BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 31 December 2009

tAhuN bArU daTaNg LaGi.. mOgA imPiaN jADi KENyATaaN.


~ Bismillahi awwalul akhir ~

~salam semua ~

Selamat tinggal 2009
Selamat datang 2010


..Dan akan ada ucapan selamat datang dan selamat tinggal lagi..

Malam tadi mungkin ramai yang menyambut tahun baru di dataran merdeka. ramai yang menunggu bunga api mewarnai langit. niat hati nak tunggu juga. tapi mata ni lebih ringan utk tutup awal. sekitar pukul 10 lebih, saje ambik angin di luar rumah. Terang. baru teringat yg mlm td hmpir separuh bulan muharram. Dan langit terang-benderang dengan cahaya bulan penuh. ~senyum~ terasa gah sungguh bulan di dada langit.

~ pengganti suria siang hari ~


~ bersama si bulan hihi :p ~

Bertukar2 mesej dgn rakan dlm ucapan 'selamat tahun baru'. sambil mendoakan antara satu sama lain. Moga impian jadi kenyataan.

Andai diberi pilihan, ingin bermula semula dengan tahun 2009. hahaha. sesuatu yang mustahil.
sudahlah iz.. jgn dikenang.




Hari ini, 010110.

Tarikh yang cantik.
Kepada yang menyambut ulangtahun kelahiran, selamat ulangtahun..! tak kira berapa pun umur kalian, moga kalian terus sukses okeeyy.. :)

Kepada yang punya kisah suka mahupun duka yang tersirat di sebalik tarikh ini, hope tidak ada yang terus berduka tapi yang suka jadikan ia kenangn manis utk dikenang.. senyum lagi :)

Banyaknye azam tercipta!
jgn tamak.. tapi tetap mengharap segalanya mampu dilakukan. cmno tu.. hihi..
tapi serius, sampai bila nak berada di takuk lama.
segalanya perlukan perancangan yang rapi.
perlahan-lahan dan insyaallah, jika DIA redha, pasti jadi!

..senyum lagi :)

Hati boleh dilayan tapi jgn selalu dan keterlaluan.
Ahh..payahlah soal hati ni..
2010 insyaallah menjanjikan sesuatu tentang hati.
Maaf pada hati kerana mungkin tidak mendapat perhatian seperti selalu.
segalanya untuk kepentingan bersama.


..okeyy..

Masa untuk beredar..
Untuk kalian, moga tahun ini memberi seribu satu kebahagiaan yang diimpi.
''SELAMAT TAHUN BARU!''
_2010 Masihi/1431 Hijriah_


~ "Kadangkala Allah hilangkan matahari untuk seketika, kemudian DIA datngakn pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahri, rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan kepada kita pelngi yang indah."~

~ salam ukhwah ~










Monday 21 December 2009

...; kita takkan tau apa yg akan jadi pada masa depan walaupun sesaat akan dtg ;...




~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua ~

Hari ni dah masuk lebih separuh bulan disember. lagi beberapa hari jer nak masuk tahun 2010.
makin hari makin bnyak benda cik iz blaja cmne nak survey hdup. kdg2 jatuh, kdg2 berdiri, ada masa lari2, ada masa plak terduduk! time tu terpaksa la tepuk2 habuk kat punggung pelan2 bangun balik.. ape2 pun, agak indah untuk dikenang. :)

lame tak menghapdet blog. juz singgah blog kawan2 je. jenguk cerita terbaru dorang.. bulan ni cik iz bergumbira menghadiri majlis2 bersejarah teman2.. hikhik


ni salah satunya.. seronok! coz kat ctu dapat kumpul ngn kwan2 yg jarang2 jumpe.. best sgt okeyyy :p masing-masing berkongsi cerita ,pilih tarikh supaya tak bertembung.. cik iz pun pilih gak tarikh tapi setakat pilih jer..hikhik.. kita tak taw ape akan jadi pada masa depan kita. yang penting kita buat yang terbaik masa sekarang nih..

okey..minggu ni insyallah cik iz nak berangkat ke terengganu.. doakan cik iz selamat dlm perjalanan yer.. syukran.

mungkin cik iz akan tinggalkan blog ni lbih lama lagi. lagipun exam dah dekat. cik iz xterer nak layan blog sambil study.. hihi

teruskan berblogging kwn2..

~ salam ukhwah ~








Thursday 17 December 2009

salam ma'al hijrah 1431

~Bismillahi awwalul akhir~
~Salam semua ~

Hamba Ilahi..
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia
Sedekahkanla satu senyuman walau hatimu tak mampu lagi bertahan
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran
Hiduplah dalam iman walau hidup penuh godaan
Berpeganglah kepada Allah walau DIA tidak kelihatan
..DAN..
Bukti kasih-Nya,
Kita masih wujud di dunia pinjaman..
Moga hari esok jauh lebih indah dari semalam...

..SALAM MA'AL HIJRAH..

Tuesday 15 December 2009

sape kata orang tak boleh berubah..?? kalau DIA kata 'kunfayakun' , xde yg dapat halang kan..

~ bismillahi awwalul akhir ~
~ salam semua ~


waahh..agak panjang tajuk entry kali nih.. nape cik iz? kehidupan agak emo semenjak dua menjak ni..


keh..keh.. xde la.. cuti ni mcm lambat sgt nak habis.. xtau dah nak isi ngn ape.. garam,gula, bebola ikan, kiub pati ayam sumeee dah tarok.. still x abis2 gak cuti ni..~ngeee~
ape yg cik iz merepek ni. haish!
yang sebenarnya cik iz dok fikir tentang persepsi seseorang yang cik iz jumpe ni..
cik iz cam x setuju ngn persepsi dia tapi cik iz leh ckp, 'terpulang la, pendapat masing2'.


Memangla zaman sekarang ni jauh beza ngan zaman Rasulullah s.a.w dulu.. kalau dulu, wanita bertudung sgtla disegani dan 90% confirm akhlaknya mulia. Zaman sekarang bukan mcm tu dah.. kadang-kadang perempuan yang tak bertudung tu lagi mulia hatinya dari yang bertudung. Tapi jgnlah tuduh semua perempuan bertudung tu punya hati busuk maaa... cian kat dorang.. at least dorang still menunjukkan ciri2 seorang muslimah. ada beza dengan agama lain kan.. jgnlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. haaa..kan dah keluar pantun.. :p tapi siyes, kalau persepsi cmni ada pada semua orang, xde orang hormatkan perempuan bertudung and akhirnya tudung hnya sekadar hiasan yang cm nak xnak je letak kat kpale.. camne???


Orang yang berilmu tu dipandang tinggi. Betul tu. tapi perlu ke kita tindas or pandang rendah pada dorang yang skola takat skola rendah or SPM je tu? perlu ke kita bg layanan buruk kalo dorang mintak pendapat..? hurmm...kalau nak kata orang orang berilmu tu perfect, nape ada keluar berita 'seorang pensyarah jadikan student dia pompuan simpanan' atau, 'seorang guru wat tak senonoh kat anak murid yg umur baru 8 tahun'. pensyarah, guru - bukan orang-orang berilmu ke tu?? kadang-kadang orang yang blaja takat skola rendah tu yang lagi 'perfect' jadi orang!



Dalam soal pilih pasangan memang kita ada hak untuk memilih. tapi xla sampai kita buat cam nak makan buah mangga yang kita ambik time dia mengkal (blom cukup masak). peram lame2 , then bila dah terlebih masak, buang.. ataupun, busuk ckit lansung xnak mkn. padahal sikt je busuknya.. hurm..kalau lah darjat yang diukur, memang la payah nak hidup. kalau la rupa yang dicari, lupakanlah.. dah tua berkedut jugak.. kalau dah pilih seseorang tu, tanya betul2 hati tu. ikhlas ke? kalau tak ikhlas, jgn tunggu smpai bertahun baru nak ckp xde jodoh.. haish.. sian wei kat sebelah pihak tu.. kalau dia xcantik @ xensem, xsemestinya dia x boleh cipta bhagia.. kalau dia takde pangkat, x semestinya dia xmenyenangkan..



Manusia ni sebenarnya same je.. yang membezakan antara satu sama lain apa dia?? jawabla sendiri.. jap lagi kalau cik iz ckp, kata cik iz ni bajet bagus plak nak nasihat orang.. padahal cik iz sedar je cik iz ni bukan sape2 pon.. hihi bnyak lagi dosa cik iz nak kena hakis.. Anyway, manusia boleh berubah. jgn kata xboleh k.. bila kawan yg suka pakai bju sendat2 tetbe nak pakai blaus longgar, support..jgn kutuk2.. kalau ada kwn lelaki yang tetbe nak jadi kaki masjid, tetibe ni! jgn gelakkan, patut doakna dia istiqamah.. yang penting, jgn mulut kata ikhlas tapi hati dok mintak itu dan ini..



satu pepatah tntang ikhlas yg cik iz penah dengar :

" ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam"
kesimpulannya, ikhlas tu DIA je boleh nilai...



p/s : cik iz emo ke??? sowiiii...

sape nak nasihat cik iz terima k..

cayang korang yang singgah walaupun x tinggal tapak kaki :p !



~salam ukhwah ~

Friday 11 December 2009

..jAngaN perNAH beRpuTus aSa dari RahmAt- NYA..



~ Bismillahi awwalul akhir ~


~ Salam Semua ~

" Dan Tuhanmu berpesan, "Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembahku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina."
( Surah al-Mukmin: ayat 60)



______________________********____________________

.: Secebis kisah untuk renungan hati :.




Usianya jauh lebih muda dari penulis namun bukan itu yang meninggalkan kesan mendalam dalam hati penulis tentang Aini ( bukan nama sebenar). Cemburu melihat betapa gemarnya muslimat ini beribadat. kedua-dua mata menjadi saksi pada ketekunan Aini. Tanpa sedikit rasa malas pun, Aini mengerjakan solat tahajjud.



Setiap masa, tidak kira selewat malam berbual panjang dan tidur, Aini tetap akan bangun pada dua per tiga malam. Dia terus melarutkan diri dalam surah-surah Quran yang panjang, kemudian mengangkat mukanya, menutup matanya dan menadah tangan. Rasanya, sesiapa pun akan berasa terharu melihat cara Aini berdoa. Dia menyampaikan suara hatinya pada Yang Maha Esa dengan begitu khusyuk, damai dan begitu asyik. Airmata membasahi pipinya seiring dengan doa-doa yang panjang, diucapkannya dengan lembut dan perlahan. Berbisik bersama Ilahi. Dan, adakalnya, badannya terhenjut-henjut menahan tangis.


Mengapa Aini beribadat begitu kuat? Mengapa selalu menangis dalam doa-doanya? Tidakkah matanya letih kerana terlalu banyak menangis?


" Saya ada banyak dosa," jelas Aini.


Suatu hari, Aini berkongsi ceritanya dengan penulis. Masa lalunya gelap dan dia hampir berputus asa kerana masa silam itu. Penderaan seksual yang dilakukan teman-teman semasa kecil. Perkosaan yang dilakukan oleh pakciknya sendiri.Terakhir, teman sekolahnya melakukan tibdakan sumbang ke atas dirinya. Padahal mereka sama-sama perempuan. Kejadian menyedihkan yang berlaku bertubi-tubi itu membuat Aini berasa sangat kotor.


" Saya jijik dengan diri saya.Saya berasa begitu kotor dan tidak layak berdiri di hadapan Tuhan."

Cinta yang diberikan oleh teman satu universiti mengheretnya ke dalam lembah dosa yang berlarutan.


" Kami berzina, bukan hanya sekali tetapi banyak kali. Saya tidak tahu di mana Tuhan ketika itu."
Aini menyapu airmatanya yang keluar tanpa henti.
"Saya berasa kotor. Saya jijik dengan diri saya sendiri. Lebih-lebih lagi selepas tahu hukuman pada orang yang melakukan zina."
Aini memberitahu yang suatu ketika dia mahu mengakhiri hidupnya.

"Saya mahu bunuh diri. Tetapi Tuhan menolong saya."

Hubungan Aini dengan kekasihnya putus dan selepas itu Aini langsung tidak mahu menjalin apa-apa hubungan istimewa. Aini merasakan itu adalah cara Tuahn menyelamatkannya daripada dosa yang lebih jauh.

" Padahal ketika itu saya sudah beras begitu jauh dengan Tuhan. Saya rasa tidak mungkin dapat kembali ke jalan yang benar. Apalagi mengingatkan masa lalu yang kotor.Saya tidak tahu bagaiman caranya membersihkan diri di hadapan Tuhan. Setiap kali saya mandi, saya menggosok tubuh saya kuat-kuat dengan sabun dan berharap semua itu dapat membersihkan diri saya."

Rahmat Tuhan amat luas. Kasih dan keampunanNya juga luas terbentang. Aini tentu tahu perkara ini.

Masa lalu yang gelap telah menjadikan Aini seperti sekarang. Dia berasa yang dia perlu terus membersihkan diri dan terus berdoa.

" Saya mahu bersih ketika menghadapnya nanti. Saya mahu Tuhan menyambut saya dengan kasih sayang. Saya mahu Dia mengizinkan saya, yang pernah kotor sebelum ini, menatap wajah-Nya."

Gadis yang hampir dengan Tuhan itu begitu khusyuk dengan doa-doanya. Sikapnya yang tenang menimbulkan kesedaran betapa nikmatnya TAUBAT. Siapa yang tidak mahu ketenangan sepertinya? Siapa yang tidak mahu bertemu dengan Pencipta dalam keadaan bersih dari dosa?


Tidak ada dosa yang tidak diampunkan dengan taubat yang sebenar-benar taubat..







* kisah dipetik dari buku motivasi : " DI DUNIA ADA SYURGA"
-Asma nadia.






~perkongsian bersama~




Aku sesuai dengan persangkaan hambaku pada diriku

Aku bersamanya ketika dia berzikir

Sekiranya dia berzikir dalam hatinya,

maka Aku akan mengingatnya dalam hatiku

Sekiranya dia mengingatku dalam sesuatu jemaah,

maka Aku akan mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik.

Sekiranya dia mendekatiku sejengkal,

maka Aku akan mendekatinya sehasta
Sekiranya dia mendekatinku sehasta,

maka Aku akan mendekatinya selengan.

Sekiaranya dia mendekatiku dengan berjalan,

maka Aku akan mendekatinya dengan berlari.




"Maha suci Allah yang Maha Pengasih"








p/s : Bukan ingin membetulkan orang lain, kerana diri sendiri pun banyak yang perlu dibetulkan..hanya ingin berkongsi rasa hati dan mengajak lebih mengingatiNya. Betapa Pemurahnya DIA walau hambanya sering melupakannya..

Monday 7 December 2009

.: tAKdE BenDa PuN yaNg mUsTahiL kaLau kiTa yaKin aNd DIA iZinkAn :. (^_^)

~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ salam semua ~

Sejak kebelakangan ni seakan mati akal untuk menulis di sini. Mungkin perkara lain lebih tertumpu dalam fikiran sehingga tempat bermonolog ni jarang-jarang di singgah.
Selama tidak bermonolog di sini, cik iz hanya bermonolog sendirian. Sama je rasanya cuma bezanya kat sini dapat pendapat dari orang lain :)

Kali ni cik iz tergerak hati untuk menulis sesuatu yang pada cik iz, ada sikap positif yang sepatutnya wujud kalau kita nak kan sesuatu yang kita rancang tu berjaya dilaksana.. Slot dalam kursus tempoh hari, bagi cik iz benda ni kali pertama la cik iz buat. Ingatkan fasilitator tu wat lawak or main tipu. tapi bila try sendiri, wawawa.. besh gak!

Camni.. kami dalam slot kursus tu dibekalkan dengan sebiji kentang dan straw. Then, kami diarahkan untuk buat straw tu menembusi kentang dengan sekali hayun je! diulangi, sekali hayun je..! kentang tu agak tebal tapi straw tu xlah keras mana pun kan.. kalau cucuk ngan lidi or kayu, kacang je nak buat dia tercucuk kat kentang tu.. tapi kena guna straw.. haru jugak tengok peserta-peserta lain dok cucuk2 straw kat kentang tu.. berlubang-lubang kentang, straw pun berganti-ganti.. x jugak menjadi..Termasuklah percubaan dari cik iz yang berkali-kali.. hik hik..
Cuba punya cuba, try punya try, test punya test, sorang demi sorang berjaya menembusi kentang dengan straw tu!.. haish, cik iz x lepas-lepas lagi. straw dah berlambak-lambak bertabur kat lantai.. dak kemek-kemek straw.. Tapi akhirnya, berkat ke'fokusan' dan kekentalan tangan cik iz menghayun straw, akhirnya tercucukla straw tersebut di badan kentang..hihi.. fuhh...legaaaa time tu.. (^_^) ada la lagi separuh yang tak dapat, tapi akhirnya semua berjaya..



~Finally, tembus jugak walaupun sikit..~



~Dengan sekali hayun je taw, x boleh cucuk banyak2 kali :p ~

~ cucuk straw tu macam cucuk straw kat botol air vitagen ~

Jadi...kesimpulannya, kalau kita fokus and sabar dalam sesuatu keje yang kita buat, insyaallah apa pun boleh berjaya.. kan..kan..? hihi..

Balik dari kursus tu rasa berbaloi pegi untuk 3 hari 2 malam... Thanx pada penganjur :)

p/s : Kalian yang berminat untuk menguji tahap kesabaran dan kefokusan kalian, silalah cuba sendiri di rumah yek.. kalau rajin, snap gambar time kalian cubajaya melakukannya and letak la kat blog kalian..nanti cik iz singgah.. sure kalian rasa puas hati kalau dapat buat.. :) cik iz cabar nih! hik hik..


~Salam ukhwah~



Tuesday 1 December 2009

mAsA bErLaLu TaK tUNGGu SEsApE + TaK seMuA yaNg kiTa INginKaN AkaN kiTa miLiki




~ Bismillahi awwalul akhir ~
~ Salam semua.. ~


..mukaddimah : start entry ni, nak guna cik iz je, xde daku dah.
maaf la, ada alasan tersendiri..

sekejApnye maSa bErLaLu.. time mesyuarat tadi cik iz still tulis tarikh november. lupa yang rupanya dah masuk bulan disember! macam baru semalam duduk di buLan jaNuari, tau-tau hari ni dah 1 disEmber. cepatnye.. teRlaLu cepat rasanyA.. ahh..maSa tak tunggu sesiapa. masa hanya berputar dan terus berputar tanpa menghiraukan apa pun..

tErLaLu banyak perkara yang mengejutkan berlaku tahun 2009 ni. nak gelar apa ye tahun 2009 ni?? 'tahun kejutan'! haha.. seb baik cik iz takde sakit jantung.. kalau tak, dok spital agaknya..xmola.. rilexx sudahh..

yeahhh..xsemua yang kita inginkan akan jadi kenyataan.. fakta bukan auta! semua pun lalui perkara yang sama kan.. Dan tahun ni tahun dugaan yang melimpah ruah la buat cik iz. sakit nak tadah tapi skrang cik iz sengeh jer..(^_^) xguna nak merungut. bukan boleh undur balik pun. benda dah jadi, DIA je tau apa hikmah di sebalik semua tu. AmBik YaNg jErNih, bUanG yaNg KeRuh. Fullstop!

Hari ni masuk minGgu ke-2 cuti. ada lagi lebih kurang 4 minGgu! mak aihh... seronok memang seronok, tapi takut xtaw nak wat ape kat umah.. adik-beradik semua dah merantau. Rata-rata angkat kaki tahun ni, tu yang terasa lain ckit la.. betul2 tinggal cik iz, kakak dgn mak and ayah.. kakak pun keje, tgahari n malam je ada kat umah.. so, wajah ni je la yang akan menjadi tatapan mak ayah tanpa ganti untuk tempoh sebulan ni.. hehehe..


~sekadar gambar hiasan bersama teman-teman sepejabat :p ~

hope nikmat masa yang ada ni cik iz manfaatkan dengan perkara-perkara faedah..


jangan makan tdo je dah ler.. xpasal-pasal jadi belon lepas cuti.. hehe.. tepuk dada tanya iman, jangan tanya selera je cik iz.. sebab selera xkan pernah puas dengan apa yang ada..



~ Dari hAti ~

" semakin meningkat usia,
semakin dekat dengan 'hari itu',
Peringatan tentang 'hari itu' sering ditayangkan,
moga iktibar bukan untuk sementara,
Biar terusik hati,
Biar tersentak perasaan,
Asalkan langkah diperbetul,
Dan bekalan sempat diperkemas..
Moga 'hari itu' menjemput,
Tatkala ingatan tertumpu pada-Nya.."














LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin