BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 8 September 2009

.: UBAT FRUST CINTA:.





" Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta ,pada satu saat akan bertemu jua..CINTA SEJATI yang ditunggu..LA TAHZAN.."



Siapa yang pernah merasakannya tahulah betapa peritnya. Dunia terasa sempit, dada terasa sakit. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir.. (terjadi real k!) Hilang semangat juang, malah ada yang sanggup BUNUH DIRI!......( أستغفرالله العظيم الذى لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه)...



Benarlah kata pujangga :



"Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya"


Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani 'memperkosa ' kesucian cinta, awas! ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam!

PUTUS CINTA adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. cubalah kita fikirkan, apakah punca pihak sana @ sini memutuskan cintanya? mungkin kerana HADIRNYA ORANG KE-TIGA? Mungkin DIHALANG OLEH ORANG TUA? Atau mungkin kerana SUDAH JEMU? Macam-macam alasan diberikan. ketika itu LUPA segala SUMPAH SETIA, AKUJANJI,LAFAZ SEHIDUP SEMATI yang dimeterai sewaktu sdg 'syok' bercinta. Hingga dgn itu mereka yg dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal org yg dicintai itu.



PUTUS CINTA BUKANLAH PENGAKHIRAN SEGALANYA.. Ia adalah satu p'mulaan yg baik jika ditanagani dgn POSITIF. memanglah di awalnya kita rasa SUKAR MENERIMA HAKIKAT. tetapi percayalah..... KITA TETAP ADA ALLAH. dan segala yg dtg dari Allah adalah baik belaka w'pun belim terserlah kebaikannya pd pndgn kita. namun yakinlah, pndngn kita terbatas, pandangan ALLAH YANG MAHA LUAS.


Jangan katakan kenapa aku yg kena? jangan labelkan aku yg malang. tetapi katakan aku yang terpilih. terpilih putus cinta dengan manusia supaya bercinta dengan ALLAH. inilah hikmah disebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan dan termasuklah putus dlm bercinta. inilah RAHMAT ALLAH. Dalam ujian, kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah. Harga diri sesorang selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. pujuklah hati dgn apa yg telah Allah tegaskan bahawa YANG BAIK PADA PANDANG KITA BELUM TENTU BAIK DALAM REALITINYA. katakan dia yang pergi itu bukan yng terbaik. yg terbaik pasti akan dtg sebagai gantinya!





Firman Allah Ta'ala :

" Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui. Allah lah yang lebih mengetahui." ( Surah Al-Baqarah : 216)
p/s : semua org xterlepas dari dugaan.. daku bukan baik sgt poon nak nasihat org. tapi, sungguh..sebagai renungan bersama k.. moga bahagia dunia akhirat.. thanx pada sesaper yg singgah..meh ler kongsi ape2 ilmu yg ada tu... :p sorry kalau salah kate..
Daa...



0 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin