jika diberi kesempatan bertemu dengan 'pemuda' ini, doakan kami saling mengingati dan insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami..semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya sehingga di syurga nanti.. Amiinn..- (^_^)


~ semua orang mahukan yang terbaik, bukan...? cik iz ingatkan diri sendiri dan semua yang cik iz saaaayaaang! takkan kita hanya mahukan yang terbaik tanpa mahu memberi yang terbaik? bersikap adil ; buat sehabis daya.. :) ~moga tidak jatuh lagi dan lagi dan lagi..


~ salam ukhwah ~

Tuesday 19 January 2010

_sLowLy..biar ia berLaLU..~Senyumlah~

~ Bismillahi Awwalul akhir~
~salam~


" seLamAt MaLaM"


Biarkan berlalu..
Semua kepedihanmu..
Lelapkan matamu..
Biarkan mimpi membawamu..
Ke mana kau mahu..


Selamat malam..
Tidurlah sayangku..
Siang kan tiba bercahaya..
Bermula baru semua untukmu..
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam..
Yang indah itu ada padamu..
Dengan setiap impian dan harapan..


Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu..
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku..
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi..
Terhapus semua air mata dengan senyuman..

( lirik lagu nyanyian faizal tahir..semua tahu.. ;)








notakaki ~ hamburkan segala-galanya. katalah apa sahaja. hanya yang mengerti akan memahami. mendung milikku tika ini. redha + pasrah = senyumlah..kan cantik tika senyum.. :) :) :)

Monday 18 January 2010

~ buka mata..bertatih kembali.. bangunlah..

Sampai bila..

Bangunlah..

Masih ramai yang memerlukan..

Percayalah,

Takkan selamanya mendung di atas kepala kita kan...??

Thursday 14 January 2010

- Nothing.. just 'kalah' lagi..-

Gagal lagi mengawal hati...

Ya Allah.. berilah aku kekuatan..

Tidak terungkap rasanya keperitan ini.

Bantulah HambaMu ini Ya Rahman..

Maaf.....

Apa yang pernah terucap di sini terlalu sukar untuk di kekalkan dalam hati..

Beri sedikit masa lagi..

Tuesday 12 January 2010

"sELamAt uLanGtAhun KeLahiRan unTuk yaNg TerSaYanG." sAya sAYanG Dia sANgat-sAngaT!

~Bismillahi awwalul akhir ~

~ Salam semua ~

Hari ketiga beransur pulih dari demam.. syukur pada Yang Maha Memberi..


Hari ni 13 Januari 2010
Ulangtahun kelahiran seseorang yang sangat cik iz sayang.
sepenuh hati. jiwa dan raga.
sayangkan dia lebih dari sayangkan diri sendiri.
cik iz masih dalam usaha membahagiakan dia.
hingga hujung nyawa, dia yang teratas dalam hati.
Tanpa sedar kadangkala ada mengguris hatinya
cepat2 mohon ampun
agar tidak tertanggung pedihnya di sana nanti


Tanpa dia
ntah siapalah diri ini
mungkin tidak ada hala tujuan
malah mungkin tidak wujud di dunia ini
Dia terlalu istimewa
terlalu banyak pengorbanan dilakukannya
tak terbayar
hanya melihat dia bahagia
adalah sesuatu yang membahagiakan
dia tidak dambakan harta benda
sungguh..
tidak pernah meminta walau sesen
yang dia minta hanya senyuman dari insan2 yang dia sayang


Segala pahit maung ditelan redha
pernah dia kehilangan insan yang dia sayang
depan mata ini dia meratapi kehilangan itu
betapa kasihnya dia pada insan itu
dipujuk hatinya
dikhabarkan bhwa insan itu akan menunggunya di syurga sana
dia kembali bangun
dia adalah penguat jiwa ini
semangat diri ini


insyaallah
sedaya upaya cuba membahagiakannya
kerana sungguh
sangat sayangkannya
tidak akan ada pengganti tempatnya
tidak akan ada yang setanding dengannya di hati ini
untuk dia yang tercinta
moga segala pengorbanannya mendapat tempat teratas di sisi Yang Esa
moga hari ini ada sesuatu yang lebih membahagiakan
moga usiamu diberkati



dia adalah
PUAN MAZNAH BINTI SHAFIE
ibu yang telah melahirkan 3 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan
pernah kehilangan anak sulung yang dipinjamkan Allah
seorang yang sangat tabah dan berhati mulia
tidak pernah mengeluh


Ya allah
Panjangkan usianya
Berkati kehidupannya
Ampunkan dosa-dosanya
Lindungi perjalanan hidupnya
Rahmati dirinya
Kasihi dia sepertimana dia mengasihani kami semua
Amiinn..


------------------------------------------------------------

Bangun pagi tadi, mak adalah orang pertama yang cik iz nampak. cik iz hadiahkan sedikit ucapan dan peluk cium untuk mak..
mak.. saya sayang mak sangat2..


Ibu adalah anugerah terindah. Labuhkan cinta sepenuh hati pada ibu adalah kewajipan kita semua. ~senyum ~

Monday 11 January 2010

Minggu ke-2 skola, ke'bizi"an perlahan2 menjengah..

~Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua ~


- mood hari ni : hari ke-2 demam -


Cam x caye jer baru 2 minggu kembali ke sekolah, cik iz diserang demam.. balik dari bangi hari ahad kelmarin, cik iz singgah puchong ziarah sedara yang dok sane.. dalam perjalanan balik umah tu hujan jerr.. mlm tu cik iz dah rasa lain mcm, pale dah pusing2.. tdo mlm tu dah kena pakai baju tebal2.. esoknye terus x boleh bangun.... seksa, telan air liur pon sakit.. dah x larat sgt rasanya, mak bwak g klinik.. doc ckp tekak luka, sebab tu telan air liur sakit..panas dalam tinggi sgt.. pastu... cik iz kena enjeettt... sakit ok..! nak nangis tapi cik iz cover kunun2 kuat.. hikhik


pas kena enjet cik iz rasa ok ckit la.. doc bg mc 2 hari tapi cik rasa boleh bangun lagi, cik iz pegi jugak ke skola. sebabnye mcm x best la pulak, baru bulan pertama dah ada cuti.. tapi kat skola, pantang ada masa free, cik iz dok rilex kat ofis.. hihi.. so hari ni, alhamdulillah, dah semakin ok..


al-biasa, awal2 persekolahan, memang akan bertimbun keje.. pening jugak kepala ni.. tapi, wat rilex jer.. jap lagi tertekan lagi payah kan.. so, cik iz kena la senaraikan semua keje2 tu then buat mane yg penting dulu.. seb baik tahun ni xbyak pegang subjek.. so, rilex ckit la
(mintak2 camtu ler :p )


Minggu ni ada sesuatu yang cik iz belajar dalam hidup. cik iz ambik dari beberapa luahan yang cik iz dengar baru2 ni.. pada cik iz, prkara ni agak sensitif and perlu di ambik berat. hurmm.. cik iz xmo citer detail, cukup rasanya cik iz kongsikan secara kesimpulan bhwa semua yang ada kat dunia ni pinjaman semata-mata. jgn sekali-kali anggap ia milik kita abadi. andai DIA nak ambik semula, bila2 masa jer. cik iz kagum dgn seorang shbt yang cik iz ikut kisah dia dari kecik. dia x pernah hidup senang, tapi dia sentiasa happy. dia ajar cik iz untuk jadi lebih sabar dgn setiap apa yang Allah turunkan. dia memang hebat. cik iz harap satu hari nanti, org2 yang buat dia 'merana' sedar, yang dia adalah seorang shbt, anak, ibu dan isteri yang perlu dihargai. bahagia pasti akan muncul utk dia. cik iz yakin dgn perkara tu.



~~~.......~~~
skrg dah 11.30 a.m. cik iz perlu bersiap ke sekolah. syukur cik iz x gunakan mc 2 hari tu. kalau x,mungkin lagi bnyak keje yang tersangkut. hope, hari ni cik iz boleh jlnkan tanggungjawab sebaiknya. untuk semua, jadikan hidup ni lebih baik dari semalam okeeyy.. :) cyg semua..!



~Untuk renungan bersama~


" Harta yang paling untung : SABAR, teman yang paling akrab : AMAL, pengawal yang paling waspada : DIAM, dan bahasa yang paling indah : SENYUM"


~ (^_^) ~

Wednesday 6 January 2010

..hari itu pasti akan muncul.. DIA akan tentukan yang terbaik untukmu..senyumm okeyy :)

~Bismillahi awwalul akhir ~


Dugaan itu kan rencah hidup..
Berpusing, seiring dengan nikmat..
Andai hari ini terjatuh,
Bangunlah dengan rasa syukur.
Pasti senyum.


Khilaf jangan selalu dikenang,
Tanpa berusaha tidak mengulang..
Biar ia berlalu,
Dan mohonlah ampun dari-Nya.
DIA Maha Luas Ampunannya.
Senyumlah..


Diizinkan singgah sementara di sini..
Bukan tanpa sebarang tujuan..
Malah beserta 'pangkat'..
..Khalifah Allah..
Iringlah hidupmu dengan takwa..
Ikhlaskan setiap langkah..
Bawa hati pada Tuhan..
Pasti mampu tersenyum..
Yang pasti, kita sama sahaja.




~Ini untukmu,sahabat..moga sampai ke hati.~



~~~~~~~~~~~~~~~~(^_^)~~~~~~~~~~~~~~~~



~ Salam semua ~



..Selamat pagi..!

Awal ok cik iz on blog pagi nih.. 6.50 a.m.!
hihi, dah 2 hari wat tak taw je ngn diari ni (diary ker?). so, sajelah jenguk pagi2 ni..

Hari ni dah masuk hari ke-4 cik iz kerja lepas dekat 2 bulan cuti. Tahun ni kan, (mula daahh.. ;p) cik iz rasa semangat lain mcm. pasal ape ek? nak kata berdepan dgn student baru, x jugak, nak kata naik pangkat, pon xde.. pasal gaji naik (??), xde pon dengar sgt.. hurmm..xkesah lah, janji cik iz boleh buat yang lebih baik dari tahun lepas.. x gitu? y not juz say ' alhamdulillah.. :)' muah!


..oowwhh..
Alangkah sunyinye tinggal di rumah. daripada 9 ahli, skrg tinggal bertiga je..-cik iz, mak and ayah.- yang lain dah terbang bawak haluan masing2.. :( tapi, ok jugak! sbaaab, ape cik iz nak skrg ni, lebih senang nak dpt kot.. hihihi rasa cm anak bongsu poon ada.. ( ela, adik, jgn jeles ok! sape soh korg gi blaja jauh-jauh! :p) hihi, mungkin, skrg ni time cik iz yang dok dekat dgn mak n ayah, sok lusa sape tau kan.. roda sentiasa berpusing.. apepun, hope yang terbaik untuk keluarga ni..
kena ikhtiar, selebihnya serah pada Yang Maha Memberi.. x gitu? :-)



Kalau baca takat ni, tajuk entri ni mcm xde kena mengena dgn story yg cik merapu kat atas kan?
hihi sowi....

Actually camni, cik iz tertanya-tanya dgn problem shbt cik iz yang sorg ni.. dia terlepas ckp yg dia rasa sgt teruk dgn kehidupan dia skrg.. cik iz dah kenal dia lama. susah nak tgok dia murung. ceria jer. tapi bila dia bg msj mcm tu, cik iz rasa cik iz kena wat something. memandangkan same jantina, so rasanya lagi mudah cik iz nak wat dia ok ckit.. ecehh..hebat ke cik iz ni nak setle problem org? xla..cik iz cuma rasa terpanggil utk kongsi sesuatu ngn shbt ni.. xkn nak tgok shbt kita dok berteleku sorg2 kan.. mungkin ni time dia, time kita sape tau.. roda kan sentiasa berpusing :)


Sejak ambik subjek 'psikologi dan kaunseling' ni, cik iz rasa lebih berperasaan. cik iz ngaku, dulu sbelum smbung study, cik rasa xmatang dlm buat sesuatu kputusan.. kalau ingat2 balik, malu sendiri.. hihihi! tapi skrg xla rasa dah bagus sgt, juz rasa ada la perubahan ckit :p hope pasni ada bnyak lagi perubahan positif..


ok..ok.. berbalik pada shbt cik iz tadi.. haaa.. rasanya cik iz kena duduk semeja ngan dia, kalau sekerusi tu boleh muat dua org pon, lagi ok. dia pon dah deal nak jumpe cik iz mnggu ni. so, tgokla nnti.. hope, nnti dia ceria balik! cik iz syg dia ok..! cik iz rasa xperlu la bgtau sape and kalau ada kwn2 yg teka pun mungkin xkena sbb ramai yang cik iz anggap sahabat :) hehehe..


~okeeyy~


Hope masih ada yang sudi mendoakan walau saling tidak mengenali. Sebab saling mendoakan itu kan satu sedekah yang paling mudah antara kita.. :)

..cik iz sayang semua! salam ukhwah..


~ Renungan bersama ~


" Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan ( perasaan penerima). Alah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."


-Surah Al-Baqarah : 263

Monday 4 January 2010

setelah berhari-hari cuti.. :)

~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ salam semua ~

04012010
..kembali bekerja..

semalam rasa macam liat sgt, tapi pagi tadi tiba-tiba bersemangat nak pegi skola.. hihi
tahniah hati. kau okeeeyy! :)

Dengan semangat gen 2 ( boring la waja :p), cik iz dtg skola awal! hehe,mimpi ape ntah.. hope bukan hari pertama utk tahun ni jew dah la..

Pengalaman kawan sekerja yang kena gelak ngn cik iz n yg lain2 untuk hari pertama ni, bila dia kena cucikan 'uh,uh' sorg murid lelaki. hehehe..tabah sungguh kawan cik iz tu.. cik iz dah merasa 3,4 tahun lepas.. manis untuk dikenang :)

Tahun ni kalau boleh xnak cipta bnyak sgt kenangan yang susah nak lupa. biarlah ckit, janji buat hati bunga2.. hihi demand nampaakk..

thawan2, tolong doakan cik iz capai impian and 'habis' dgn cemerlang yepp.. mekasiiiih... (^_^) jasa kalian, DIA akan balas!

-sekian, luhan dari hati lagi-

~ SALAM UKHWAH~



~renung sedalam yang boleh~

"Hitunglah diri sebelum diri dihitung, timbanglah amalan sebelum ia ditimbangkan, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia"

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin