BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 20 September 2009

** sEhari seBeLum raYe **




..SALAM SEMUA..

Kali ni nak share citer aktiviti2 sehari sebelum raye..
Memandangkan kami adik bradik pompuan semua still single trang tang-tang so kami hanya ditugaskan membuat persiapan raye di rumah ibu kami sendiri je, blom lagi di rumah mak mertua.. tahun2 akan datang kot, inyaallah..hihi..
Agenda tukar langsir, lap tingkap and kemas umah dah selesai.. hari ni kami dok wat persiapan juadah untuk tetamu raye ni.. tahun ni masak lemang kurang ckit dari tahun2 lepas.. tahun ni kami wat dalam 50 batang. kalau buat kurang dari 20 batang sure xckup. family kami agak besar, so, kalau 20 btg tu untuk raye pertama je la kot.. sian plak tetamu utk raye ke-2 xdpt.. hihi.. k, memula kami kena bahagi2kan tugas coz biar senang wat keje and cepat siap..

~TUGAS 1 ~

~ISI PULUT DALAM BULUH LEMANG~

Tugas ni ditujukan buat adik first daku, ELA. sakit pinggang k... byngkan 50 btg.. keh..keh.. padan muka.. tapi sebenarnya bukan dia wat sorang pun..adik bongsu daku IYA pun tolong skali.. isi lemang ni ambik masa lebih kurang 40 minit..



Ni antara lemang yang dah siap diisi.. tinggal nak dimasakkan jer.. kami wat lemang rebus, bukan lemang bakar, so xde la dok kena tunggu kat bara api tu.. masak lemang ambik masa 5 jam utk 50 btg..(2 round)


~TUGAS 2~

Ni pulak kelapa yang dah siap dimesin oleh kakak daku, kak ZURA.. xtanya pulak bape bijik n dia ambik masa bape lame, tapi terdengar gak dia ckap 'lenguh la tangan..' hihi.. padan muka gak..




~TUGAS 3~

Yang dalam kuali ni plak rendang ayam yang baru nak menggelegak atas dapur.. dimasak oleh yang paling pakar dalam rumah kami. Tak lain tak bukan PUAN MAZNAH SHAFEI, my lovely mom! hehe daku tolong tgok jer.. terpaksa masak kat luar umah coz kualinya xmuat nak letak atas dapur.. besaaww.. :p



~TUGAS SETERUSNYA ~


..POTONG DAGING..

Keje paling mudah ni telah diberikan kepada......

.............

.............

.............

.............

.............

..daku ler...

hihi..nape? sebab hari tu sebenarnye daku baru balik dari umah sepupu, sampai umah dah dekat pukul 3, tu je yang tinggal.. daku ambik masa (lebih kurang) start dari pkul 3.30 sampai 4.15 petang.. lame x? rasa cam x abis2 jer daging tu daku potong.. manyaakk k..

Time dah nak berbuka, alhamdulillah, selesailah agenda masak-memasak ni.. Berbuka pun ngn rendang2 tu jer..hihi...

----------------------------------------(^_^)---------------------------------------------------

Hurmm.. sok dah raye.. maknenye, pergilah Bulan Ramadhan meningglkan kita.. Tahun ni puasa xterasa sangat. mungkin salah satu sebabnye musim hujan..so, xrase penat sngt.. Syukran Ya Rabbi.. Moga kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang..Amiinn..

Di kesempatan ni, daku ingin memohon kemaafan dari kalian semua terutama yang mengenali diri ini. Tak banyak, mungkin ada ckit dosa daku dengn kalian.. 'IZAN' ,dengan rasa rendah diri memohon maaf zahir dan batin.. samaada kesilapan yang disengajakan apatah lagi yang tidak disengajakan.. maafkan daku yer kawan-kawan.. moga ukwah kita kekal dunia akhirat.. kedtgn kalian ke rumah , amatlah daku alu2kan.. silalah bawak buah tangan ape yng patut..Eh, yang ni memain jer..hihi..

Daku jugak ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dari tahun2 yang lepas.. selamat hari raya!!

..Daaaa...salam...

0 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin