BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 29 November 2009

~IBADAH bukan satu beban.. Jangan tutup pintu hati untuk terima KEBENARAN dan baiki KEKHILAFAN@KESILAPAN..~

~ Bismillahi awwalul akhir ~


~ Salam semua ~
....PERKONGSIAN BERSAMA....




Cinta dunia menyebabkan banyak manusia lalai dalam cara hidup yang megah dan bersuka ria.


Cinta dunia hanya mempermainkan manusia. Mencampakkan manusia dari satu kemahuan kepada kemahuan yang lain tanpa memiliki tujuan selain memuaskan nafsu. Seringkali juga cinta dunia membutakan mata hati manusia. Apa yang penting, kemahuan tercapai, tidak peduli caranya halal atau haram. Na'uzubillahi min zalik...




Cinta dunia adalah permulaan daripada segala kesalahan. Ia dapat merosakkan agama daripada beberapa sudut ;




PERTAMA : Cinta dunia mendorong mengagungkannya, sedangkan dunia begitu hina di sisi Allah. Antara dosa besar adalah mengagungkan apa yang dihina Allah.




KEDUA : Sesungguhnya Allah melaknat, membenci dan marah pada dunia kecuali yang diperuntukkan baginya. Sesiapa yang mencintai apa yang dimurkai Allah, bererti dia membuka pintu kebencian dan kemurkaan Allah.




KETIGA : Apabila seseorang mencintai dunia, maka dunia menjadi tujuan hidupnya. Dia pasti mendapatkannya dengan pelbagai cara. Dia menjadikan jalan dunia sebagai tujuan dan menjadikan amal-amal akhirat sebagai jalan bagi meraih dunia.




KEEMPAT : Cinta dunia menjadi penghalang kepada manusia dengan perbuatan yang manfaatnya di akhirat untuk kembali kepadaNya.




KELIMA : Cinta dunia menjadikan dunia sebagai cita-cita terbesar bagi seseorang. Sebaliknya , akhirat tidak ada yang menarik untuk dikejar.




KEENAM : Pencinta dunia adalah orang yang terseksa. Dia diseksa pada tiga alam. Di dunia diseksa keran susah payahnya mendapatkan dunia dan bertengkar dengan pemiliknya. Di Kubur diseksa kerana hilangnya segala yang dikejar dan merasa sesal dengannya. Dan di akhirat diseksa dengan cara yang luar biasa sakitnya dan tiada tara pedihnya.



Godaan dunia terlalu hebat! Sedangkan serban di kepala pun boleh tetanggal inikan pula tudung tiga segi yang membaluti kepala.. namun, semua ini dapat di atasi dengan solat.. bangun sahaja dari tidur, kita diingatkan tentang akhirat dengan solat Subuh. di tengah-tengah kesibukan menguruskan urusan dunia, solat Zohor kembali menginatkan kita kepada Allah dan tempat kembali. Menjelang waktu pulang dari kerja, solat Asar pula mengajak kita sujud kepada Yang Maha Memberi rezeki. Dan berlabuhnya tirai malam, solat Maghrib mengajak kita bersimpuh dan bermunajat padaNya. Ketika seluruh tubuh berasa letih kerana pelbagai aktiviti dari pagi hingga petang, solat Isyak kembali mengingatkan kita kepada Yang Maha Menjadikan segala-galanya..



Hidup di dunia hanya sementara..

Dosa dan noda berlegar disekeliling

Dan selalunya singgah dalam perjalanan hidup..

Andai tergelincir, bangunlah semula..

Andai tersalah langkah, luruskan ia kembali...

Sebesar mana pun dosa yang dilakukan,

Besar lagi keampunan Allah pada mereka

yang benar-benar menginginkannya..

Bukakan pintu hati itu untuk menjengah kebenaran..

Campak sejauh mungkin tembok keegoan..

Jangan jadikan ibadah untuk meraih dunia semata..

Ajar diri terus berusaha sehingga tidak ada ruang untuk putus asa..

Beribadahlah secara sederhana asalkan istiqamah..

Ibadah sebenar menjadikan manusia tahu mengimbangi duniawi dan ukhrawi..

Hidup bukan untuk duduk di sejadah setiap masa..

Islam itu mudah dan Allah menghendaki hambaNya berjaya dunia dan akhirat..

Saling mengingati..

Saling memberi..

Saling mendoakan..

Bukan sekadar hanya menerima..

Andai solat tidak berupaya mencegah kemungkaran,

Carilah kelemahan di situ dan baikilah sebaiknya..

Allah tidak akan mensia-siakan usaha hamba-hambaNya..

Lembutkanlah hati..

Rendahkanlah diri..

Ketika bersimpuh di hadapan Yang Maha Besar..

Moga tertanggal segala kotoran..

Yang terpalit di dalam hati..

Dan diganti dengan sebuah ketenangan..

Yang memberi kekuatan diri..



" Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar"

(surah al-Baqarah: 153)


"..dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesunguhnya mengingati Allah (solat) itu adalah lebih besar (keutamannya daripada ibadat-ibadat yang lain). Allah mengetahui segala apa yang kamu lakukan."

(surah al-Ankabut:45)



p/s : ..Solat menjauhkan rasa sepi dan sedih..

-Entry tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun.

Hanya perkongsian sebagai hamba Yang Esa-

( Sila lah copy paste untuk renungan bersama. moga Allah melindungi sahabat semuanya)


~salam ukhwah~



Thursday 26 November 2009

SaLaM AidiLaDha.. peNgorBanAn sATu KeMULiaAn..




~Bismillahi awwalul akhir..~
..salam semua..

Alhamdulillah.. masih lagi diberi kesempatan bernafas di pagi 10 zulhijjah 1430 hijriah ini..
Pagi Jumaat + Aidil adha
gabungan yang cantik..


pagi raya ni tiba2 nak tukar langsir.. haha.. dan sesungguhnya raya aidil adha ni nampaknya lebih meriah dari raya syawal yang lalu..


menghabiskan mnggu raya ni bersama keluarga terasa sangat berbaloi.. bila semua berkumpul rasa macam baru semalam main nyorok2 ramai2.. mcm sekejap sngat semua dah besar panjang, dah beranak pinak.. kan daku ckp, raya aidil adha ni lebih meriah! suka..suka.. hihi


~ juadah di pagi aidil adha ~





~lemang+ lontong+rendang ayam + ketupat + kuih sari ayu = nyummy! :p ~




Syukran Ya Rabbi :)
dapat mesej dari sahabat:
" jadikan pengorbananmu seperti ikhlasnya pengorbanan Nabi Ibrahim"
insya allah...
sebut tentang pengorbanan, terlalu banyak daku menerima pengorbanan daripada insan2 di sekeliling daku.. terutama keluarga yang sentiasa ada waktu aku suka mahupun duka..sentiasa ada! daku je yang kadang2 terlepas pandang dengan pengorbanan dorang.. Dan untuk sekian kalinya DIA mengingatkan daku lagi.. ('',) Pemurahnya Engkau..
kalian pastinya dah banyak berkorban untuk org2 yg kalian syg kan? tahniah..tahniah.. ikhlaskan segalanya, pasti kalian bhgia dunia akhirat k..


ahh..agak boring entry kali ni..

p/s : "Pengorbanan tidak semestinya dengan wang ringgit, masa dan kudrat juga satu pengorbanan yang sangat bernilai sekiranya dilakukan ikhlas semata-mata mengejar keredhaan Allah..malah jauh lebih bernilai dari wang ringgit yang menggunung tinggi"

~ salam Aidil Adha ~


Thursday 19 November 2009

Bahayanye penyakit yang tak nampak ni..na'uzubillah..

~ Bismillahi awwalull akhir ~

..salam..


seperti biasa, daku akan bermonolog dgn diri daku sendiri supaya daku sedar diri..
bukan sekadar omong-omong kosong.. bukan ckp suka2..


selalu terfikir, kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat dah cukup bagus.. sampai adakalanya bila orang tegur, susah nak terima.. dan ku akui, sesungguhnya daku bukan insan sempurna,sebab daku pernah berperasaan begitu..!! lupekah daku yang cukup bagus itu hanya milik Yang Esa..??? tolongla hati..campak jauh2 rasa ujub sebab bahayenye penyakit ni...


Adakalanya pasti seronok bila beramal contohnya layan anak-anak yatim, blanje kwan2, tolong orang tua lintas jalan ( daku xpenah buat lagi) TAPI yang tak seronoknya bila semua amal tersebut dilakukan dek kerana inginkan pujian dari mata-mata yang memandang.. dambakan kata2 "..baiknya org tu.." utk riyak bertenggek di hati... bahayenye penyakit ni...


Dah solat lima waktu, duduk bertasbih lama sikit lepas solat, timbul dalam hati, : "dah bnyak ni amalan,rasa lebih bagus dari orang lain" dan dgn yakin pegi kutuk dan menakut2kan orang lain tentang azab neraka.. pegi sergah dan terus pandang serong pada orang2 yang tidak menutup aurat.. bukan itu caranya.. bukan itu hikmah di sebalik solat yang sempurna.. solat yang sempurna berupaya mencegah diri dari melakukan kejahilan duniawi.. daku menulis begini bukan bermakna solat daku dah cukup sempurna, bukan bermakna daku terlepas dari melakukan kejahilan duniawi.. daku cuma memberi peringatan keras juga pada diri daku sendiri sebab daku benar-benar merasai DIA MAHA MENGASIHI sebab daku selalu tersentak dan diingingatkan dgn tingkah huduh daku.. semahunya daku berharap benar agar tidak timbul perasaan "diri cukup sempurna" @ takabbur sebab daku tahu bahayenye penyakit ni...


Ada jual kat klinik tak ubat penyakit ujub, riyak dan takabbur yang sangat berbahaye ni??


xde izan...xde...carilah kat mana2 klinik pun, xkan jumpe.. ubatnya tak mahal malah xperlu keluar sesen pun.. cuma, kuatkan hati dan ikhlaskan segalanya.. nyahkan pndangan org lain dan sedarlah wahai hati, penyakit ini bakal menjadikan segala amalan tidak dinilai lansung di sisi Allah.. Na'uzubillahi min zalik..







Tak guna bersikap ego bila tak senang ditegur, xpuashati bila disedarkan tentang kesilapan..
Namun, teguran yang terbaik adalah secara berhikmah dan mulakan dgn menegur diri sendiri.. bukan dgn cara memerli apatah lagi mengutuk.. tak semua yang bertudung itu penuh pahala dan yang berbogel kepala itu penuh dosa..bukan juga menggalakkan tak perlu bertudung.. yang wajib tetap wajib..

Garangkah daku menulis begini?? hish... jgn sekali-kali m'bayangkan daku seperti ustazah yang sedang memegang rotan k.. bayangkan je daku sedang bercakap di sebalik pintu besi kerana daku bukan baik sangat puuunnnn...



( motif sebalik pintu besi : ade laaaaaaaaa.... :p )



p/s : " daku menulis kerana menyayangi diri sendiri dan atas dasar rasa lebih menyayangi sahabat agar sama-sama disayangi oleh Yang Maha Menyayangi.."



~ salam ukhwah ~

Thursday 12 November 2009

join contest LUMUT yang badang

~ bismillahi awwalul akhir ~
..salam..

Memula daku singgh blog LUMUT, daku rasa cm pehhh jiwangnyer..

pastu panjang lebar lak tu..cam nota pun ada..
tapi daku tertarik nak baca coz cite dia lbih kurang ngn cite idup daku.

dah dok slalu singgah rasa cm dh kenal lame coz muka LUMUT pun cam muka ex abg daku yg dah kawin skrg. kehkeh..

tapi siyes LUMUT, time daku terduduk daku akan baca cmne Lumut 'bangun'.

Mekasih Tuhan sbb bgtau ada gak yg lagi dasyat ujiannya dari daku..

entry perasaan ke nih???

xmo..xmo.. daku juz nak ckp LUMUT BADANG and lumut, tau kan ape maksud daku??

agak sukar nak cari badang cmni sekelip mata..

so, esoksemalam best sebab ayat sempoi, x heran orang lalu lalang dan bg daku rasa nak hidup kuat cam badang gak! ;-p

esoksemalam tak best sebab kengkadang dok wat daku confius lumut ni laki ke pompuan.. dolu-dolu ar, sebelum cik lumut letak gambar!hihi :-p


~ berpesan-pesan pada kebaikan adalah dituntut dalam agama, teruskan ya ukhti ~

sekian.. mekasey..

~ sedikit renungan bersama ~
" Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata , Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali." (Al-baqarah: 156 )

Wednesday 11 November 2009

...ANDAI DIA TAHU...TAPI SAYANGNYA TIDAK.. HANYA TUHAN YANG TAHU..


~Bismillahi awwalul akhir ~


Dulu..

Selalu aku bergelak ketawa dengannya

Selalu aku bercerita dengannya

Bercerita dan berkongsi masalah

Berkongsi masalah dan saling bertukar pendapat

Tentang banyak perkara



Adakalanya

Dia bercerita tentang teman-temannya

Bercerita tentang perselisihan faham dengan orang-orang sekelilingnya

Dan aku sebagai pendengar setia

Akan memberi sedikit sebanyak pendapat

Yang boleh melegakankannya

Kerana aku ingin selalu melihat dia gembira

Walau adakalanya pendapatku tidaklah sehebat pakar motivasi

Namun aku gembira kerana

Dia memilih aku sebagai tempat dia meluahkan suka dan duka


Sehinggalah dia kehilangan cintanya

Dia masih bercerita denganku

Dan aku masih memberi buah fikiran

Agar dia bersemangat kembali

Bangun dari terjatuh


TAPI KINI

Tidak ada lagi cerita darinya

Tidak ada lagi gurauan darinya

Tidak ada lagi adu darinya

Yang ada hanya gambar

Gambar kami sebagai kenangan


Dan aku terus memikirkannya

Aku selalu mencari peluang untuk bertanya khabarnya

Aku selalu menginginkan tawanya

Aku selalu berfikir tentang keadaannya

Walau aku tahu mungkin dia tidak sepertiku

Dia tidak memikirkan sedikitpun tentangku


Andai dia tahu

Bahawa aku tidak pernah melupakannya

Aku tidak pernah menyimpan secebis pun kemarahan untuknya

Apatah lagi dendam dalam hati

Tapi sayangnya tidak

Hanya Tuhan yang tahu..


Andai dia tahu

Aku selalu mengharapkan yang terbaik untuknya

Aku selalu berharap tidak ada yang menyakitinya

Aku akan terus meminta agar dia dijauhi kesulitan

Kerana andai dia tersenyum

Aku akan turut tersenyum

Andai dia ketawa

Aku akan senang di hati

Andai dia bahagia

Aku akan meminta untuk bahagia itu selalu dengannya

Tapi sayangnya tidak

Hanya Tuhan yang tahu..


Dari mana wujudnya tingkah begitu?

Aku sendiri baru tersedar

Aku telah tempatkannya di satu sudut dalam hati ini

Aku telah terlalu lama memikirkan tentangnya

Aku telah selalu benar terasa dekat dengannya

Dekat dari hati

Dekat dari fikiran

Dan ya..

Aku melakukan segala-gala untuknya

Adakalanya sesetengah perkara itu tidak terjangka

Akan aku lakukan dalam hidup

Namun kerananya

Aku melakukannya


Namun,

Sedikit pun aku tidak merasa susah

Sedikit pun aku tidak merasa beban

Kerana aku ingin dia senang denganku

Aku ingin dia tahu

Selagi mampu

Aku akan lakukan yang terbaik untuknya


Namun,

Belum sempat daku meluahkan sejelasnya

DIA melabuhkan perpisahan untuk kami

Ah..

Tidak perlu aku mengeluh

Kerana DIA lebih sempurna perancangan-Nya

Kerana DIA lebih mengetahui apa-apa yang tidak diketahui oleh hamba-Nya

Dan akhirnya

Aku redha

Aku menerima

Aku akur dengan ketentuan-Nya


Namun,

Perlukah dia mengetahui yang sebenarnya?

Mungkin tidak

Kerana

Mungkin dia sedang bahagia

Bahagia yang tidak perlu lagi bercerita denganku

Tidak perlu lagi meminta pendapatku

Tidak mengapa..


Biarlah..

Biarlah hanya Tuhan yang tahu

Apa yang aku lakukan

Apa yang ada dalam hati ini

Yang pasti

Kebahagiaan jua yang kuharapkan untuknya

Dan aku bangga kerana pernah selalu dengannya

Walau untuk sementara


Kini

Aku akan terus mengejar impian

Aku akan melipat kemas setiap kenangan

Dan cita-cita, akanku jadikan kenyataan


~ haTi tiDaK boLeH diPaKsA ~

Monday 9 November 2009

..terasa jauh...


~Bismillahi awwalul akhir ~

.. salam semua..

Tajuk entry kali ni mcm sedang mengharungi detik perpisahan la pulak..hihi
padahal, daku cuma nak kongsi ape yg dah daku lalui semlm dan kelmarin..

Camni..
Seperti biasa, sabtu dan ahadku adalah di kolej..
kalau sebelum ni, daku akan drive sndiri @ tumpang kete kawan tapi mnggu ni entah kenapa hati tu teringin sgt nak naik pengangkutan awam..

memandangkan kelas pagi sabtu ditunda dan bermula pukul 2 ptg, jd daku xla rasa kelam kabut mcm kelas pkul 8 pagi.. kwn2 yg seangkatan dari cni pegi ( naik kete) awal coz dorg punya clas seawal 8 pagi..

Jumaatnya daku dah letak cantik je beg baju daku dlm kete kak fiza.. hihi..
sebabnya mcm malas la pulak nak angkut beg tu naik komuter nnti.. mekaseh kak fiza :p

Daku keluar rumah lebih kurang pkul 9.15 pagi.. daku mintak tolong kakak ipar daku hantar ke stesen bas je.. saje nak naik bas sbelum naik komuter..xla lame sngt tunggu bas.. dalam pkul 9.45 daku naik bas menuju ke stesen komuter kat sungai buloh.. lebih kurang 40 minit jugak la ( klu naik kete dah sampai Dengkil tau.. :p)

Dlm bas xde ape yg menarik cuma terpandang pada seorg ibu yg erat pimpin tngn dua org anaknya.. terharu tgok kasihnye ibu tu.. moga anak2 nya akan membalas jasanya..

Daku dah agak, klu sbtu ahad sure train akan sarat.. so, daku malas nak berebut, daku tunggu je pntu train mane yang agak lengang..

Alhamdulillah, xsmpai 15 mnit daku dah ada dlm train.. memula xdpt tmpat duduk, melilau gak mata ni kot2 ada tmpat kosong.. tapi, jgn haraplah sbelum smpai stesen KL nak dpt duduk.. daku berdiri dgn dikelilingi budak2 skola kot.. bukan sngaja nak dgr ape dorg borak, dah dorg borak dpan daku, so, daku dptlah simpulkan bhwa dorg2 tu nak ke midvalley.. ade yg nak tgok wyg, ade yg nk g shopping.. agak boring dgn hnya melihat pemandangn di luar, daku on kan radio kat phone.. klu ada kwn, leh gak borak2, tap ada gak sorg dua bdk2 pmpuan tu snyum ngn daku.. tapi dorg lebih rancak berborak sesama sendiri, so daku ambik kputusan berdiri elok2 kat ctu :p

xsalah tekaan daku, lepas je stesen mid, daku dpt tmpat duduk.. alhmdulillah..
.....akhirnya... hihi..
Daku tarik nafas lega sebab kaki dah lenguh sebenarnya.. tgok kat map tu, ada lebih kurang 10 lagi stesen daku kena tempuh.. kalau naik kete, sejam stgah daku dah boleh smpai campus, tp hari tu daku ambik masa 2 jam lebih utk smpai ke sane..hihi.. saje.. padan muka daku..

Sementara nk tnggu smpai destinasi, daku bukak 'Langit Ilahi'.. dialah teman daku skrg ni.. ke mana je daku akan bwk.. daku tenang bersamanya :-)

Daku turun kat stesen Nilai sebab nak jumpa sabrina sebelum g kelas.. dah lama x jumpa dia..
so, dia jemput daku kat situ.. tgahari tu dia blnje daku mkn.. (sebab daku tetamu dia kot hehe.. )dia msk nasi kat umah sewa dia and kitorg mkn kat umah je, bukan dok kat kdai.. mekaseh sab!

Sbelum pkul 2, dia hantar daku ke campus..alhmdulillah, akhirnya smpai gak daku walaupun mkn masa lebih 2 kali ganda dari drive sndiri.. :p



_______~~~~HARI AHAD~~~~________


Daku habis class pukul 12.30.. pkul 1 lebih ckit, daku gerak ke stesen train utk balik umah..


Agak sunyi coz x ramai org kuar time tghari buta cmni.. daku tawakal je w'pun ada 5,6 org mcm dari negara asing jer dok jeling2.. daku wat xtau je tapi dlm hati doa 'cepatlah ckit train ni'..

Train smpai je daku cepat2 jln masuk dlm train.. hiss....still x dpt tmpat duduk, xpe,x ramai sgt org, smpai stesen ukm rasanya daku dah dpt duduk.. kira xla lame daku berdiri..

Dlm train tu adala sorg mamat india ni dok pasang lagu dia kuat2.. org keliling dah tgok2 kat dia, dia boleh wat derkk je, siap ikut nyanyi lagi.. haish, ikutkan hati nak je daku tegur, tapi, badan dia besar k.. skali dia tempeleng mau terduduk daku.. daku juz mintak dlm hati, moga dia perasan yg situasi dia tu x brape disenangi @ daku mintak moga2 dia turun cepat ckit.. hehe..
alhmdulillah, dia turun kat KL. so dptlah daku duduk dgn aman dlm train tu.. daku yakin org lain pun rasa apa yg daku rasa :p
~sorry ye mamat india ~hihi..

Sampai sg. buloh daku dok tunggu bas plak.. pakcik2 teksi tu dok panggil2 soh naik teksi dorg.. mintak maap la pakcik, daku nak naik bas.. hihi..
Dlm bas nak sampai ke umah tu daku agak mengantuk coz ye la, dah ptg, agak penat, cuaca pon agak panas.. nyaris daku terlentok kat penumpang yg dok sebelah daku tu.. hehe.. sesekali merenung luar jendela melihat keindahan percuma yang dianugerahkan oleh Ilahi..

Seronok gak klau buat bnda2 yg jarang2 kita buat.. bukan bnda salah pun.. juz nak merasa penantian tnggu bas, tngok gelagat manusia kat dlm train.. kdg2 terhibur gak..


~ Luar jendela.. tidak ada yang lebih bernilai daripada nikmat kurniaan Ilahi ~

Alhamdulillah, daku smpai rumah betul2 time azan asar selesai berkumandang..
Teringat pesan kawan mintak tlong carikan buku ilmiah sbagai cenderahati, daku pun tergerak nak cari petang tu juga.. yela, kalau hari isnin smpai jumaat dah cbuk bekerja, so daku pun capai kunci kete terus drive ke rawang.. tu je kedai buku paling dekat.. dlm 30 minit dari rumah.. kalau nak g shah alam lagi jauh..

Kedai tu memang best..nampak je kecik tapi kat dlmnye mcm2 buku ada.. rambang gak mata nak memilih.. semua cam berkenan di hati hihi..

Lame jugak daku kat ctu, ye la, nak bg org, kenalah cari yg terbaik :p agak2 dah berpuas hati ngn tajuk n sipnopsis buku, daku capai 3 buah buku.. utk daku mesti ada.. hihi..

Rasa mcm nak rehatkan fikiran hari tu, daku singgah satu tasik yg ada kat dkat2 ctu..
ye la, pagi dok masuk kelas start dari pkul 8, smpai 10 then smbung lg smpai pkul12.30.. pastu naik train n bas tgahari buta, fuhhh...first time daku sorg2 dlm perjlnn yg agak jauh tu.. mcm rasa balik kg pun ada.. kalian maybe ada yang dah biasa.. daku dok ngn family so x merasa la merantau jauh2.. ehh, xsedih pon k..juz bgtau yg daku seronok hari ni... hehe..

xla lame mane daku singgah kat tasik tu, cuma agak tenang berpeluang tgok beberapa kumpulan fmily menghabiskan masa kat situ. ada yg jogging, ada yg memancing, ada yang dok bersantai... dan paling menarik, daku dpt lihat matahari terbenam.. cantikk...
ni adala beberapa gambar yg sempat daku snap..



~ subhanallah ~






~ tenang ~






~ langit Ilahi :) ~

~ ruang waktu ~

Dan hari tu, daku puas menghabiskan waktu seharian.. walaupun sendirian, daku rasa umpama ada yang menemani.. dan sesungguhnya DIA lah yang Maha Menemani.. syukran ya rabbi kerana ketenangan ini..

Daku tdo awal mlm tu dgn harapan masih ada sinar untuk hari esok agar daku benar2 dapat menggapai apa yang daku impikan..

~ salam ukhwah ~

Daaa.... ('',)

p/s : lame x membebel kat cni, ni pun curi2 masa utk singgah.. hope masih ada yg sudi berkongsi pndapat dan ilmu Ilahi :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin