BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 6 September 2009

ELak 2 SifAT MembAwa wANita kE neRakA



Sebagai peringatan untuk wanita, dipaparkan suatu peristiwa yang berlaku ketika Hari Raya Aidilfitri. seorang wakil telah dilantik daripada kaum wanita untuk bertemu denagn Rasulullah s.a.w. utk meminta Baginda memberi ucapan khusus utk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah s.a.w. Baginda pun datang dan memberikan salam dan tazkirah seperti berikut :

" Assalamualaikum w.b.h wahai kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka."

Seorang wanita lalu bangun bertanya , "Apakah yang menyebabkan yang demikian? adakah sebab kami ini kufur?" Rasulullah s.a.w. menjawab :

"Tidak, bukan begitu, tetapi ada dua tabiat yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka iaitu :


(1) BANYAK MENGUTUK / MENYUMPAH

Contoh :

Katakan kita lama menunggu bas, tetapi bas masih tidak kunjung tiba. akibat geram dan marah kita mungkin berkata ; " pemandu bas ni dah mampus agaknya!"

Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang, perkakas rumah, pakaian, hatta suami pun kena sumpah..

YA ALLAH, LINDUNGI KAMI DARI TERJERUMUS KEPADA SIFAT INI..AMIINNN..


(2) KUFUR AKAN KEBAIKAN SUAMI.

Rasulullah s.a.w. berkata:

" Tidakkah pernah engkau berjumpa seorang isteri jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik padanya tetapi di suatu ketika disebabkan dia tidak mendapat sesuatu, maka dia akan berkata ; " Awak ni, saya tidak nampak satu pun kebaikan awak"? Maka, akan gugur pahala-pahala amalan si isteri..

Saranan Rasulullah s.a.w. yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita daripada dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi..


p/s : Pernah gak menyumpah lagi2 time bwk kete n jalan jem..memang time tu mulut xde insuran.lagi2 kalau tgok ada yang x ikut peraturan n menyusahkan kita .. Ya Allah, ampunkan daku! Jadinya, untuk diri sendiri dan semua yang menyinggah, same2 lah kita ambil iktibar dari kisah di atas.. sesungguhnya azab Allah itu sangatlah dahsyat.. k.. ~(^_^)~


0 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin