BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 29 November 2009

~IBADAH bukan satu beban.. Jangan tutup pintu hati untuk terima KEBENARAN dan baiki KEKHILAFAN@KESILAPAN..~

~ Bismillahi awwalul akhir ~


~ Salam semua ~
....PERKONGSIAN BERSAMA....




Cinta dunia menyebabkan banyak manusia lalai dalam cara hidup yang megah dan bersuka ria.


Cinta dunia hanya mempermainkan manusia. Mencampakkan manusia dari satu kemahuan kepada kemahuan yang lain tanpa memiliki tujuan selain memuaskan nafsu. Seringkali juga cinta dunia membutakan mata hati manusia. Apa yang penting, kemahuan tercapai, tidak peduli caranya halal atau haram. Na'uzubillahi min zalik...




Cinta dunia adalah permulaan daripada segala kesalahan. Ia dapat merosakkan agama daripada beberapa sudut ;




PERTAMA : Cinta dunia mendorong mengagungkannya, sedangkan dunia begitu hina di sisi Allah. Antara dosa besar adalah mengagungkan apa yang dihina Allah.




KEDUA : Sesungguhnya Allah melaknat, membenci dan marah pada dunia kecuali yang diperuntukkan baginya. Sesiapa yang mencintai apa yang dimurkai Allah, bererti dia membuka pintu kebencian dan kemurkaan Allah.




KETIGA : Apabila seseorang mencintai dunia, maka dunia menjadi tujuan hidupnya. Dia pasti mendapatkannya dengan pelbagai cara. Dia menjadikan jalan dunia sebagai tujuan dan menjadikan amal-amal akhirat sebagai jalan bagi meraih dunia.




KEEMPAT : Cinta dunia menjadi penghalang kepada manusia dengan perbuatan yang manfaatnya di akhirat untuk kembali kepadaNya.




KELIMA : Cinta dunia menjadikan dunia sebagai cita-cita terbesar bagi seseorang. Sebaliknya , akhirat tidak ada yang menarik untuk dikejar.




KEENAM : Pencinta dunia adalah orang yang terseksa. Dia diseksa pada tiga alam. Di dunia diseksa keran susah payahnya mendapatkan dunia dan bertengkar dengan pemiliknya. Di Kubur diseksa kerana hilangnya segala yang dikejar dan merasa sesal dengannya. Dan di akhirat diseksa dengan cara yang luar biasa sakitnya dan tiada tara pedihnya.



Godaan dunia terlalu hebat! Sedangkan serban di kepala pun boleh tetanggal inikan pula tudung tiga segi yang membaluti kepala.. namun, semua ini dapat di atasi dengan solat.. bangun sahaja dari tidur, kita diingatkan tentang akhirat dengan solat Subuh. di tengah-tengah kesibukan menguruskan urusan dunia, solat Zohor kembali menginatkan kita kepada Allah dan tempat kembali. Menjelang waktu pulang dari kerja, solat Asar pula mengajak kita sujud kepada Yang Maha Memberi rezeki. Dan berlabuhnya tirai malam, solat Maghrib mengajak kita bersimpuh dan bermunajat padaNya. Ketika seluruh tubuh berasa letih kerana pelbagai aktiviti dari pagi hingga petang, solat Isyak kembali mengingatkan kita kepada Yang Maha Menjadikan segala-galanya..



Hidup di dunia hanya sementara..

Dosa dan noda berlegar disekeliling

Dan selalunya singgah dalam perjalanan hidup..

Andai tergelincir, bangunlah semula..

Andai tersalah langkah, luruskan ia kembali...

Sebesar mana pun dosa yang dilakukan,

Besar lagi keampunan Allah pada mereka

yang benar-benar menginginkannya..

Bukakan pintu hati itu untuk menjengah kebenaran..

Campak sejauh mungkin tembok keegoan..

Jangan jadikan ibadah untuk meraih dunia semata..

Ajar diri terus berusaha sehingga tidak ada ruang untuk putus asa..

Beribadahlah secara sederhana asalkan istiqamah..

Ibadah sebenar menjadikan manusia tahu mengimbangi duniawi dan ukhrawi..

Hidup bukan untuk duduk di sejadah setiap masa..

Islam itu mudah dan Allah menghendaki hambaNya berjaya dunia dan akhirat..

Saling mengingati..

Saling memberi..

Saling mendoakan..

Bukan sekadar hanya menerima..

Andai solat tidak berupaya mencegah kemungkaran,

Carilah kelemahan di situ dan baikilah sebaiknya..

Allah tidak akan mensia-siakan usaha hamba-hambaNya..

Lembutkanlah hati..

Rendahkanlah diri..

Ketika bersimpuh di hadapan Yang Maha Besar..

Moga tertanggal segala kotoran..

Yang terpalit di dalam hati..

Dan diganti dengan sebuah ketenangan..

Yang memberi kekuatan diri..



" Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar"

(surah al-Baqarah: 153)


"..dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesunguhnya mengingati Allah (solat) itu adalah lebih besar (keutamannya daripada ibadat-ibadat yang lain). Allah mengetahui segala apa yang kamu lakukan."

(surah al-Ankabut:45)



p/s : ..Solat menjauhkan rasa sepi dan sedih..

-Entry tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun.

Hanya perkongsian sebagai hamba Yang Esa-

( Sila lah copy paste untuk renungan bersama. moga Allah melindungi sahabat semuanya)


~salam ukhwah~



2 comments:

kurniawan.q said...

Alhamdulilah dapat ilmu(yang bermanfaat) lagi terimakasih sahabat atas artikelnya selamat idul adha

Maiyah said...

perkongsian yg baik.. solat adalah pembimbing yg baik buat kita

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin