BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 13 July 2009

~ JadiLah wANitA yAng iNgiN diKasiHi ~


..Istimewa untuk wanita yang ingin dikasihi..
Wahai wanita yang jujur dan ta'at,
Contohilah pohon kurma yang jarang membusuk dan ketika dibaling dengan batu ia menggugurkan buahnya.Tdak mengira musim, ia sentiasa berbuah dan mempunyai pelbagai khasiat.
Wahai wanita yang ingin dikasihi,
Hiduplah di tempat-tempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna, yang mampu menjaga kehidupan dari hal yang dapat mengaburi rasa malu.
Wahai wanita yang ingin dikasihi,
Ucapanmu adalah zikir,
Cara pandanganmu adalah mengambil iktibar,
dan diammu adalah berfikir.
Wahai wanita yang ingin dikasihi ,
Pujian yang baik dan doa yang jujur dari semua makhluk sentiasa mengalir untukmu. Allah sentiasa menghilangkan mendung kelabu yang menghimpitmu. Malah, melenyapkan rasa takut dan menghilangkan keedihan.
Wahai wanita yang ingin dikasihi,
Kalian mengetahui sesungguhnya kebahagiaan bukanlah terletak pada harta dan paras rupa semata , namun ianya adalah ketika dirimu menta'ati Zat Yang Maha Terpuji.
~" ..Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau.."~
.: Ya Rabbi..masukkan kami ke dalam golongan wanita yang dikasihi :.

0 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin