BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 31 August 2009

~ NukiLaN Buat tEMan ~

~ KEBAIKANMU INSPIRASIKU~

Terlalu banyak yang telah kau curahkan..

Penuh keikhlasan dan kesempurnaan..

Kadangkala daku terlupa,

Terlupa untuk menghargaimu,

Terlupa untuk bersyukur dengan kehadiranmu....

Selama hayat yang dilalui,

Baru kini daku merasa sangat bermakna,

Bukan bermaksud sebelum ini tidak bermakna,

Bezanya kali ini lebih bermakna,

Kerana adanya dirimu..




Takdir Allah itu Maha indah..

Biar manis mahupun pahit,

Daku wajib bersyukur dengannya..

Terima Kasih Allah..

Terima Kasih atas segala-galanya..

Daku percaya dan yakin,

Tidak selamanya mendung itu berarak..

Suatu masa nanti, pasti awan yang membawa kebahagiaan akan muncul..

Segala yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi,

Yang mana hanya DIA Yang Maha Mengetahui..



Untukmu teman,

Moga Allah merahmati kehidupanmu dunia dan akhirat,

Moga hidupmu jua lebih bermakna,

Biar apapun yang dirimu lakukan,

Ingatlah,

Daku sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik untukmu..

Moga segalanya di bawah redha Yang Esa..

Maafkan daku sekiranya pernah menyakitimu..

Moga kejayaan dunia dan akhirat milik kita semua..


p/s : maaf kepada sesiapa pembaca yang tidak berkenan dengan catatan kali ini, daku hanya ingin berkongsi rasa hati.. dan mohon doa kalian agar daku bahagia dan sentiasa bersyukur dengan ketentuan Illahi.. syukran..



0 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin